BAB 9

Romance Completed 5192

Air mataku mulai mengalir. Laju. Aizat.Aku memang cintakan dia. Aku cintakan dia sejak dia menyelamatkan diriku daripada dilanggar sebuah kereta ketika kami baru memasuki bangku sekolah menengah. Ketika itu, dia berjuang dengan kematiaan hanya kerana dia menyelamatkanku daripada kemalangan.

“ Hahaha… ok. Bagus la kalau macam tu. Assalamualaikum… selamat malam. Saya sayangkan awak… sebagai seorang sahabat.” Akan ku pendam sahaja perasaan ini sehingga akhir hayatku. Betul apa yang dikatakan oleh Aizat. Jodoh dan ajal berada di tangan tuhan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

“ Saya akan tetap menanti jawapan daripada awak. Saya akan tunggu hingga hujung nyawa saya. Saya tahu apa yang tersimpan dalam hati awak. Waalaikumsalam.” Aku mengetap bibirku membaca pesanan ringkas yang disampaikan oleh Aizat. Air mataku semakin merembas laju mengalir di pipiku. Hatiku berasa begitu ngilu,perit.

Nabila masih tetap tersenyum meskipun penyakitnya semakin teruk hari demi hari. Kemoterapi yang dijalankan oleh Nabila membuatkan rambutnya gugur. Wajahnya juga semakin pucat. Sebaik sahaja aku membuka tombol pintu sebuah senyuman dihadiahkan kepada diriku.Aku duduk di birai katilnya, mereka bertiga turut melawat Nabila hampir setiap hari.

“ Korang dah solat?” Tuturnya dengan nada yang lemah.

“ Belum.” Jawab kami serentak.

“ Kalau macam tu… kita solat berjemaah jom. Firhat… awak jadi imam kitorang. Dah lama saya tak dengar bacaan al quran dari awak.” Aizat mengangguk lalu menguntumkan senyuman kepada Nabila. Aku memandangnya sekilas. Aku tahu dia sedang menanti jawapan dariku.

Perlahan – lahan aku dan Fina memapah Nabila duduk di atas kerusi roda. Dia memang kuat. Semangatnya kental. Dia sentiasa tersenyum untuk menyembunyikan penyakitnya daripada kami. Aizat membantu Nabila menolak kerusi rodanya sehingga ke hadapan pintu tempat mengambil wuduk wanita.

“ Terima kasih.” Perkataan itu sering kami terima daripada Nabila. Dia tidak pernah mengucapkan kata maaf kepada kami jika kami membantunya.

Belum sempat Aizat dan Naufal berganjak dari situ,Nabila mulai menangis teresak-esak. Aku mengetap bibirku. Fina turut mengalirkan air matanya. Suasana hiba kembali menerpa kami.

“ Penyakit ini… penyakit ini…. Kenapa… kenapa dia memilih saya. Saya nak hidup macam kamu semua. Saya… saya nak hidup macam dulu. Saya nak berumah tangga dan memperoleh anak.” Tutur Nabila dengan nada yang sayu.

Tangisannya kedengaran. Aku, Fina dan Nabila saling berpelukan. Aku tidak ingin mengeluarkan air mataku. Aku harus memberikan semangat kepada Nabila untuk meneruskan kehidupannya.

“ Jangan risau Risa… saya… saya sudi menjadi imam dan suri hidup awak. Saya nak awak hidup bahagia… Risa.” Pujuk Aizat selamba. Aku meleraikan pelukan Fina dan Nabila. Aku memberikan senyuman yang lebar kepada Aizat. Matanya berkaca-kaca. Sepanjang aku bersahabat dengan Aizat aku tidak pernah melihat wajahnya menjadi masam mencuka seperti itu.

Nabila mengesat air matanya lalu tersenyum lebar. “ Terima kasih… Firhat.Tapi… saya tahu dari riak wajah awak…awak nak Nisa jadi tanggungjawab awak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience