BAB 5

Romance Completed 5192

Puan Lina sekadar mengangguk. Aku menjemputnya masuk ke dalam pejabatku. Manakala Encik Rahim setia menemani anak gadisnya di dalam bilik Mawar.

“ Makcik… sejak bila… Risa… menghidap Rabdiosarcoma?” Aku mengaju soalan kepada Puan Lina tersekat- sekat, sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di sebuah sofa berwarna turquoise yang disediakan.Terselit rasa sebak dalam hatiku.

“ Sejak… 10 tahun yang lalu.” Jawabnya ringkas. Aku sekadar tersenyum untuk menghindarkan diriku daripada perasaan sebak. Jadi ini punca sebenar dia memutuskan persahabatannya dengan kami berempat.

Hampir seminggu aku merawat Nabila. Masa terluangku aku kongsi bersama dia. Rasa bersalah kadangkala menghambat diriku. Aku menyembunyikan punca sebenar persahabatan kami yang hancur dari kawanku yang lain.

“ Maafkan saya… kalau awak nak bagi tahu dia orang perkara sebenar, saya tak kisah. Impian saya sekarang… Cuma nak tengok persahabatan kita yang saya hancurkan dulu kembali seperti biasa.” Tuturnya dengan nada yang sayu. Aku mengangguk. Ya, pasti aku akan memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka.

Pashmina berwarna ungu dengan corak berbunga –bunga yang berlipat di dalam almari aku capai. Aku melilitkan pashmina tersebut di atas kepalaku. Kunci kereta Myvi putih yang berada di atas meja solek aku capai. Petang tadi, aku menghubungi Fina, Naufal dan Aizat untuk makan malam bersamaku di Restoran Tasik Indah yang terletak di Shah Alam.

“ Kau lewat la beb… basi kitorang tunggu kau kat sini. Tau tak.” Fina merungut sebaik sahaja kelibatku mulai kelihatan. Aku sekadar tersengih kelat. Aizat bangkit dari duduknya lalu menarik kerusi di sebelahnya lalu menyuruh aku duduk.

Belum sempat aku melabuhkan punggungku di atas kerusi tersebut, Fina dan Naufal meminta diri untuk ke tandas. Aku dan Aizat saling berpandangan. Aizat menjongketkan bahunya. Pelik. Sejak bila Fina dan Naufal berbaik ni. Biasanya mereka berdua sentiasa tidak bersehaluan.

“Jangan la pedulikan dia orang tu. Hmm… cantik pashmina yang awak pakai ni. Secantik orangnya.Untunglah siapa yang jadi imam awak nanti. Dah la cantik, baik, pandai pula tu.” Tutur Aizat lalu memberikan senyuman yang manis kepadaku. Ha sudah. Perangai Aizat yang buat aku cair sedang menjelma. Aku tergelak.

“ Mana ada cantik biasa – biasa ja. Siapa la nak saya ni. Saya ni asyik buzy memanjang mana sempat nak fikir hal tu. Oh… ya, so macam mana dengan lakaran bangunan yang awak reka tu? Dah siap belum? Hmm… dengar-dengar syarikat ayah awak dia nak serahkan dekat awak kan.” Bertubi-tubi soalan yang aku ajukan kepada dia.

Aizat tergelak terbahak-bahak. Ketara sangat aku berasa malu dengan kata-katanya sebentar tadi. Dahiku berkerut dengan kelakuan Aizat yang pelik. Aizat menghentikan gelak tawanya sebaik melihat riak wajahku yang berubah. Padan muka gelakan aku lagi. Aku mencebik.

“ Yelah… yelah saya tak buat lagi. Saya just rindu nak kacau awak macam dulu. Lakaran bangunan dah lama siap la…sayang. Dah serah pun setahun yang lalu… lambat pickupla ni masalahnya ni kan. Siapa suruh buzy memanjang, buzy… buzy juga solat jangan tinggal.”

Muka ku yang putih mulus automatik bertukar menjadi merah.Malu rasanya. Aduh sejak bila Aizat berani memanggilku dengan gelaran “sayang”. Seperti biasa aku hanya tersengih kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience