BAB 7

Romance Completed 5192

Sesekali kami bergelak sakan dengan lawak yang mereka lakukan. Beberapa minit kemudiaan kami berdiam diri, tiada topik yang ingin dibincangkan. Aku mengetap bibirku. Menelan air liurku. Kelat. Tanganku mulai basah kerana peluh.Saluran adrinalin ku meningkat. Aku tidak tahu untuk memulakan dan menjelaskan kepada mereka mengenai keadaan Nabila.

“ Guys… we need to talk… this is about… Risa.” Tutur ku gugup. Aku mengetap bibirku.

“ Risa lagi. Awak tahu kan yang dia tu dah hancurkan persahabatan kita. Nak bahas pasal apa lagi tentang dia ha! Tahu tak bertahun – tahun saya pendamkan perasaan saya dekat dia anddia putuskan persahabatan kita macam ni ja. Dah saya nak balik! Nak bincang pasal dia… korang bincang je la.” Tutur Aizat dalam nada yang tinggi dan tegas.

Ada terselit nada kecewa dalam kata-katanya. Aku kaget apabila Aizat bangkit dari duduknya. Tergores rasa cemburu dalam hatiku apabila aku mengetahui bahawa mereka berdua saling mencintai.

Aku turut bangkit dari dudukku lalu menggenggam kedua belah tanganku.“ Risa cintakan awak! Kalau boleh saya nak awak jadi imam dia. Imam dia … sehingga hujung …nyawa dia. Kalau… korang nak tau, Risa hancurkan persahabatan kita disebabkan… disebabkan dia diserang dengan kanser. Dia menghidap Rabdiosarcoma.

Kanser yang dihasilkan daripada tisu lembut dan tendon. Dia… sedang berjuang dengan kematian. Dia bukan saja-saja nak putuskan persahabatan kita… dia tak nak susahkan kita. Especially awak… Aizat. Khawin la dengan dengan dia. Jadi imam dia, berikan dia kata-kata semangat.” Aku menundukkan wajahku air mataku mulai menitis jatuh di membasahi bumi.

Angin berhembus laju ditemani dengan hujan lebat yang mulai turun membasahi bumi seperti air mataku. Fina turut menangis teresak-esak. Naufal merenung ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya. Aizat terduduk sebaik sahaja mendengar penjelasanku. Kini semuanya telah terbongkar. Persoalan mengenai Nabila akhirnya sampai kepada kami. Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

“ Kalau… kalau itu yang awak nak. Saya… saya sanggup jadi imam dia sehingga akhir hayat dia. Tapi… saya nak awak Nisa… Saya nak awak jadi tanggungjawab saya sebenarnya bukan Risa. Saya nak lindungi awak… saya nak selalu ada di samping awak sehingga akhir hayat kita. Tapi kalau ini yang awak nak… saya sanggup lakukan apa sahaja demi awak. Saya cintakan awak… Nisa.”

Air mataku semakin laju mengalir dari kelopak mataku, adakah ini mimpi ataupun realiti ? Semua yang aku rasa selama ini adalah salah. Aku buta. Aku tidak pernah menyedari bahawa Aizat menyayangi diriku melebihi seorang sahabat berbanding Nabila. Kedua belah lutuku berasa begitu lemah, aku terduduk semula di atas kerusi kayu. Masing-masing melayan perasaan ditemani dengan angin serta hujan lebat yang turun membasahi alam fatamorgana.

Keesokan harinya Fina,Naufal dan Aizat bersepakat untuk memaafkan kesalahan Nabila. Mereka sedar bahawa Nabila tidak ingin menyusahkan kami. Masing-masing membawa buah tangan untuk Nabila. Waktu rehatku berlangsung aku turut melawat sahabat baikku yang sedang berjuang dengan kematian itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience