Bosan! Keluh Yovela. Majlis sempena ulang tahun syarikat keluarganya di hotel itu membuatkannya rimas ditambah lagi dia rasa mengantuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh pengacara majlis. Ivander melihat Yovela disebelahnya yang kelihatan wajah Yovela muram.
“Sayang, what is wrong?” tanya Ivander dengan nada lembut sambil memegang jemari Yovela di atas meja. Yovela memandang Ivander menjongket keningnya.
“Lama lagi ke nak habis majlis ni. Bosanlah macam ni.” Rungut Yovela perlahan.
“Vela, tak baik tau buat macam tu. you patut gembira majlis ni ulang tahun syarikat your family.”
“Fine.” Jawab Yovela. Dia malas mendengar ceramah daripada Ivander. Sakit telinga mendengarnya apabila Ivander asyik membela mamanya daripada dia. Dia berpaling ke arah lain apabila mamanya turun dari pentas lalu mengatur langkah ke arah meja mereka VVIP.
Ivander lantas berdiri lalu menyalam tangan Datin Lydea. “Congrats Auntie.”
“Thank you Ivan.” Balas Datin Lydea. Baru sahaja Ivander menegur Yovela yang sedari tadi tidak memandang Auntie Lydea, Datin Lydea menghalang Ivander,“It’s okay Ivan. Mungkin dia penat.” Ivander sekadar mengangguk lalu mereka duduk menikmati makan malam bersama.
“Vela, kenapa tak makan.” Tanya mamanya apabila melihat Yovela berpeluk tubuh dan tidak menyentuh sudu dan garfu.
Yovela hanya menjeling dan tidak menjawab pertanyaan mamanya. Yovela tidaklah sangat membenci mamanya tetapi dia berasa terkilan layanan mamanya yang mengabaikannya sejak kecil lagi selepas mendiang papanya meninggal. Mujur sahaja hanya bertiga mereka di meja itu. Tidaklah Datin Lydea berasa malu perlakuan anaknya yang kurang sopan. Ivander memahami keadaan Yovela dan Auntie Lydea masih lagi hubungan agak renggang.
“Vela, kata tadi you lapar. Why tak makan?”. Ivander menghela nafas melihat perangai kekasihnya yang tak habis dengan moodnya itu. Period kot gumamnya dalam hati.
Lantas Yovela berdiri lalu melangkah keluar dari hotel itu.
“Ivan, I am sorry for my daughter.” Pandangan sayu Datin Lydea dilemparkan terhadap Ivander. Ivander menggeleng.
“Tak apa auntie. Biar saya pujuk Yovela.” Ivander berdiri mendapatkan Yovela di luar hotel. Datin Lydea mengangguk.
Ivander menahan tangan Yovela untuk menghentikan langkahnya dari pintu hotel itu. Yovela segera berpaling melihat kekasihnya itu.
“Vela, boleh tak jangan macam ni. Malu orang tengok.” Bicara Ivander dengan lembut sambil mengelus pipi Yovela, buah hatinya itu. Sayang sangat Ivander dengan Yovela untung ada lelaki yang romantik.
“I want to go home now”. Rengek Yovela dengan manja sambil memegang tangan Ivander. Ivander tersenyum dan membiarkan sahaja pengangan tangan Yovela dengan erat.
“Okey. I hantar you balik. Tapi ada syarat.”
“What?”, Jawab Yovela dengan kerutan dahinya.
“Kita makan dulu. Lepas ni balik”,
“okey.” Yovela hanya menurut. Ivander berasa lega apabila dapat memujuk Yovela. Dia sanggup buat apa sahaja untuk menggembirakan hati Yovela. Sikap manja Vela membuatkan Ivander amat sayang dengannya.
Sementara Yovela hatinya berbunga apabila Ivander datang memujuknya. Dia berasa bertuah mendapat lelaki yang caring seperti Ivander. Moodnya bertukar menjadi ceria. ‘senang je pujuk Yovela’. Ivander mengukir senyuman.
Share this novel