BAB 1

Romance Completed 5192

Aku memicit bahu kiriku yang berasa sedikit lenguh. Hampir beberapa jam aku berada di hospital untuk merawat pesakitku yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Aku hanya memberikan senyuman yang manis sebaik sahaja jururawat serta staf Hospital dan juga pesakit memberikan salam kepadaku.

Tombol pintu pejabat dibuka olehku lalu aku mengambil tempat duduk yang telah disediakan untukku dan melepaskan lelah. Penat juga sebenarnya menjadi seorang doktor. Tahun ini hampir lapan tahun aku bergelar seorang doktor pakar otak.Tudung bawal yang tersarung di atas kepalaku aku kemaskan sedikit kemudiaan mataku tertancap ke arah sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja pejabatku.

Aku mencapai bingkai gambar tersebut lalu tersenyum lebar tatkala melihat foto di dalam bingkai gambar berwarna biru tersebut. Aku dan rakan-rakanku tersergam indah tatkala mengenakan sepasang baju sekolah.

Sememangnya kenangan zaman sekolah begitu indah, hanya segelintir manusia sahaja yang tidak pernah merasakan bahawa kenangan zaman sekolah itu begitu indah.

“ Hidayatul Nisa!” Perjalananku memasuki gerbang sekolah terhenti tatkala Firhat Aizat rakan zaman kanak-kanakku menyeru namaku daripada belakang. Aku mengeluh lalu menoleh ke belakang dan memberikan sengihan yang kelat.

“ Hmm tersengih – sengih… dari tadi saya terjerit-jerit seru nama awak dari belakang awak tak peduli pun. Saya panggil nama penuh awak baru awak nak dengar. Heishh sakit tekak saya dibuatnya.” Keluh Aizat sambil memeluk tubuh. Aku tidak mempedulikan keluhan Aizat lalu memulakan langkahku semula menuju ke gerbang sekolah yang terhias indah. Aizat turut memulakan langkahnya berjalan mengiringi denganku.

Aku tahu apa yang berlegar di fikirannya. Pasti dia ingin bertanyakan mengenai keadaan Nabila Elvarisa, rakan baik kami yang dikenali sejak dari tingkatan satu lagi. Seminggu lagi, SPM semakin menghampiri kami. Namun sejak akhir-akhir ini, Nabila sentiasa menjauhkan dirinya daripada kami berempat.

“ Awak janganlah risau, mesti Risa rasa risau SPM kan tak lama lagi.” Pujukku kepada Aizat setelah riak mukanya berubah menjadi masam mencuka. Aku tahu Aizat mempunyai perasaan melebihi seorang sahabat kepada Nabila dan aku pula mempunyai perasaan melebihi seorang sahabat kepada Aizat. Aku menyayanginya melebihi seorang sahabat kerana dalamannya.

Dia taat. Dia taat kepada agamanya begitu juga dengan ibu bapa serta guru. Luarannya juga membuatku terpukau akan dirinya. Wajahnya begitu kacak pada pandanganku. Dengan matanya yang bundar dan anak mata berwarna hazel.

Mukanya yang bujur serta rambutnya yang berpacak membuatkan aku jatuh hati padanya. Aku hanya menyimpan perasaan ini. Aku tahu bahawa Nabila juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Aizat. Sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka berdua saling memendam perasaan itu.

Aku memulakan langkahku masuk ke dalam kelas dengan bacaan doa menduduki peperiksaan seperti yang sentiasa diajarkan oleh Ustaz kepadaku. Hari ini merupakan peperangan bagi aku dan rakan-rakanku. Peperangan yang akan menetukan masa hadapan kami. Dua hari sebelum SPM berlangsung merupakan hari yang begitu berat bagiku dan rakan-rakanku terutamanya Aizat.

Tiada ribut tiada hujan tiada taufan Nabila tiba-tiba sahaja memutuskan hubungan persahabatan yang hampir lima tahun kami bina. Alasannya dia cuma berasa bosan dengan sikap kami berempat.

Teruk juga aku mempertahankan persahabatanku sehingga terpaksa bertekak dengan gadis berkulit sawo matang itu. Kami terpaksa relakan dan menerima keputusan Nabila, tiada apa lagi yang harus diperkatakan.

Beberapa minggu berlalu akhirnya kami menghampiri kemuncak peperangan itu. Jelas terpancar wajah tenang di setiap pelajar yang sedang menjalani peperangan SPM. Aku, Aizat, Fina dan Naufal berjalan beriringi menuju keluar daripada gerbang sekolah. Perbualan kami berempat terhenti sebaik sahaja Fina menyeru nama Risa yang sedang duduk bersendirian di stesen bas.

“ Risa! Kenapa awak buat kitorang macam ni? Apa salah kami? Tolonglah saya nak kita macam dulu balik, saya dah tak tahan tengok persahabatan antara kita berlima hancur macam ni.” Fina melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Nabila. Nabila tidak mengendahkan pertanyaan Fina.

Aku, Aizat dan Naufal hanya mengeluh. Kami bertiga hanya berdiri membelakangi pintu gerbang sekolah menanti Fina memberi pujukan kepada Nabila. Aku memulakan langkahku untuk menghampiri mereka berdua, belum sempat aku duduk bersebelahan dengan Nabila aku melihat wajahnya begitu pucat, bibirnya kering. Aku merasakan ada suatu yang pelik di sebalik wajah sahabatku itu.

“ Maafkan saya… saya tak berniat nak putuskan persahabatan kita ni. Say…Saya…”

Beberapa saat kemudiaan butiran air mata Nabila gugur dan mengalir di pipinya sebelum jatuh di atas tangannya yang digenggam. Aku meneguk air liur ku. Sebak rasanya. Aku berasa begitu pelik dengan keadaan Nabila, aku dan Fina saling berbalas pandangan. Pelbagai persoalan yang timbul dalam mindaku mengenai Nabila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience