8

Drama Series 3671

Dyla Samantha bersiap-siap untuk mengangkat bagasinya kemudian meletakkan dalam boot kereta. Puan Winda sekadar memerhati anaknya. Entah mengapa hatinya gusar membiarkan anaknya pergi atas urusan perniagaan kek dengan pembekal. Perniagaan restoran mereka tidak cukup untuk membayar segala kos sewa dan bil utiliti. Hal ini kerana Puan Winda sebagai penjamin terhadap adiknya yang meminjam daripada Ahlong. Puan Winda tidak menyangka adiknya sanggup menipu kononnya menjalankan perniagaan. Dia menyesal kerana percayakan adiknya dan tidak meneliti sebarang dokumen. Kini, adiknya melarikan diri entah ke mana pergi. Dyla mendengar hal itu terkejut dan kecewa tindakan mamanya yang percayakan adik perempuan Puan Winda. Oleh itu, Dyla mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang rumit bagi mereka. Hanya mereka sahaja yang mengetahui hal ini. Wajah Puan Winda menunjukkan kesedihan bila memikirkan masalah yang memberi mereka beban. RM100 00 sebanyak itu tidak dapat membayar hutang dengan segera kerana bunga yang dikenakan agak tinggi.
“Dahlah ma. Jangan sedih. Dyla yakin setiap masalah ada penyelesaiannya.” Dyla menenangkan ibunya sambil menggengam erat tangannya.
“Dyla, Mama yakin hutang ini takkan habis. Untung restoran ni tidaklah banyak sangat. Mama tak tau lah nak buat apa lagi. Mama rasa bersalah. Mama minta maaf susahkan kamu.” Puan Winda mulai menangis. Sebak dadanya serabut dengan semua perkara yang menganggu rutin hidup mereka.
“Ma, kita doa banyak-banyak supaya urusan kita dipermudahkan. Dyla berharap ada sinar dalam hidup mereka.

Dyla bersyukur urusannya sudah selesai setelah berjumpa supplier. Dyla memerhati di depan kereta yang sesak jadi tidak hairanlah jam menunjukkan jam 5 petang pasti ramai orang pulang dari tempat kerja. Sementara tunggu lampu isyarat hijau, Dyla menelefon Azrie untuk memberitahu keberadaannya sekarang ini.
“Azrie, aku dah nak balik ni. Kau nak aku belikan pesanan kau tak?”
“Hmm.. ada. Tolong balik dalam keadaan selamat ya.” Kedengaran ketawa Azrie membuatkan Dyla berasa annoying.
“I mean kau nak minta kirim barang ke tak sebelum aku balik ni.?” Dyla mengabaikan kata-kata merepek daripada Azrie. Dia ingin putuskan talian dengan segera sebelum lampu isyarat menjadi hijau.
“No need Dyla. Cuma aku nak kau hati-hati masa drive.”
“Okey kalau macam tu. Don’t worry aku hati-hati.” Dyla tersenyum tingkah laku Azrie yang mengambil berat tentangnya.
Segera Dyla menamatkan panggilan apabila lampu isyarat menjadi hijau.

Selesai sahaja Azrie menyiapkan kerjanya, dia keluar dari bilik tempat kerjanya dan melihat jam dinding menunjukkan 8:00 malam. Kerutan dahi Azrie menjelaskan bahawa Dyla sepatutnya menghubungi dia setelah sampai di rumah. Lantas dia mengambil telefon dari poketnya. Dia berfikir sejenak. ‘Mungkin dia penat nantilah aku telefon dia’ gumamnya dalam hati. Telefonnya dimasukkan semula dalam poketnya. Dia mula mengemas barang-barang di atas meja di bilik sebelum pulang. Hatinya tidak sabar rasanya untuk menghubungi Dyla. Beberapa minit kemudian, baru sahaja dia mengunci pintu utama kedainya, nada dering berbunyi dari poketnya. Lantas dia menjawab panggilan daripada ibu Dyla.
“Ya aunty. Ada apa call saya”, jawab Azrie setelah mengunci pintu itu.
“Azrie, Dyla ada tak pergi sana jumpa kamu?” Tanya Winda dengan nada yang risau
“Tiada. Kenapa aunty?”
“Aunty call dia tak dapat. Telefonnya dia tak jawab call. Aunty risau lah kalau terjadi apa-apa dengan dia.”
Hati Azrie mula berdebar.
“Aunty jangan risau. Mungkin telefon Dyla kehabisan bateri. Okey macam ni, saya singgah rumah aunty kita bincang pasal Dyla.” Kata-kata Azrie membuatkan Winda mula bertenang. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Azrie telefon Dyla kehabisan bateri dalam perjalanan. Setelah Azrie menenangkan Winda agar tidak gusar dan menamatkan panggilan tersebut, dia beredar dari tempat itu. Harapannya Dyla tidak mengalami kejadian yang tidak diingini berlaku. Doanya dalam hati.

Kelihatan Winda mula risau dan ingin menangis setelah 2 jam Dyla belum kembali. Azrie mula mundar-mandir menunggu kepulangan Dyla. Telefon Dyla tidak dapat dihubungi. Kelihatan wajah Azrie risau setelah berkali-kali menghubungi Dyla. Dyla… where are you gumam Azrie dalam hati. Winda mula menangis memikirkan Dyla belum kembali. Patutlah Winda berasa sesuatu yang tidak kena kerana hatinya mula gundah teringatkan Dyla. Azrie menenangkan Winda sambil memegang bahu wanita itu.
“Aunty, kita doa yang baik-baik ya supaya Dyla cepat balik.” Azrie mengajak Winda duduk setelah mereka berdiri sejak lama. Winda hanya membalas Azrie dengan anggukan sahaja mendengar kata-kata Azrie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience