BAB 8

Romance Completed 5192

Terpancar wajah ceria pada wajah sawo matang milik Nabila.Perlahan-lahan Nabila bangkit dari baringnya lalu duduk di birai katil begitu juga dengan Fina. Sudah lama aku tidak melihat kami berlima berkumpul. Aku rindu kenangan itu.

“ Thanks… Dayah. Thanks… sebab bantu saya bagi tahu dia orang mengenai penyakit saya.” Tutur Nabila dalam nada yang lemah. Aku sekadar mengangguk lalu berbalas senyuman dengannya.

Aku dan Aizat saling berpandangan aku tahu apa yang tersirat dalam hatinya. Dia ingin menjadi imam kepada hidup Nabila kerana itu permintaanku. Aku mengalihkan pandanganku daripada dia. Aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa dia ingin menjadi suri dalam hidupku.

Aku menghempaskan tubuh ku di atas katil bersaiz kingberwarna silver sebaik sahaja pulang daripada kerja. Aku memandang siling yang kosong. Kipas ligat berpusing menemaniku dalam keadaan yang kepenatan. Aku memang penat. Satu – satu masalah menghambat diriku. Aku mencapai telefon bimbitku lalu menghubungi mama.

“ Assalamualaikum mama. Mama ngan papa sihat?” Soal ku dalam nada yang ceria.

“ Waalaikumsalam, mama sihat papa pun sihat. Kamu pula macam mana? Kerja macam mana?” Jawab mama. Mama dan papa, kalau bukan kerana mereka aku tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini. Aku tersenyum tatkala mengimbas kembali saat manisku bersama kedua orang tua yang aku sayangi.

“Nisa sihat je ma… kerja ok juga. Semua senior Nisa sporting sangat dia orang banyak bagi tunjuk ajar dekat Nisa.” Balasku.

“ Alhamdulillah. Bagus la kalau macam tu, mama tumpang gembira. Kamu tu bila balik sini? Dah ada calon belum? Mama tak nak anak mama yang seorang ni jadi anak dara tua nanti. Asyik sibuk dengan kerja dia ja.” Ha sudah soal jodoh mama dah bangkitkan.

“ Mama je la yang carikan untuk Nisa. Nanti Nisa balik bulan depan maybe. Hmmm ok la ma… Nisa mengantuk ni. Assalamualaikum… Bye mama… sampaikan salam Nisa dekat papa.”

Aku menyentuh butang merah pada skrin telefon bimbit jenama Samsung galaxy s4. Aku malas jika mama membangkitkan soal jodoh. Jodoh itu berada di tangan tuhan. Aku tahu kesemua adik beradikku yang lain telah pun berumah tangga. Hanya aku seorang sahaja yang masih hidup membujang.

Lamunan ku terhanti sebaik sahaja telefon bimbitku berdering. Tertera nama Aizat. Mujur dia hanya menyampaikan mesej kepadaku, aku masih segan dan malu sebaik sahaja dia meluahkan rasa cintanya terhadapku semalam.

“ Assalam… maafkan saya sebab semalam. Saya terlalu emosi, tapi saya memang cintakan awak. Saya nak awak jadi tanggungjawab saya.” Tergaris sebuah senyuman di bibirku sebaik membaca pesanan ringkas daripada Aizat.

“ Waalaikumsalam. Saya tak marah awak pun semalam. Terima kasih sebab cintakan saya.” Balasku ringkas. Aku tidak tahu bagaimana ingin menyampaikan mesej yang berbahas tentang cinta.

“ Awak terima tak cinta saya?”

“ Cinta saya hanya untuk yang halal ja. Cinta saya layak untuk suami saya. Suami yang akan membimbing dan mengimamkan hidup saya dan anak- anak saya nanti. Saya harap awak faham.”

“ Kalau macam tu, saya akan suruh keluarga saya datang merisik. Dalam minggu depan.” Mataku terbuntang tatkala melihat mesej yang disampaikan oleh Aizat.

“ Pendamkan ja rancangan tu, saya nak awak bahagiakan Risa.”

“ Awak bukan tuhan. Jodoh,ajal dan rezeki berada di tangan tuhan. Jika jodoh saya dengan Risa saya akan terima dia apa seadanya.” Aku menelan air liur ku. Pahit. Dia memang cintakan aku. Aku buta dalam bab cinta. Aku tidak pernah menyedari bahawa Aizat mencintai diriku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience