“Ma, I have to go now,” Dyla menyalami tangan mamanya sebelum beredar dari restoran itu. Mamanya bernama Winda turut membalas menyalami Dyla anak kesayangannya. “Hati-hati ya Dyla time driving”. Kata mamanya sambil mengusap ubun-ubun kepala anaknya.
“Baik ma. Bye.”
“Bye Dyla.”
Setelah hilang pandangan daripada Puan Winda, dia terus menyambung kerjanya dengan segera kerana pada waktu itu banyak pelanggan datang ke restoran itu setiap hari. Siapa tak kenal tukang masak yang handal dimiliki oleh Puan Winda. Sedar tak sedar Restoran Grilled Beef Steak semakin terkenal dengan menu utama ‘Grilled Beef Steak’. Dyla Samantha juga mewarisi kemahiran daripada ibunya dalam menyediakan hidangan utama itu. Bukan itu sahaja, Dyla mahir dalam membuat kek menyebabkan banyak pelanggan buat tempahan dengannnya. Setelah tamat pengajiannya dalam bidang perniagaan 2 tahun yang lalu, dia bekerja keras bersama mamanya untuk membuka perniagaan sendiri. Akhirnya, banyak feedback yang positif daripada pelanggan dalam laman web facnya.
“wow.. Besarnya” Dyla terpegun melihat bangunan HDR di hadapannya. Matanya membulat dengan mulut ternganga. Ini kali pertama Dyla datang ke tempat itu. Dia menggeleng kepala “Fokus Dyla. Tujuan datang ke sini adalah hantar Kek Pandan.” Dia berkata kepada dirinya sendiri. Di tangannya, terdapat beg kertas sederhana besar, dia segera ke kaunter untuk bertanya perihal tentang pelanggan bernama Mirah yang memesan kek pandan daripadanya. Setelah dia bertanya cik Alia di kaunter itu, dia duduk sebentar untuk menunggu Mirah selepas cik Alia menyambung talian. Mata Dyla memerhati manusia berlegar-legar itu dan tiba-tiba matanya fokus terhadap jejaka tampan itu. ‘Eh, bukan itu CEO Ivander Levin HDR yang terkenal’ gumamnya dalam hati. Dahinya berkerut.
“Dyla!” Panggil Mirah setelah beberapa minit Dyla menunggu. Dyla berpaling ke arah orang yang memanggilnya.
“Mirah!”. Dyla segera bangkit dari sofa lalu menghampiri Mirah. Mereka berbalas senyuman.
“Nah, ini kek yang kau order itu.” Lantas Mirah menyambut huluran beg kertas daripada Dyla.
“Thanks Dyla. Mesti lagi sedap.” Mirah melihat dalam beg kertas itu. Dyla hanya ketawa.
Tiba-tiba Ivander menghampiri mereka.
“Eh, tuan muda. Good morning. Awal tuan hari ni.” Mirah mempamerkan wajahnya dengan ceria menyapa bosnya. Dyla terkejut melihat jejaka itu di hadapannya. Dia mengawal riak terkejutnya dengan senyuman.
“Hmm. Good morning. Saja awal lagipun banyak meeting kan hari ni.” Kedua-dua tangannya masuk dalam poket. Matanya melihat perempuan di sebelah Mirah PA nya itu. Mirah perasan pandangan bosnya itu terhadap Dyla lantas berkata “Tuan, ni Dyla hantar kek pandan kepada saya sebelum ini.” Mirah memperkenalkan Dyla kepada bosnya itu. “Dyla, ni Tuan Ivander CEO syarikat ni.”
“Oh.” Dyla sekadar mengangguk dan senyum. Manakala Ivander merenung ke arahnya.
“Er.. Saya minta diri dulu lah. Banyak kerja nak dibuat. Bye Mirah, bye Tuan. Jumpa lagi.” Belum sempat Mirah membalas, Dyla laju langkahnya keluar dari tempat itu. Mirah hanya memandang Dyla pergi dengan terpinga-pinga.
Sebaik sahaja dalam kereta, Dyla memegang dadanya. ‘Aduh apa pasal pulak aku berdebar-debar ni.’ Dyla teringat mata Ivander merenung ke arahnya sebentar tadi. Dia lantas menepuk pipinya. ‘Jangan fikir tentang dia lagi. Fokus kerja.’
Share this novel