BAB 11

Romance Completed 5192

Wajah Nabila begitu tenang. Senyumannya masih kelihatan. Nabila meninggal dalam keadaan sujud ketika solat! Itu juga merupakan salah satu impiannya selama ini. Nabila… dia akan sentiasa berada di ingatanku. Sentiasa berada di ingatanku untuk selama-lamanya.

Aku mengeluh sebaik sahaja kelibat Aizat yang berbaju Selangor berwarna biru muda bersandar di belakang kereta Myvi putihku.Serius ketampanannya semakin terserlah dengan baju Selangornya. Fina dan Naufal terlebih dahulu meminta diri kerana mempunyai hal keluarga.

Apa lagi yang mamat ni nak. Esok tiada ke hari bagi dia. Getusku dalam hati. Semakin langkahku menghampiri dia, degupan jantung ku semakin berdegup kencang. Sejak peristiwa dua minggu yang lepas, aku langsung tidak bertegur sapa dengannya. Rindu? Hmm memang aku akui rindu berborak dengannya.

Dia menguntumkan senyuman yang lebar kepadaku. Manis. Menawan. Aku mencari kunci keretaku yang berada dalam poket baju kurungku yang berwarna biru dengan corak abstrak. Tak sangka hari ni kami mengenakan baju dengan warna yang sama. Peluh mulai membasahi tanganku. Kunci kereta milikku langsung tidak berada di dalam poket baju kurungku.

“ Cari ni ke?” Aizat tersenyum sinis. Tangan kananya bermain-main dengan kunci keretaku manakala tangan kirinya memeluk tubuhnya.

Aku mengetap bibirku. Muka ku serta merta bertukar menjadi merah. Meluap luap kemarahan dalam diriku. Aku mempercepatkan langkahku menuju kearah jejaka yang berdiri di hadapanku.

“ Bak sini… kunci tu. Saya tak main-main la.” Aizat sengaja meninggikan tangannya agar aku tidak dapat mencapai kunci tersebut. Aku pula seperti orang gila meninggikan kakiku untuk mencapai kunci tersebut. Aku tau la dia tu tinggi aku ni pendek.

“ Kalau saya tak buat macam ni… awak tak nak cakap dengan saya kan. Thanks to our friend….Fina.” Aizat berbisik sesuatu ke arah telingaku. Hmm Fina. Aku dah agak pasti dia mastermind di sebalik semua yang terjadi. Patutlah dia memberi alasan kononnya ada hal keluarga. Rupanya dia melarikan diri dari aku.

Aku mulai mencebik. Aizat memulangkan semula kunci keretaku. Wajahnya kelihatan tenang dengan senyuman yang terpancar di wajahnya. Dia memulakan langkahnya untuk pergi dari situ. Langkahnya terhenti. Aku masih tercegat berdiri di hadapan kereta Myviku. Dia menoleh ke arah belakang. Mata kami bertatapan.

“ Today… I want to tell you something… Todayhari terakhirsaya stay in Malaysia. Tomorrow… saya akan berangkat keluar daripada Malaysia. Lakaran projek yang saya lakar akan dijalankan di Singapura.” Aku tercengang tatkala mendengar kata-kata Aizat. Perpisahan menjelmaku semula. Aku akan menjadi kesunyiaan. Air mataku tidak dapat ditahan lagi. Air mata itu jatuh dengan sendirinya.

“ So… you will… you will leave me alone? Tak cukup lagi ke Nabila tinggalkan saya… sekarang awak pula… awak pula yang akan tinggalkan saya.” Aku tersedu sedan. Aku menundukkan wajahku memandang lantai bumi. Aizat menghampiriku. Semakin dekat. Dia menghulurkan sehelai sapu tangan kepadaku. Aku menerima sapu tangan tersebut lalu mengesat air mataku.

“ Awak… janganlah risau. Saya yakin seorang imam akan hadir dalam hidup awak. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang apa yang baik untuk diri kita. Saya akan hubungi awak itupun kalau saya rindukan awak la.” Aku hanya menggeleng kepala. Terasa hatiku bagai dirobek. Ngilu. Perit rasanya dengan perpisahan demi perpisahan yang aku harungi.

Jika Aizat sah menjadi suami aku, sudah lama aku memeluknya agar dia sentiasa berada di sampingku.Tidak pergi jauh dariku. Tapi, aku tak boleh lakukan sebegitu rupa. Aizat memulakan langkahnya sekali lagi menuju ke Ford Mustang berwarna merah miliknya yang diletakkan di bahu jalan.

“ Saya cuma nak awak! Saya tak nak orang lain! Saya… nak awak… jadi pembimbing saya. Pembimbing saya.. dunia dan akhirat. Saya khilaf dengan perasaan saya sendiri.” Tutur ku dalam nada yang sayu. Aizat tersenyum lebar. Aizat cinta pertama dan mungkin terakhir bagiku. Cukuplah aku meninggalkan dirinya selama 5 tahun. Kami berpisah di sepanjang waktu itu. Hanya kerana aku yang menyambung pelajaran ke peringkat antarabangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience