BAB 13

Romance Completed 5192

Semasa majlis resepsi perkhawinan kami, dia memberikan aku sebuah kejutan. Ketika aku sibuk melayan tetamu yang hadir di majlis perkhawinan kami,dia memimpin tanganku naik ke atas pentas. Menuju ke arah piano berwarna putih yang terletak di sudut kanan pentas. Kami berdua melabuhkan punggung di sebuah kerusi kayu yang disediakan.

“ Lagu ni khas untuk awak. Terima kasih, sudi menerima saya menjadi imam dan suri dalam hidup awak. Saya janji…cinta kita akan kekal… hingga… hembusan nafas terakhir saya. Saya tetap cintakan awak hari ini…esok…lusa dan hari-hari seterusnya.”

Dia membisikkan sesuatu ke arah telingaku. Aku mengangguk. Aku meletakkan kepalaku di bahunya. Jari jemarinya sedia untuk memainkan sebuah lagu untukku. Inilah salah satu impian perkhawinan ku. Aku tidak pernah memberitahu sesiapa bahawa ini merupakan impianku.

Aizat, dia begitu memahami diriku. Alunan muzik yang indah bagai meresap ke dalam jiwa dan sanubariku mulai dimainkan olehnya. Air mataku mulai gugur dari kelopak mataku. Sebak mendengar kata-katanya. Romance D Amor. Lagu yang dimainkannya begitu meruntun jiwaku.

“ Anak kita yang kedua pula nak bagi nama apa?” Lamunan ku mati sebaik Aizat mendekatkan wajahnya ke arah wajahku. Dia mengusap lembut wajahku. Terasa hangat wajahku dengan sentuhan tangannya.

“ Afrina Hana… macam mana? Ok tak? Saya ada baca satu buku tentang nama anak. Afrina maksud dia putih kemerah-merahan. Hana pula maksud dia kebahagiaan. Nanti mesti senang dia nak capai kebahagiaan dia macam kita.” Jawabku ringkas. Tangannya yang mengusap lembut wajahku, ku genggam dengan erat. Sebuah senyuman terukir di wajahnya.

“ Apa sahaja keputusan awak, akan saya terima. Saya akan pastikan anak-anak kita menjadi anak yang soleh solehah.Bijak.Saya akan pastikan juga dia orang dapat pendidikan yang secukupnya.Saya…” Aku meletakkan jari telunjukku di bibirnya sekaligus mematikan kata-katanya.

Aku menggelengkan kepalaku. Membalas senyumannya sebentar tadi. Perlahan-lahan aku mendekatkan dahiku ke arahnya. Begitu juga dengan dia.

Dahi kami bersatu. Aku sendiri tidak menyangka bahawa persahabatan yang lama kami pertahankan bertukar menjadi pernikahan. Betul apa yang seringku dengarkan. Jodoh, ajal maut dan pertemuan semua berada di tangan Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

“ Hey… bukan awak je… tapi kita berdua. Kita berdua yang akan membina mawaddah terhadap rumah tangga kita. Kita akan sama-sama tempuhi cabaran meneruskan kehidupan kita sekeluarga.” Satu kucupan hinggap di dahiku. Kami saling berbalas senyuman. Aku berharap kebahagiaan ini akan kekal. Kekal sehingga nafas terakhir kami.

Fina yang dahulunya seorang pengkid telah selamat diijabkabulkan dengan seorang mualaf cina setahun selepas pernikahan kami lapan tahun yang lalu. Naufal pula akan melangsungkan pernikahannya bersama seorang gadis yang diidamkannya dalam tempoh yang terdekat ini. Naufal berjaya mencapai cita-citanya untuk menghawini seorang gadis sabah yang bertudung litup.

Meskipun Nabila tidak lagi berada di samping kami, namun kenangan manis dan pahit kami akan tetap berada di memoriku. Nabila. Seorang gadis yang kuat dan sabar. Dia mengajarku erti persahabatan. Meskipun persahabatan kami berlima pernah terpisah di antara ruang dan waktu namun kami tetap mempertahankan jua persahabatan ini. Mereka sahabat dunia dan akhiratku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience