Seorang gadis cantik keluar dari perut kereta menampakkan penampilannya “dress half sleeve elegant”. Rambutnya panjang sesuai dengan bentuk wajahnya. Dia memberi isyarat kepada pembantu-pembantunya yang dari tadi menunggu berdiri di luar rumah sebaik sahaja dia baru tiba untuk mengangkat shopping bag yang banyak di dalam bonet kereta. Gadis itu lantas masuk ke dalam rumah mewah bagaikan istana itu. Persekitaran rumah itu agak luas dan ditambah lagi bunga yang cantik di sekeliling rumah itu. Baru sahaja langkah gadis itu naik tangga ke atas, makcik Suri selaku pembantu rumah menyapa dan berkata bahawa ada majlis di hotel yang diberitahu oleh ibu gadis itu. Gadis itu hanya membalas jelingan kepada pembantunya lantas naik tangga ke atas. Makcik Siti hanya sekadar menggeleng lalu menuju ke dapur.
Nama gadis itu adalah Yovela Grace anak kepada Datin Lydea dan mendiang Dato Lee. Hidupnya mudah dengan segala kemewahan yang dia nikmati selama ini. Dia mempunyai paras rupa yang cantik tapi malangnya, perwatakannya seorang yang angkuh dan tiada perasaan simpati kepada orang lain terutamanya orang yang tidak setaraf dengannya. Mendiang papanya meninggal sewaktu Yovela berumur 12 tahun. Oleh itu, Datin Lydea menghantar anaknya di England untuk belajar di sana dan tinggal bersama teman baik mamanya iaitu Puan Milea dan anak lelakinya Ronny. Tindakan Datin Lydea itu untuk mengelakkan Yovela mengalami kemurungan dan tidak berasakan kehilangan mendiang papanya. Yovela memang rapat dengan mendiang papanya daripada mamanya yang sentiasa outstation sana sini atas urusan kerja. Kini, sudah sebulan lebih Yovela pulang ke tanah air setelah sekian lama dia menetap di England selama 10 tahun.
Ting! Bunyi Whatsap daripada telefon pintar iPhone kepunyaan Yovela membuatkan dia terpaksa berpaling dari pintu bilik mandi itu lantas mengambil telefonnya di atas meja solek. Dia tersenyum melihat chat daripada Ivander Levin, buah hatinya. Mereka telah menjalin hubungan cinta ketika berumur 17 tahun. Pandangan cinta pertama Yovela terhadap Ivander sewaktu mereka berjumpa acara majlis Hari Keluarga di rumah Ivander. Sejak kecil mereka rapat dan bertemu kembali semasa mereka remaja. Walaupun “Long Distance Relationship”, mereka sering berkomunikasi antara satu sama lain. Yovela berasa bangga mempunyai kekasih seperti Ivander yang tampan dan baik membuatkan ramai gadis di luar sana terpesona dengan Ivander Levin yang merupakan CEO HDR yang terkenal. Namanya tidak asing lagi dalam majalah, akhbar dan juga di laman sosial.
Yovela meletakkan semula telefonnya di atas meja setelah membalas chat daripada Ivander. Hatinya berbunga-bunga apabila Ivander mengajaknya pergi dinner di restoran Itali tempat kegemarannya.
Share this novel