BAB 3

Romance Completed 5192

“ Ya… ya. Janganlah panggil saya doktor baru ja dapat keputusan SPM bukan dapat ijazah lagi. Adess apa la awak ni.” Aku mengeluh. Aizat tergelak mendengar keluhan ku ada sesuatu yang mencuitkan hatinya itu.

“ Yelah…yelah. Saya tak panggil dah dengan gelaran tu. By the way, congrats … for your excellent result.” Ah, sudah suara Aizat yang sengaja dibuat romantik membuatkan hatiku cair. Cair seperti ais! Kedua belah pipiku yang putih mulus bertukar menjadi merah menahan malu.

“ Thanks… congrats for your better result too.” Balasku dengan nada suara yang ceria.

“ Thanks… too my…sweet besties.” Tuturnya kembali juga dalam nada yang romantik. Apa dah kena dengan kawan aku yang seorang ni, aku menggeleng kepala lalu mengeluh.

“ Hmm… and…. How about our friends… especially my beautiful and cute crush… Risa?” Aku tersenyum lebar tatkala Aizat bertutur dalam bahasa inggeris. Selama ni tak nak pula dia bertutur dalam bahasa kedua Negara ni.

“ Naufal ngan Fina dapat keputusan yang sama. Dia orang dapat 2 B ja, yang lain-lain tu semuanya A… and your sweetheart… get the same result as me!”

Nabila…. Alangkah indahnya jika aku menjadi dirimu. Mataku layu.Perlahan-lahan mataku semakin tertutup.Aku terlena di atas katil bujangku ditemani malam yang membangakan kerana cita-citaku semakin menghampiri.

“ Good night… have a sweet dream.” Tutur Aizat sebelum menamatkan panggilan. Aku tersenyum kelat. Aizat. Dari dulu sentiasa memberikan persoalan kepada diriku sehingga hari ini. Aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang tersirat dalam hati kecilnya. Yang aku tahu, dia hanya menyayangi Nabila lebih dari seorang sahabat.

Suasana di LCCT kelihatan begitu sibuk seperti biasa. Aku mengucup kedua belah pipi mama ku, begitu juga dengan papaku. Aku akan meninggalkan mereka berdua selama lima tahun untuk meneruskan pelajaran ku dalam bidang perubatan di Tokyo Medical University di Jepun.

Naufal dan Fina pula berada di dalam Universiti yang sama kerana masing-masing mengambil kos undang-undang. Aku memeluk Fina dengan erat, semestinya aku akan merindui dia. Begitu juga dengan Naufal,Nabila dan Aizat. Kelibat Aizat masih belum kelihatan, adakah dia tidak mahu memberikan kata semangat kepadaku seperti kebiasaannya?

“ Nisa!” Aizat berlari-lari anak sambil membawa sehelai waffle scarf berwarna coklat dan sehelai tudung Pashmina yang berwarna turqoise mendapatkan aku yang sedang beratur memasuki balai pelepasan antarabangsa. Aku tersenyum.

Senyuman yang mempunyai makna tersendiri, nafasnya tercungap-cungap. Senyumanku semakin mati, butiran air mata jatuh dari kelopak mataku. Aku sebenarnya takut bersendirian apatah lagi di Negara asing.

“ Nah. Pakai ni, simpan tau. Kalau rindu saya nanti guna ja waffle scarf ni.” Rambut ikal mayangku, ku angkat sedikit lalu Aizat melilitkan waffle scarf tersebut di sekeliling leherku. Aku menangis teresak-esak. Persis seperti seorang kanak-kanak, perasaan malu langsung tidak menerjah dalam sanubariku.

“ Kalau tak buzy nanti belajar la pakai tudung ni. Saya yakin biarpun saya tak berada di sisi awak, awak akan terasa dilindungi kalau awak pakai tudung ni. Janganlah nangis, saya yakin awak akan dapat kawan yang lebih baik dari kami.Tiada siapa yang berani kacau awak lagi kalau awak pakai tudung. Jaga diri elok-elok,jaga kesihatan dan jangan lupa solat.Jangan tidur lewat sangat, nanti kalau awak jatuh sakit saya yang risau.”

Aku tercengang apabila tudung pashmina yang berada di pegangangannya berpindah ke tanganku. Kata-kata semangat disampaikan kepada aku lalu dia mengenyitkan matanya kepadaku. Aku mengesat air mataku dari mengalir, aku menghadiahkan sebuah senyuman yang manis kepada Aizat begitu juga dengan kedua ibu bapaku serta Naufal dan Fina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience