BAB 14

Romance Completed 5192

Siapa sangka Aizat sah menjadi imam dan suri dalam hidupku. Dahulu, aku menyangka bahawa Aizat dan Nabila saling menyayangi melebihi seorang sahabat. Aku salah. Seratus peratus salah. Aku bersyukur kepada Allah. Dia menambahkan kebahagiaan dalam hidupku.

Allah memberikan seorang imam yang aku cinta dalam diam. Allah menambahkan dua orang zuriat dalam hidup kami. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar.

Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Ya pelangi. Aku lah salah seoarang hamba yang berjaya mendapatkan pelangi itu. Pelangi ku. Aizat. Dialah pelangi yang aku cari selama ini.

Aku pernah terfikir adakah aku gila kerana mencintai sahabat sendiri? Sahabat yang telah aku anggap seperti abangku sendiri? Tak… aku tak gila. Ini semua ketentuan ilahi.

Aizat sentiasa mengambil berat tentang diriku dan itu membuatkan hatiku mencintai dirinya. Dia sempurna dari segi luaran dan dalaman di dalam mataku. Tiada cacat celanya. Dia lelaki impian aku.

Sebelum rohku ditiupkan, Allah telah mencatatkan nama Firhat Aizat sebagai jodohku di dalam Lauhul Mahfuzh kitab yang mengandungi peristiwa yang terjadi dalam hidupku. Peristiwa sama ada mengenai jodoh dan ajal maut. Lauhul Mahfuzh termasuk makhluk abadi seperti syurga,neraka..

Luh Mahfuzh adalah kitab tempat Allah menuliskan seluruh catatan kejadian di alam semesta… aku biasa mendengar orang berkata semua takdir makhluk Allah telah ditulis-Nya di Luh Mahfuz.

Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula),dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhul Mahfuzh). (QS. Al An’aam, 6:59)

Sahabatku, mengenalimu adalah suatu kebahagiaan terhadap diriku. Bergurau denganmu merupakan suatu keriangan. Berjauhan denganmu suatu kerinduan. Aku pernah menyakiti hatimu dan itu merupakan suatu kesilapan yang besar terhadap diriku.

Aku juga pernah berpisah denganmu selama lima tahun dan aku berasa pilu setiap kali aku merindui dirimu. Tanpamu disisiku aku berasa kesunyian. Aku berharap perkhawinan kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita dan takkan terlarut oleh waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience