14

Drama Series 3671

Amylia telah tiba di Lapangan Terbang KLIA bersama pengawal peribadi yang bernama Bob. Mereka dijemput oleh pengawal peribadi lain yang bernama Alex untuk menghantar Amylia di apartment tempat tinggalnya. Setelah menghantar Amylia, Bob dan Alex menuju ke lokasi rahsia mereka tempat perjumpaan untuk menyiasat perihal gadis yang menyerupai Yovela.
Telefon pintar Amylia berbunyi menandakan panggilan masuk lalu Amylia menjawab panggilan itu di skrin nama ‘Ronny’.
“Awak dah sampai?” jawab Ronny dalam talian.
“Ya Ronny. Saya di Apartment.” Ketika ini Amylia berbaring di sofa sambil memicit dahinya kerana berasa sakit kepala disebabkan ‘Jet Lag’. Telefonnya masih dilekapkan di telinga di sebelah kiri bagi membolehkan dia berbaring dalam keadaan selesa.
Sepanjang 15 minit berlalu mereka berbicara melalui telefon, Amylia sedia maklum yang Datin Lydea seorang yang licik dan bijak dalam menyembunyikan motif pembunuhan.
Telefon dimatikan setelah menyudahkan perbualan mereka. Amylia harus berhati-hati dalam menyiasat tentang Datin Lydea dan Dr Mike. Walaupun Amylia telah berhenti kerja dari hospital tempat Dr Mike itu, dia boleh mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan pembedahan plastik perempuan yang mirip dengan Yovela. Nalurinya mengatakan perempuan yang mirip dengan Yovela pasti tidak tahu rancangan Datin Lydea dan Dr Mike.
‘Nantilah fikir hal ni.Aku nak tidur’. Mata Amylia semakin lama semakin memberat kerana berasa mengantuk. Penat!.
***
Mirah bertemu dengan seseorang di rumah sebaik sahaja dia menerima mesej untuk memberitahu lokasi tempat tinggal kawannya. Mirah berdiri di hadapan pagar rumah itu menantikan tuan rumah keluar untuk berjumpa Mirah. Beberapa minit kemudian, muncul seseorang dengan wajah ceria melihat Mirah di luar pagar itu.
“Mirah akhirnya sampai juga kau” gadis itu membuka pagar membolehkan Mirah masuk lantas memeluk kawannya. Mirah turut membalas pelukan kawannya bernama Sarah.
“Sejak kerja hospital kau tak ada spend time dengan aku.” Nada Mirah pura-pura merajuk.
“Alaa.. Sorry aku busy sepanjang weekend ni. Hari ni baru aku holiday itupun aku mohon cuti. Penat sangat.”
Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.
“Mirah, kau nak minum apa? Aku buatkan kau minuman.”
“Tak payahlah. Menyusahkan je. Aku singgah kejap lepas ni aku nak ke rumah orang.”
Sarah terus duduk di sebelah Mirah di sofa.
“Okeylah macam tu. So, what is the problem?” tanya Sarah memandang wajah Mirah.
Mirah berdiam sejenak sebelum memulakan bicarannya.
“Aku nak minta tolong dengan kau ni. Kau kerja jururawat di Jabatan Pembedahan Plastik kan?”
Sarah menggangguk.
Mirah menceritakan terhadap Sarah mengenai masalah yang dihadapi. Sepanjang Mirah bercerita, perasaan Sarah berasa simpati mendengar cerita Mirah.
Sejam berlalu mereka berbual, Mirah meminta diri dan Sarah membantu Mirah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan supaya Mirah dapat info mengenai masalah orang yang diceritakan sebentar tadi.
“Nanti ada info, aku Whatsapp kau.” Ujar Sarah sambil melambai Mirah yang sudah masuk ke dalam kereta setelah Mirah menempah Grab Car melalui aplikasi dalam telefonnya. Mirah turut membalas lambaian Sarah. Syukurlah ada Sarah membantunya. Semoga Dyla dapat dijumpai. Harapannya dalam hati.
Sebaik sahaja hilang pandangan kereta itu, Sarah lantas masuk ke dalam rumah. Dia mengambil telefon di sofa untuk menghubungi seseorang. Kedengaran suara wanita di hujung talian.
“Aku nak jumpa kau. Aku ada benda penting nak cakap pasal info kau bagi kat aku minggu lalu. Mesti kau terkejut bila kau dengar ni.” Suara wanita dalam talian memberitahu tempat biasa untuk berjumpa malam nanti. Panggilan ditamatkan. Sarah menghela nafas. Sekiranya ada kaitan dalam masalah ini, tekaannya memang benar.
***

Maaf lama tak update. Maaf jika ada kekurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience