Seminggu berlalu kehilangan Dyla membuatkan Winda sedih sepanjang masa. Restorannya ditutup sementara waktu. Namun, dia tetap membuka kembali restorannya agar dia tidak terus-menerus berasa sedih atas kehilangan anaknya. Berita buruk yang diterima oleh pihak polis masih terngiang-ngiang dalam fikirannya yang lalu. Dia tidak menerima kenyataan yang Dyla hilang di hospital ketika anaknya dirawat selepas mengalami kemalangan jalan raya. Kemungkinan Dyla diculik atau menghilangkan diri. Polis berusaha mencari bahan bukti atas kehilangan Dyla. Winda tidak menyangka yang Dyla dirawat di hospital bekas tempat kerjanya dulu sebagai jururawat bahagian Jabatan Pembedahan Plastik. Semasa Winda dan Azrie mencari Dyla ke tempat itu, pihak pengurusan hospital telah mengesan CCTV untuk mengetahui keberadaan Dyla secara tiba-tiba menghilangkan diri.
“Aunty,” tegur Azrie. Lamunan Winda terhenti mendengar sapaan Azrie yang mula masuk restorannya.
“Azrie.” Jawab Winda dengan senyuman hambar. Lantas Winda mencuci tangannya dan duduk di meja bersama Azrie.
“Aunty okay tak?”. Azrie melihat wajah Winda dengan pandangan sayu. Dia berasa simpati melihat keadaan Winda. Hampir setiap hari dia melawat Winda malah pagi dan malam dia meyinggah rumah Aunty Winda ketika masanya tidak sibuk.
Winda hanya menggangguk sambil menyediakan bahan untuk menu beef steak.
“Aunty tak buat kek hari ni?” Azrie melihat buku senarai menu di atas meja tiada senarai nama kek itu. Winda hanya tersenyum hambar melihat Azrie.
“Aunty tak reti buat kek yang Dyla selalu buat dan aunty tak pandai nak handle itu ini dengan supplier lagi yang Dyla selalu contact orang itu”. Sahut Winda sambil mencuci tangannya di singki.
“Tak pa aunty. Aunty teruskan saja beef steak tu. Sekarang ni, banyak pelanggan tak sabar masakan beef steak daripada aunty ni.” Azrie memberi semangat terhadap Winda agar tidak berasa sedih kehilangan anaknya yang menjadi tanda tanya. Winda hanya tersenyum. Dyla di mana sekarang? Bisik Azrie dalam hati. Dia merindui Dyla saban hari tiada berita mengenai kawan baiknya.
Ivan menerima panggilan daripada pihak hospital mengenai bekas kekasihnya Yovela dimasukkan ke hospital kerana terlibat dalam kemalangan. Namun begitu, Datin Lydea menghubunginya mengatakan keadaan Yovela dalam keadaan baik-baik sahaja. Ivan mendengus marah pada masa yang sama dia berasa kasihan terhadap Yovela walaupun perempuan itu telah menyakitinya. Ivan berada dalam bilik tempat kerjanya di rumah. Dia berasa stress memikirkan hal ini. Kedengaran pintu diketuk. Pintu dibuka setelah Ivan memberi keizinan masuk ke biliknya.
“Are you okay son?” Tanya Dato Levin merangkap bapa kepada Ivan. Dato Levin melihat kegusaran terpacar pada wajah anaknya. Lantas dia duduk berhadapan dengan Ivan.
“So far so good pa.” Sahut Ivan hanya tersenyum hambar. Ivan tidak ingin bapanya risau melihat keadaan dia seperti ini. Dia bersyukur mempunyai bapa yang prihatin dan memberikan kasih sayang terhadapnya sejak ibunya meninggal pada umurnya 12 tahun.
“I know my son. You can’t lie me. Papa dengar sejak Ivan putus dengan Yovela, Ivan balik setiap malam dalam keadaan mabuk. Sekarang ni, Yovela di hospital. Papa tahu kamu tak akan lawat dia setelah apa dia buat pada kamu. Papa faham dan papa tidak mahu kamu berterusan begini sampai bila-bila.” Sememangnya perwatakan Dato Levin adalah seorang yang lembut nadanya. Namun dalam hal kerja di pejabat, Dato Levin seorang yang tegas.
“Papa jangan risau, Ivan okey dan move on. Ivan anggap Yovela sebagai adik untuk menunjukkan keprihatinan pada dia.” Ivan menghela nafas. Dia harus move on dan tidak mempunyai niat rasa benci dan dendam terhadap Yovela.
“Papa tahu kamu bukan seorang yang pendendam dan pembenci. I hope everything is okay for you. Anytime Ivan lawat sekali sekala your sister.” Dato Levin tersenyum melihat anaknya kembali tersenyum. Sejak semalam Datin Lydea menghubungi Dato Levin untuk memujuk Ivan melawat Yovela walaupun Datin Lydea telah mengetahui kecurangan Yovela.
Share this novel