7

Drama Series 3671

Ivander melihat Yovela dan lelaki itu berpegang tangan sambil berjalan menuju ke arah pantai itu. Ivander mengempal tangan penumbuknya menahan rasa marah dan kecewa. Sakit!. Memikirkan banyak orang di situ, Ivander tidak bertindak untuk menyerang pasangan sejoli itu. Dia mengeluarkan telefonnya lantas menangkap gambar mereka berdua dan berselindung di sebalik pokok berdekatan dengan bangku. Dia terus meninggalkan tempat itu dan masuk ke dalam kereta. Ivan menghantar gambar yang ditangkapnya itu melalui Whatsapp kepada Yovela. Walau apa pun terjadi, Ivander tetap memutuskan perhubungan dengan Yovela dan tidak akan sekali-kali membiarkan dirinya ditipu lagi.
Yovela dan Ronny makan aiskrim dan duduk di bangku menghadap pantai. Yovela berasa tenang melihat pemandangan itu. Yovela berasa geram apabila Ivander kekasihnya tidak membalas sebarang chat dan berkali-kali dia cuba menghubungi lelaki itu namun malangnya lelaki itu tiada respon. ‘Apa masalah Ivan sampai dia tak angkat call’. Yovela menghela nafas perlahan. Ronny duduk disebelahnya berpaling ke arah Yovela.
“Yovela, kenapa ni?” Tanya Ronny.
“Ivander tak angkat call dari semalam lagi”. Yovela mengeluarkan telefonnya dari beg tangannya.
Ronny sekadar mengangguk. Dia hanya diam sahaja melihat Yovela memegang telefonnya yang berjenama itu. Tiba-tiba riak wajah Yovela berubah apabila Yovela menatap skrin telefonnya.
“Oh my…” Yovela memegang dahinya. Ronny cepat mengambil telefon Yovela dan terkejut melihat gambar dia dan Yovela.
“Ronny, habislah kita. Macam mana ni. Ivander dah tahu. No wonder dia tak balas chat I, call I. I tak tahu nak explain macam mana. Dia nak putus relationship kami.”
Ronny menghela nafas perlahan. “Yovela, I rasa you kena bagi penjelasan pada dia. Kalau you masih sayang dia, kita tak patut teruskan kita macam ni lagi”. Ronny memberi nasihat terhadap Yovela agar Yovela tidak menyakiti hati orang lain yang setia walaupun Ronny terpaksa berkorban perasaannya.
“Ronny, I.. I masih sayang you. I love Ivan but I sayang you juga.” Yovela memegang tangan Ronny denga riak wajah sayu. Ronny hanya membiarkan sahaja.
“Yovela, you tak boleh macam ni. Jangan tamak. You nak ke Ivan terluka disebabkan you.”
Yovela memejam mata. Kusut fikirannya saat ini.

Azrie dan Dyla berjalan beriringan di kawasan taman berdekatan perumahan. Kawasan taman itu riuh apabila kanak-kanak bermain taman permainan itu.
“Dyla, esok lusa kau pergi jumpa supplier kan?” Tanya Azrie. Dyla mengangguk.
“Why are you asking?” giliran Dyla menyoal.
“Aku saja ingatkan kau hati-hati time drive. Dahlah kau sorang dalam kereta. Kalau kau tak kisah, aku boleh temankan.” Azrie menawarkan diri untuk temankan Dyla. Dia agak risau keselamatan diri Dyla. Dyla menolak pelawaan Azrie. Dia tidak ingin menyusahkan Azrie.
“Lebih baik kau fokus je kedai kau, Azrie. Aku okey je lah. Tak payahlah risau. Aku dah biasa jalan sorang sebelum ni.” Dyla menyakinkan Azrie. Azrie mengeluh perlahan. Degil jugak perempuan ni. Gumam Azrie dalam hati, semoga dalam keadaan baik sahaja walaupun hati mengusik sesuatu yang akan berlaku.

“Ivan, I minta maaf sebab tipu you selama ni.”
Ivander lantas berdiri daripada tempat duduknya dan merenung Yovela tengah berdiri. Ivander ingin sahaja menampar Yovela kalau ikutkan hatinya membara. Tapi dia bukan jenis lelaki suka pukul perempuan.
“Mulai hari ini, kita putus!?” Tengking Ivander terhadap Yovela. Yovela menangis sambil menggeleng kepala.
“No! please Ivan. I janji I tak akan buat lagi. Ronny tu kawan I je. Tak lebih daripada itu.” Bersungguh-sungguh Yovela menerangkan hal sebenar kepada Ivander. Ivander tersenyum sinis.
“Nama lelaki itu Ronny Sharil anak Puan Milea yang tinggal di England, kan?”.
Yovela terkejut bagaimana Ivan boleh mengenali Ronny.
“I kenal dia melalui penyiasatan bodyguard I. You tinggal dengan dia bertahun-tahun. No wonder bila kita berjauhan, you cari ketenangan bersama dia dan… you slept with him”. Ivander menghela nafas untuk bertenang.
“I sanggup setia dan percaya, tapi inikah balasan you pada I. I tak nak kita ada hubungan lagi. You pergilah dengan lelaki tu. Now, get out!”. Ivander membaling fail-fail ke lantai. Yovela berasa takut diri Ivander yang sebenar ketika marah. Sebelum keadaan jadi teruk, Yovela keluar dari bilik pejabat Ivander dan beri masa yang ruang untuk Ivander. Ivander meramas rambutnya dan menitis air matanya kerana dirinya berasa bodoh tidak peka selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience