“Dyla!”
Dyla berpaling ke belakang apabila namanya dipanggil. Dyla tersenyum ke arah lelaki itu. Azrie menghampiri Dyla.
“Dyla, kau free tak petang ini?” Azrie bertanya dengan senyuman melebar. Dyla berkerut dahi memandang ke arah Azrie. ‘Tiba-tiba je ajak aku keluar’ gumam Dyla.
“Hmm, lepas jam 5 petang aku free. Kenapa?”. Dyla menyusun buku menu di atas meja tanpa memandang Azrie.
“Aku belanja kau makan cendol dan sate di tempat biasa kita lepak”. Azrie tersengih. Ada sesuatu yang Azrie ingin beritahu Dyla. Mungkin good news. Azrie memang suka buat kejutan hal macam begini.
Tekaan Dyla tepat. Mesti adalah benda nak share dengan aku. Tawa kecil Dyla kedengaran.
“Aku dah agak mesti ada hal kau nak beritahu aku kan”, Dyla merenung wajah Azrie. Azrie ketawa.
“Exactly, pandai kau teka ya?”
“Eleh, macamlah aku tak kenal kau.” Dyla mencebik muka lantas dia duduk sambil mempelawa Azrie duduk dengannya sementara tiada pelanggan. Mereka berbual panjang sehingga menginjak jam 12:00 tengah hari. Selepas Azrie meminta diri, Dyla menghampiri meja di hujung sana sebaik sahaja 2 orang lelaki masuk untuk mengambil pesanan makanan.
Yovela tersenyum melihat jejaka menghampirinya lantas menarik kerusi di meja makan duduk berhadapan dengan Yovela.
“Long time no see Ronny Sharil”
Ronny hanya ketawa. Tidak menyangka dapat berjumpa lagi gadis ini. Perasaan cinta datang lagi dalam jiwa . Dia cuba untuk memadamkan nama Yovela di hatinya namum hampa perasaan cinta itu membuak-buak. Ronny menghela nafas. Di mata Yovela, Ronny hanya sahabat baik.
“Hei, kenapa ni Ronny”, Yovela melihat perubahan wajah kawan baiknya yang sayu. Aik bukan main lagi dia ketawa tadi. Gumamnya dalam hati.
“Tak ada apa-apa. Just tired ja,” Kali ini Ronny berbohong menyembunyikan gusarnya dalam hati. Setiap kali berjumpa Yovela, debaran itu pasti ada.
“Oh ye ke? Ingatkan apa lah tadi.”
Yovela merenung ke arah Ronny sambil menongkat dagu. Sejak pulang dari London, Ronny kelihatan berubah. Tidak seperti dulu lagi. Mungkin peningkatan umur dewasa, Ronny semakin matang. Dia bersyukur mempunyai kawan baik seperti Ronny di waktu dia kala kesunyian. Sewaktu menetap di England sekian lama, Ronny yang selalu di sisinya ketika Yovela diabaikan oleh Datin Lydea. Sayangnya, dia tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Ronny. Tapi, memenuhi keinginan batin, hanya Ronny yang dapat memuaskannya. Terleka dengan setiap belaian daripada lelaki itu. Walaupun perbuatan itu adalah salah dalam agama, Yovela tidak mengambil peduli. Hanya kerana nafsu, Yovela mengkhianati cinta yang tulus daripada Ivander.
“You nak makan apa Yovela,” Ronny berdehem sedari tadi Yovela merenungnya. Yovela lantas mengalihkan tangannya dan membelek setiap helaian dalam senarai menu dalam buku. Malunya!. Yovela berasa malu dengan tindakannya tadi. Senyuman Ronny terukir dengan makna yang tersirat. Dia mengetahui apa yang diinginkan gadis ini. Pastinya malam ini membawa sinar kebahagiaan selepas menikmati makan malam mereka.
Share this novel