10

Drama Series 3671

“Tuan Ivan, Ronny pergi ke Itali semalam. Tapi, saya tidak pasti apa tujuan dia ke sana.” Kata Malik merangkap bodyguard Ivan. Ivan sekadar mengangguk lalu tangannya memegang dagu dengan gaya berfikir. Lantas dia berdiri dari bangkunya berpaling ke arah Malik.
“Lagi bagus dia stay saja di Itali tu. Dia dan Yovela mungkin tiada hubungan apa-apa lagi. Dia tak dapat terima kenyataan keadaan Yovela macam tu dengan parah. Dasar lelaki tak guna.” Ivan memaperkan wajahnya yang sinis mengutuk tingkah laku Ronny yang sanggup meninggalkan Yovela. Malik hanya mendiamkan diri melihat Ivan. Lalu Ivan menyuruh Malik keluar setelah mendapat informasi mengenai Ronny. Ivan menghela nafas. Memang kasihan kau Yovela dapat kekasih yang tinggalkan kau.
Datin Lydea merenung wajah anaknya Yovela. Dia bersyukur Yovela sudah sembuh daripada pembedahan plastik setelah membuka balutan pada wajah anaknya. Tapi malang, Yovela menghadapi amnesia dan tingkah lakunya agak berubah. Hal itu membuatkan Ivan yang melawat Yovela beberapa hari yang lalu terkejut melihat perubahan Yovela sentiasa senyum pada orang yang menyapanya. Di luar pintu bilik wad, Ivan berdiri dan menarik nafas supaya bersabar agar kemarahannya dikawal terhadap Yovela. Walaupun Ivan mula teruskan hidup daripada kekecewaannya hal kecurangan Yovela namun dia tidak dapat melupakan perbuatan Yovela. Ivan membuka pintu itu lalu melihat Datin Lydea dan doktor berada di situ. Yovela mengangkat wajah lalu melihat Ivan. Yovela lantas berpaling ke arah lain kerana takut renungan tajam Ivan seakan-akan mengherdiknya seperti beberapa hari yang lalu ketika Ivan memperlakukannya dengan kasar.
“Ivan, akhirnya datang juga. Aunty ingat Ivan tak datang.” Datin Lydea menyapa Ivan dengan senyuman. Ivan turut tersenyum ramah walaupun dalam hati berasa geram dengan sikap Datin Lydea seolah-olah memaksa dia datang ke sini melihat bekas kekasihnya.
“Memandangkan Ivan datang ke sini, apa kata Ivan hantar Yovela balik rumah. Aunty ada hal nak bincang dengan Doktor Mike. Boleh kan Ivan?. Datin Lydea berharap Ivan menerima permintaannya. Datin Lydea telah mengetahui kes kecurangan anaknya. Namun, Datin Lydea berharap Ivan memberi peluang kepada Yovela walaupun Yovela hilang ingatan.
Ivan menerima permintaan Datin Lydea dengan terpaksa. Setelah Datin Lydea dan Doktor Mike beredar dari situ, keadaan menjadi sunyi tanpa suara. Ivan berdehem sebelum bersuara.
“You okey tak? Tanya Ivan untuk menghilangkan rasa janggal antara mereka meskipun Ivan mengenali Yovela sekian lama. Mungkin tingkah laku Yovela menyebabkan keadaan rasa kekok untuk bersuara.
“Saya okey.” Ujar Yovela. Yovela berasa janggal dengan Ivan.
Ivan mula berfikir gaya Yovela tidak sebelumnya yang kasar dan angkuh. Kini, Yovela menjadi peramah dan sopan apabila bercakap dengan semua orang termasuk Datin Lydea. Sebelum ini, hubungan ibu dan anak agak renggang. Fikir Ivan.
“Okey, I hantar you balik ke rumah you.” Ivan mengambil beg di atas meja lalu keluar. Yovela ikut Ivan daripada belakang Ivan. Yovela berasa kurang selesa jalan beringingan dengan Ivan. Dia melihat sorotan mata Ivan seperti membenci terhadapnya. Mungkin dia fikir pasal kes kecurangan aku kot? Yovela agak terkejut melihat video yang ditunjukkan oleh Datin Lydea mengenai kecurangannya bersama lelaki lain. Dia tidak percaya dan yakin bukan dia yang melakukannya. Dia mengenali dirinya sendiri dan pandai menjaga maruah diri. Dia bingung mengapa dia melakukan perbuatan seperti itu bermesraan dengan lelaki itu. Aduh! Serabutnya!
Ivan dan Yovela berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta dan Yovela terus masuk dalam kereta dan Ivan mula memandu kereta keluar dari tempat itu. Dalam kereta mereka hanya diam melayani perasaan masing-masing. Yovela tidak berani bersuara kerana melihat wajah Ivan serius. Akhirnya, Yovela hanya diam sahaja sepanjang masa sehinggalah sampai di rumah Yovela. Beberapa pembantu rumah bersedia menunggu di luar rumah apabila melihat kereta Ivan sampai lalu Yovela keluar dari kereta begitu juga dengan Ivan. Yovela terpegun melihat rumah mewah itu.
“Ini rumah saya ke?” Tanya Yovela sambil menunjuk jarinya di rumahnya. Pembantu rumah kelihatan terkejut melihat perubahan Yovela yang tidak angkuh itu. Ivan hanya menggangguk menjawab pertanyaan Yovela. Hmm begini pulak orang kena amnesia ni. Gumam Ivan dalam hati. Ivan menjelaskan keadaan Yovela terhadap beberapa pembantu rumah itu dan meminta bantuan daripada mereka bagi mengembalikan ingatan Yovela selama berada dalam rumah itu. Pembantu rumah hanya mengiyakan lalu mengambil barang-barang Yovela. Yovela mengucapkan terima kasih kepada beberapa pembantu rumah itu.
“Eh Nona, tiba-tiba je Yovela cakap thank you. Sebelum ini dia tak pernah pun cakap.” Ujar Ninie sambil mengemas bilik majikannya Yovela.
“Kan? Dia kena amnesia terus perangai dia berubah. Lepas ni harap-haraplah dia tak tengking kita. Aku malaslah tiap hari kena tengking ni salah itu salah. Bagus juga dia kena amnesia lepas kemalangan tu. Mungkin otak dia tu putus wayar hilang ingatan.” Nona tidak menyedari kata-katanya itu boleh menyebabkan orang lain terasa hati.
“Ishh kau ni. Tak baik tau cakap macam tu. Cik Yovela dengar apa kau cakap ni. Hah habis lah kau.”
Nona menutup mulut dengan tangannya. Dia menyedari ketelanjuran kata-katanya. Dia berharap Yovela tidak mendengar apa yang dia cakap perihal Yovela.
Tanpa menyedari mereka berbual, sosok tubuh di sebalik pintu telah mendengar sepanjang 2 orang pembantu rumah berbicara.

Maaf atas kekurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience