BAB 6

Romance Completed 5275

Kelibat Naufal dan Fina mulai kelihatan. Aku menarik dan menghembuskan nafasku. Lega. Lega kerana akhirnya kami tidak berdua-duaan seperti tadi. Hidangan yang aku pesan melalui talian telefon diletakkan di atas meja kami.

Sungguh menyelerakan makanan laut yang berada di hadapan kami. Fried with butter prawn,Sweet corn crab meat with asparagus,sweet and spicy sauce cuttle fish,kangkong with belachandan pencuci mulut fried ice cream dan chilled mango platter begitu menyelerakan bagiku.

Kami bertiga hanya melihat telatah Naufal yang seperti kebudak budakan itu. Naufal memang pantang apabila melihat makanan. Yang peliknya berat badannya tidak pernah naik dan dia tidak mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Aku tersenyum ceria melihat senyuman yang terpancar di wajah rakan-rakanku. Aku bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan sahabat yang baik. Selera makan ku hilang sebaik sahaja aku teringat akan pesanan Nabila kepada ku.

Dia ingin melihat persahabatan kami seperti dahulu. Aku buntu. Apa yang harus aku lakukan untuk memberitahu hal yang sebenanarnya kepada mereka?

Aizat asyik memerhatikan diriku. Dia tersenyum melihat hidangan yang berada di pingganku tidak dihabiskan.

“ Nisa! Makanlah, kalau awak sakit nanti pesakit awak macam mana? Nak suruh saya jaga ke?” Lamunanku terhenti apabila Aizat menyeru namaku. Dia menambahkan hidangan di dalam pingganku. Aizat! Ha sekali lagi dia membuatkan hatiku cair.

Bahkan cair seperti ais di antartika! Naufal tidak mengendahkan kami berdua dia hanya melayan perutnya yang lapar. Fina pula menggeleng kepala melihat keperihatinan Aizat terhadap diriku.

“ Heysh… korang berdua ni kang aku panggil tok kadi nikahkan korang esok padan muka. Kalau nak bermesra-mesra pun jangan la di depan kami. Sadiss sungguh! Aku nak makan pun tak ada selera dibuatnya.” Keluh Naufal yang masih melayan perutnya yang lapar. Aizat mencebik.

“ Panggil je malam ni pun boleh. Aku tak kisah.” Tersedak aku dibuatnya sebaik mendengar kata-kata Aizat. Pedas kata-kata itu di dalam pendengaran ku. Fina menghulurkan segelas air suam kepadaku.

“ Dah la tu. Makan la, kesian Dayah dibuatnya sampai hati korang kan.” Fina menggosok belakang ku sehingga aku tenang kembali. Sebelum pulang ke rumah masing-masing kami saling berkongsi cerita mengenai perkara yang terjadi dalam diri kami. Cerita kami diselitkan dengan jenaka yang dilakukan oleh Aizat dan Naufal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience