Ivan memandang skrin telefon pintarnya. WhatsApp diterima beberapa jam lalu membuatkan mood Ivan tidak berapa baik. Mujur sahaja jadualnya hari ini tiada sebarang "appointment". Dia cuba untuk bertenang. Seakan tidak percaya Yovela bermesraan dengan lelaki itu. Tangan mengepal penumbuk dan menahan rasa marahnya. Kenapa Yovela sanggup mengkhianati cintanya yang telah lama bersulam di hatinya. Apa salah aku Yovela? kau tipu aku. Bodohnya aku! . Riak wajahnya kecewa. Naluri hatinya tepat yang Yovela ada sesuatu yang disembunyikan. Oleh itu, Ivan menghubungi pengawal peribadinya Mark untuk mengekori Yovela. Segala gambar yang dikirim oleh Mark membuatkan Ivan terkejut. Lagi parah apabila Mark memberitahu yang Yovela dan lelaki itu menginap di hotel selepas mereka makan malam dari restoran itu. Ivan menghela nafas dan memikirkan apa yang harus dilakukan untuk masalah rumit ini. Sungguh dia amat kecewa perbuatan buah hatinya dan sangat terluka.
Ivan menghubungi Yovela, malangnya perempuan itu tidak mengangkat telefonnya. Arghh! Ivan meramas rambutnya lantas keluar dari bilik itu.
###
Dyla tumpang gembira melihat kejayaan Azrie membuka kedai keknya. Berita yang mengembirakan hati membuatkan Dyla berasa bangga terhadap kawan baiknya. Dia dan Azrie berkawan baik sejak dari universiti lagi. Mengimbau kembali kenangan di universiti pasti ada pahit dan manis. Dyla tersenyum dan berpeluk tubuh melihat kedai kek kepunyaan Azrie.
Azrie melangkah ke arah Dyla dan mempelawa masuk kedai itu.
"Azrie, tempat ini cantik lah", puji Dyla. Pandangan matanya mengitari sekeliling. Azrie cuma tersenyum.
"Cantik kan aku pilih tempat ini",
tawa kendengaran Dyla. "Yes, aku kenal kau macam mana. Kau kan jenis yang cerewet bab-bab ni", gurau Dyla.
Azrie Ketawa "tahu tak pe." Untunglah siapa dapat Azrie jenis yang kemas dan teratur.
"So, lepas ni kau busy la. Yalah nak tarik perhatian customer kan," Dyla tersengih. Azrie buat gaya berfikir menoleh ke arah Dyla.
"Of course lah. Walaupun aku busy tiap-tiap hari, jangan risau . Aku ada masa juga nak jumpa kau". Dyla mencebik. Dyla mengakui yang Azrie bijak mengatur masanya sejak mereka di universiti lagi.
"Kau kan kenal aku macam mana kan?", Azrie merenung wajah cantik Dyla. Damn! Azrie melekap dadanya menahan rasa debaran. Dahi Dyla berkerut melihat Azrie seperti itu.
"Azrie, are you okay?",
"Okey je. Just excited ". kedua-dua tangan Azrie masuk dalam poket seluar.
"Sure?" Dyla berasa hairan dengan Azrie. 'macam ada sesuatu je mamat ni'
"Iya Dyla. Aku okay lah. Jom kita pergi makan. Dah lunch hour ni", Pelawa Azrie . Nasib baik waktu lunch. Tak pasal-pasal Dyla banyak tanya. Dyla sekadar mengangguk mengatur langkah melihat Azrie berjalan di hadapan pintu utama kedainya.
Azrie menghela nafas. Sehingga ke hari ini, dia belum meluahkan perasaan cinta yang dipendam selama ini.
Share this novel