BAB 12

Romance Completed 5192

Lapan Tahun Kemudiaan…

Telefon bimbitku berdering. Tertera nama Imamku di dalam telefon bimbit berjenama Samsung s 4 berwarna hitam itu. Aku meletakkan bingkai gambar yang aku pegang kembali di atas meja lalu menyentuh skrin berwarna hijau.

“ Assalamualaikum sayang. Dah makan belum ni? Jangan lewatkan sangat makan tu. Nanti twin baby kita macam mana? Dia orang pun perlukan makanan.” Amboi suamiku tak pandai penat hendak memberiku nasihat. Kali ini entah keberapa ratus kali aku mendengar nasihat itu.

“ Waalaikumsalam. Dah awak janganlah risau. Ye saya tau la jaga dia orang macam mana. Yang awak tu dah makan belum?” Aku kembali mengajukan soalan kepadanya.

“ Sudah. Jangan risau la.” Jawabnya ringkas. “ Dah keluar dari bilik ni saya ada kat luar ni.” Tambahnya.

Aku hanya menggeleng mendengar kata-kata suamiku. Suamiku memang romantik dan sentiasa mengambil berat tentang diriku. Aku bersyukur kerana Allah memakbulkan doaku dan mengurniakan seorang imam yang penyayang dan taat kepada perintahnya.

Aku bangkit dari dudukku. Aku mengusap kandunganku yang berusia sembilan bulan. Aku harap anak kembarku seorang perempuan dan seorang lelaki.Perlahan lahan tombol pintu aku buka. Tersergam seorang jejaka yang kacak di hadapanku sambil membawa sejambak bunga ros merah. Bunga kegemaranku.

Aku tersenyum melihat suamiku. Senyumanku mati tatkala perutku berasa begitu sakit.Ngilu. Aku terduduk tapi berjaya disambut oleh suamiku. Beberapa orang jururawat bergegas membawa pengusung beroda. Peluh mulai mengalir di wajahku. Aku mengetap bibirku.

Suamiku yang jauh lebih besar berbanding diriku mengangkat tubuhku yang kecil di atas pengusung beroda. Dia menggenggam erat tanganku. Senyumannya masih kelihatan. Aku suka senyuman itu. Senyuman itu sentiasa membuat aku cair dan tergoda dengan dirinya.

Suamiku menanti penuh debaran di luar ruang wad bersalin. Beberapa minit kemudiaan,suara bayi mulai kedengaran. Anakku telah selamat dilahirkan di dalam bumi ini. Aku tersenyum melihat dua orang puteriku di kedua sisi kanan dan kiriku.

Suamiku masuk ke dalam wad bersalin lalu mengangkat anak sulung kami untuk diazankan. Suara lunak suamiku melaungkan azan mulai kedengaran. Terasa sakitku selepas berjuang melahirkan anakku hilang begitu sahaja. Seterusnya, anak kedua ku pula diazankan olehnya.

Aku dan suamiku saling berbalas senyuman. Dia mengucup ubun – ubun rambutku. Aku mengusap pipinya yang putih mulus itu. Semakin bertambah kebahagiaan dalam hidupku.

Aku dan kedua orang puteriku diletakkan di sebuah wad bersalin. Aku bersyukur kerana dikurniakan dua orang puteri yang sihat. Puteri sulungku mempunyai paras muka yang sama sepertiku manakala Puteri keduaku pula mempunyai paras muka seperti suamiku.

Puteri sulungku mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kedua belah pipi kiri dan kanannya mempunyai lesung pipit. Comel. Kedua dua puteriku begitu comel.

“ Awak… nak namakan anak kita dengan nama apa?” Soalku sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di birai katil hospital. Aku masih terbaring lemah di atas katil tersebut.

“ Um… anak kita yang sulung yang comel macam mak dia ni kita bagi dia nama Nur Nabila Aisyah binti Firhat Aizat. Nanti kalau dia dah besar dia akan jadi orang yang kuat semangat macam Nabila. Kita guna nama isteri nabi, Aisyah supaya besar nanti dia jadi seorang yang bijak dan dermawan.”

Aku mengangguk sebuah senyuman terukir di bibirku. Lapan tahun lalu, setahun selepas kematian Nabila, aku dan Aizat selamat di ijabkabulkan. Pelbagai kejutan yang diberikan kepadaku semasa majlis resepsi perkhawinan kami. Aizat. Dia memang seorang yang romantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience