BAB 2

Romance Completed 5192

“ Tapi… terima kasih…. Terima kasih sudi menjadi sahabat saya selama ini. Bye.” Nabila tersenyum kelat lalu mengesat air matanya.Kereta berjenama Honda Civic berwarna kelabu kepunyaan ibunya membuatkan aku dan Fina tidak sempat mendengar penjelasan daripada Nabila.

Dia sempat memberikan senyuman yang manis kepada kami berempat sebelum masuk ke dalam perut kereta. Aku melihat anak mata Aizat dan Nabila saling berpandangan seolah-olah Nabila tidak ingin pergi jauh daripada jejaka itu.

Kenderaan itu sudah mulai hilang daripada pandangan kami, angin yang berhembus kuat menemani aku dan rakan rakanku yang masih berada di persekitaran sekolah. Masing-masing melayan persoalan yang bermain di minda kami.

Nabila sahabat kami yang terkenal dengan sikapnya yang ceria tiba – tiba sahaja memutuskan persahabatannya dengan kami. Air mata yang mengalir dari kelopak matanya serta wajahnya yang pucat itu menambahkan persoalan dalam minda kami. Aku harap Nabila akan berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang Pereka Fesyen.

Tiga Bulan Kemudiaan…

“ Mama! Papa! Akhirnya… akhirnya keputusan SPM Dayah dah dapat… keputusan cemerlang pula tu, semuanya A+ ma…pa.”

Aku berlari – lari anak masuk ke dalam rumahku sebaik sahaja pulang dari sekolah. Mama dan Papa saling berbalas senyuman sebaik sahaja melihat slip keputusan SPM ku. Kini cita-citaku semakin menghampiri, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana doa dan usahaku selama ini telah berjaya.

Rakan – rakanku yang lain turut memperoleh keputusan yang cemerlang. Begitu juga dengan Nabila, aku terserempak dengannya sebelum memasuki perkarangan sekolah pagi tadi. Kelihatan susut tubuhnya semakin kurusl.Wajahnya pula kelihatan bertambah pucat.

Aku sempat bertanyakan mengenai keputusan SPMnya ternyata keputusan SPM kami berdua sama. Lamunan ku terhenti tatkala telefon bimbit ku berjenama Samsung Galaxy Mini berdering. Aku menyentuh skrin telefon bimbit untuk menerima panggilan.

Seperti yang ku jangka Aizat menghubungiku. Pasti dia ingin bertanyakan mengenai Nabila.

“ Assalamualaikum doktor!” Aku tersenyum tatkala mendengar usikan Aizat. Aizat. Aku mengenalinya ketika berada di sekolah rendah ketika aku baru menjejaki ke darjah dua.

Ketika itu, bekalan makanan yang dibawa olehku daripada rumah tidak sengaja ditumpahkan oleh sekumpulan pelajar lelaki yang sedang berlari menuju ke kantin. Maklumlah budak tak cukup umur fikiran pun bukannya matang, kalau jatuh bangun sendiri kalau tak pun jatuh menangis. Norma kehidupan.

Aku hanya mampu menangis ketika itu. Aku duduk lalu memungut sisa makanan yang terjatuh di dalam bekalan makananku. Rakan – rakanku turut membantu memungut sisa makanan yang jatuh di atas muka bumi. Sekumpulan lelaki yang melanggar ku hanya tertawa melihat bekalan ku yang jatuh.

Tiba-tiba sahaja gelak tawa mereka terhenti sebaik sahaja seorang budak lelaki menghampiriku.

“ Nah… ni untuk awak. Mak saya ada goreng kuih cempedak,banyak pula tu. Kita kongsi eh. Janganlah nangis.” Aku ternganga apabila budak lelaki yang bernama Firhat Aizat itu menghulurkan sebekas makanan yang mengandungi kuih kegemaranku kepadaku. Aku dan rakanku bangkit lalu tanpa segan silu aku mengambil bekas makanan tersebut.

“ Korang jangan la buli kawan kita. Sekali lagi korang buli kawan kita, kita bagi tau cikgu disiplin.” Aizat sempat memberikan amaran kepada sekumpulan budak lelaki yang berdiri kaku di hadapan kami. Sejak hari itu, persahabatan kami mulai terjalin bahkan semakin erat sehingga hari ini. Aku berasa diriku dilindungi apabila Aizat berada di sampingku.

“ Nisa… oh Nisa!” Lamunanku terhenti apabila Aizat menyeru namaku. Kesian Aizat terpaksa menemani aku dengan lamunan itu. Aku hanya mampu tergelak,hanya Aizat yang memanggilku dengan nama Nisa. Aku jatuh cinta dengan nama aku sendiri. Nama yang bermaksud wanita itu membuatkan aku menjadi seorang yang feminine. Huh feminine ke? Selalu bertengkar dengan Aizat dan Naufal?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience