BAB 10

Romance Completed 5192

Aku dan Aizat saling berpandangan. Fina menolak kerusi roda Nabila masuk ke dalam tempat mengambil wuduk wanita. Fina memang bijak. Dia mencuba untuk meleraikan perbahasan antara Nabila dan Aizat. Kami bertiga masuk ke dalam tempat mengambil wuduk meninggalkan Aizat dan Naufal yang berada di luar.

“ Bro… aku faham perasaan kau. Kau dalam dilema kau nak Dayah tapi kau simpati dengan Risa. Aku faham apa yang sedang kau sedang hadapi Firhat.” Naufal menepuk bahu rakannya. Aizat hanya mampu mengangguk. Terasa sebak dalam dirinya mulai menerpa sebaik sahaja mendengar kata-kata Nabila sebentar tadi.

“ Dayah… Fina …saya nak bagi tahu korang sesuatu.” Belum sempat aku mengambil wuduk, Nabila menyapa aku dan Fina.

Aku memberikannya senyuman yang lebar lalu mengangguk.

“ Terima kasih sudi menjadi sahabat saya selama saya berada di atas muka bumi ini. Terima kasih kerana sudi melayan karenah saya… dan saya nak korang tahu bahawa …. korang sahabat yang paling hebat di dunia ni. Saya sayangkan korang.” Ada sedu dalam tutur kata Nabila.

“ Awak pun sama… saya bersyukur dapat sahabat yang kuat seperti awak.” Hanya itu yang mampuku tuturkan.

“ Ya beb… aku pun sama juga. Kalau tiada kau tak ceria la hidup aku ni heysh. Kalau bukan di sebabkan kau beb… hmmm hancur masa depan aku. Kau sedarkan aku daripada kesalahan yang aku lakukan.” Tambah Fina.

Sebelum aku mengenali Fina, tiada siapa yang berani menjadikannya sahabat kerana dia seorang pengkid. Ada juga desas desus yang mengatakan bahawa Fina bukan sekadar pengkid bahkan seorang Lesbian! Nabila menyedarkan Fina daripada kesalahannya. Aku sendiri tidak dapat memberikan nasihat kepada gadis yang keras hati seperti Fina.

Nabila tersenyum tatkala mendengar kata-kata kami berdua. Senyuman itu, senyuman yang terpancar dari wajahnya merupakan senyuman yang manis.

Suara Aizat mengimamkan solat Isyak begitu lunak di pendengaranku. Aizat sering menjadi Johan dalam tilawah al-quran yang dianjurkan peringkat sekolah. Dia juga pernah mewakili sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa.Aizat begitu sempurna dalam diriku. Hampir semua ciri-ciri suami yang aku mahu ada dalam dirinya.

Kami menadah tangan untuk berdoa kepada yang esa. Aizat turut mengimamkan doa kami. Naufal yang muda sebulan daripada Aizat mengaminkan doanya. Keadaan pelik mulai menerpaku. Nabila. Dia masih belum bangkit dari sujudnya sejak rakaat terakhir. Fina melipat telekung yang digunannya. Kami berdua saling berpandangan. Aku menjongketkan bahuku. Aku sendiri tidak mengetahui apa yang terjadi kepadanya.

Fina menggerak-gerakkan tubuh kecil Nabila. Aku turut menyeru namanya berkali-kali. Tiada jawapan. Nabila rebah dari sujudnya. Aku memeriksa nadinya. “ Inalilahi wainalillahi rojiun.” Nabila telah pun pergi meninggalkan ibu bapa serta sahabatnya.

Kenangan manis dan pahit yang aku lalui bersama Nabila kini tinggal bersama memoriku yang lain. Fina terduduk. Terkesima melihat sekujur tubuh di hadapan kami. Aizat dan Naufal turut mengucapkan inalilahi wainalillahi rojiun. Air mataku tidak dapat dikeluarkan lagi. Seperti tersekat di dalam kelopak mataku dari mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience