BAB 4

Romance Completed 5192

Kelibatku semakin menghilang. Mataku sempat melihat sekujur tubuh yang berdiri jauh. Nabila. Dia datang untuk memberikan kata-kata semangat kepadaku. Kami saling berbalas senyuman. Dia sempat menunjukkan ibu jarinya kepadaku. Aku harap dia akan turut menjejakiku menyambung pelajaran di luar Negara meskipun dalam bidang yang berbeza.Impian kami sama hanya cita-cita kami yang berlainan.

Hari ini genap seminggu aku bergelar seorang doktor. Pelbagai liku dan cabaran yang ku hadapi sepanjang berada di Jepun. Aku tinggal bersama dengan tiga orang sahabatku. Yang seorang bernama Yui dia memang cantik meskipun tidak mengenakan sebarang mekap. Dia langsung tidak berminat dengan pembedahan plastik.

Dengan rambut coklat berparas pinggang serta hindung yang mancung membuatkan dia digilai ramai jejaka di Tokyo Medical Universiti. Yang seorang pula bernama Siti Khadijah persis nama isteri nabi yang pertama. Dia berasal daripada Jordan, anak matanya yang berwarna violet itu memang cantik meskipun berpudrah.

Yang terakhir pula bernama Bellazynsa yang berasal daripada Itali. Gadis itu mempunyai wajah yang hampir sama dengan Nabila. Mereka bertiga masing-masing mempunyai cerita yang tersendiri sekaligus memberikan pengajaran terhadap diriku.

Aku tersedar daripada lamunanku sebaik sahaja seniorku yang bernama Laila menyeru namaku. Aku bingkas bangun dari duduk di atas kerusiku meninggalkan meja kerja. “ Ya saya.” Jawabku ringkas.

“ Cepat bantu seorang pesakit yang berada di dalam bilik Mawar. Pesakit sedang berada dalam keadaan yang kritikal!” Arah Doktor Laila kepadaku. Aku segera berlari bak Usain Bolt pelari nombor satu dunia menuju ke bilik yang ditujukan. Dua orang jururawat turut bergegas masuk ke dalam bilik tersebut.

Sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil tersebut sedang berjuang dengan kematian. Alat oksigen aku pasangkan pada wajah gadis tersebut. Pekerjaanku terhenti sebaik sahaja melihat wajah gadis yang mungkin sebaya denganku. Tumor yang besar melekat pada pipi kanan gadis tersebut. Aku seperti mengenali wajah itu meskipun mempunyai cacat celanya.

Aku mendekati tubuhku ke arah gadis tersebut. Semakin menghampiri ke arah gadis itu. Aku menelan air liur ku. Kelat. Jantungku berdegup kencang tatkala melihat gadis tersebut.Semakin kencang degupan tersebut. Dia adalah sahabatku. Sahabat dunia dan akhirat. Kini persoalan yang bermain dalam mindaku dapat terjawab dengan sendirinya. Nabila.

Sebak rasanya melihat sekujur tubuh yang layu dihadapanku. Setitis demi setitis air mataku jatuh membasahi bumi. Aku hanya mampu melihat senyuman yang masih terpancar di wajah Nabila.

Dia disahkan menghidap Rabdiosarcoma. Kanser yang dihasilkan melalui tisu lembut dan juga tendon. Gejala kanser tisu lembut ini akan menghasilkan benjolan sama ada di leher ataupun kepala. Benjolan ini tehasil seperti jerawat dan tidak akan berasa sakit jika disentuh. Rabdiosarcoma juga akan menyebabkan sel normal pada tisu lembut berubah menjadi abnormal.

Aku mengesat air mataku lalu menyambung semula tugas menyelamatklan Nabila. Aku keluar daripada bilik Mawar dengan perasaan yang hampa. Puan Lina dan Encik Rahim ibu bapa kepada Nabila bangkit dari duduk lalu menghampiriku. Aku menyembunyikan kesedihan ini lalu menguntumkan sebuah senyuman kepada mereka berdua.

“ Mak cik dengan pakcik jangan risau. Risa dalam keadaan yang stabil. Saya janji… saya akan rawat Risa sehingga dia sihat seperti sedia kala. Meskipun peluangnya begitu tipis.Hmm… boleh saya tanya sesuatu?”

Tuturku dalam nada yang rendah. Sebak rasanya melihat sahabat yang telah ku anggap seperti kakak sendiri terbaring kaku sebegitu rupa. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan kepada Aizat,Naufal dan Fina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience