12

Drama Series 3671

Ronny mengeluh mendengar penjelasan daripada Amylia merangkap kawan baik Yovela. Ronny dan Amylia berkenalan sejak Ronny datang ke Malaysia. Ketika ini, mereka berdua dalam bilik ICU melawat Yovela yang masih belum sedar. Kedengaran bunyi monitor dalam bilik tersebut. Amylia beredar dari bilik itu memberi masa ruang kepada Ronny untuk berbicara terhadap Yovela dalam keadaan berbaring dan koma. Ronny menyulamkan jemarinya dengan jemari Yovela. Hatinya luluh melihat keadaan Yovela. Kesan luka pada dahi dan pipinya dilihat dengan pandangan sayu oleh Ronny. Meskipun wajah buah hatinya itu begitu, Ronny tetap menyintai Yovela. Ya, dia memang manusia yang bodoh membiarkan dirinya tidak dicintai oleh Yovela. Masalah ibarat hujan bagi Yovela, Ronny sebagai payung selalu diperlukan di sisi wanita itu. Namun, apabila hujan reda, payung tidak diperlukan kerana pelangi mendatangi hidup kepada Yovela pada waktu dulu bersama Ivan tunangannya. Kini, Ronny sebagai pelangi bagi hidup Yovela. Dia tidak akan melepaskan Yovela kepada orang lain lagi. You’re mine Yovela. Ronny memejamkan mata dan memegang tangan Yovela dengan erat, bisik Ronny dalam hati.
Kedengaran telefon Ronny berbunyi menandakan notifikasi ikon Whatsapp muncul di skrin telefon pintarnya.

"Tuan, ada berita yang saya ingin sampaikan pada tuan."

Ronny menghela nafas. Mesej diterima oleh Bob selaku bodyguardnya ditugaskan untuk menyiasat perihal Datin Lydea di Malaysia. Kekejaman wanita itu sanggup membunuh anaknya sendiri!. Ikutkan hati Ronny ingin sahaja berperang dengan emosi amarahnya pada Datin Lydea ingin mencuba membunuh Yovela yang sedang koma sebaik sahaja terlibat dalam kemalangan agak parah itu. Mujur sahaja Amylia yang bekerja sebagai jururawat datang masa yang tepat apabila terdengar perbualan Datin Lydea ketika menelefon seseorang di hujung talian.
Lamunan Ronny terhenti apabila mendengar pintu dikuak oleh Amylia.

"Ronny, your bodyguard dah sampai. Dia tunggu di bawah tempat parking kereta." Kata Amylia agak perlahan. Matanya memandang Yovela seketika. Harapannya moga Yovela segera sedar daripada koma.

"Okey, Amy. Jom." Ajak Ronny lalu berdiri. Amylia segera keluar dari bilik itu. Ronny menyatukan bibirnya pada dahi Yovela kemudian dia beredar dari bilik ICU itu.

*****
Rumah Ronny.

"Based on my investigation, ada seorang gadis yang turut sama kemalangan dengan Cik Yovela kejadian itu."
Riak wajah terkejut Ronny dan Amylia mendengar kata-kata Bob.
"What? How ... " Ronny menyambut huluran sampul daripada Bob lalu membuka sampul itu. Gambar-gambar itu jelas wajah Yovela. Amylia lantas mengambil sekeping gambar daripada tangan Ronny. Membulat mata Amylia melihat gambar itu.

"Gadis dalam gambar itu menyerupai Cik Yovela. Cik Yovela melanggar gadis itu pada hari kejadian. Rakaman CCTV menunjukkan Cik Yovela bukan seorang sahaja yang terlibat dalam kemalangan. Mungkin Datin Lydea menyembunyikan pasal gadis itu supaya Cik Yovela tidak ditahan oleh polis kerana kesalahan melanggar seseorang. Mujur saya dapat rakaman CCTV itu setelah dilupuskan oleh orang-orang Datin Lydea." Terang Bob panjang lebar.
"Tapi gadis itu seiras dengan Cik Yovela." Lanjut Bob lagi.
"Aku tak tahu nak cakap apa. Tak mungkin Yovela ada kembar. " Ronny agak kebingungan menghadam kata-kata Bob. Amylia hanya mendiamkan diri.
"Oh ya tuan, Datin Lydea dan Dr Mike sentiasa bersama apabila berada di hospital. Mereka sering berjumpa sejak Yovela kemalangan."
"Dr Mike yang pakar pembedahan plastik kan yang famous di Malaysia" . Duga Amylia.
"Yes Cik Amy. I think mungkin Dr Mike yang menjalankan pembedahan wajah gadis itu menjadi Cik Yovela."
"Tak mungkin Dr Mike buat macam tu. it's not easy jadikan wajah seseorang mirip dengan orang lain." Ronny seolah-olah tak percaya dengan kata-kata Bob. it's ridiculous!.
"Macam ni lah Ronny, aku ikut Bob balik Malaysia next week. Aku cuba siasat Dr Mike."
Lantas Ronny menghalang. "Amy, biar Bob yang siasat perkara ni. You know Datin Lydea is dangerous."
Bob mengangguk setuju dengan kata-kata Ronny.
"Don't worry Ronny. I will be careful." Amylia tetap berdegil dengan tingkahnya. Ronny mengeluh. Bob sekadar menggeleng kedegilan Amylia tetap dengan pendiriannya.

Maaf kali ini bab pendek. Saya cuba update lagi nanti lagi panjang dan cari masa yang sesuai untuk menulis. Thank you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience