Ivan berasa terkilan dengan tindakan Datin Lydea seakan-akan memaksa kembali hubungan secara damai dengan Yovela. Sukar dia membuat keputusan kerana sakit hatinya atas perlakuan Yovela dulu kecurangan dengan Ronny. Ivan memandang cincin kepunyaan Yovela di atas meja. Fikirannya melayar semasa dia melamar Yovela. Hatinya terasa disiat-siat. Bukan mudah untuk melupakan perbuatan Yovela meskipun wanita itu telah berubah. Teringat dia pada hujung minggu ke rumah Yovela untuk melihat keadaan bekas buah hatinya itu. Dia amat mengenali Yovela dan dia berasa hairan pada perubahan Yovela yang rajin membantu pembantu rumah menyediakan hidangan dan rasa masakan Yovela sedap. Ivan tertanya-tanya adakah amnesia itu menyebabkan Yovela pandai memasak dan perwatakannya peramah sehingga pembantu rumah agak selesa bergaul dengan wanita itu.
“Your personality made me fall in love again, Yovela”, gumam Ivan dalam hati sambil memegang cincin di tangannya. Dia menghela nafas. ‘Adakah Yovela berpura-pura?’ andaian Ivan. Bunyi ketukan pintu di luar lalu Ivan menyuruh orang itu masuk.
“Tuan Ivan, Dato Levin ingin berjumpa dengan tuan di biliknya.” Ujar setiausaha yang bernama Mirah. Ivan hanya mengangguk lalu dia berdiri. Alangkah baiknya dia berjumpa bapanya ingin meluahkan rasa gelisah dan kebingungan yang dihadapinya. Sebelum dia melangkah keluar, Ivan baru perasan sejak akhir-akhir ini setiausahanya sering keluar makan tengah hari dari pejabat. Sebelum ini, wanita itu hanya lunch di pantri.
“Mirah, awak keluar lunch hari ini?” tanya Ivan sambil mengambil Ipad di atas mejanya.
“Ya tuan, dah sebulan. Sebelum ini order dari restoran kegemaran saya. Sejak anak owner restoran hilang dari kejadian kemalangan tu, tiada COD makanan. Tuan masih ingat tak perempuan yang hantar makanan yang saya order sebelum ni”. Kata Mirah kepada Ivan. Ivan berdiam sejenak ingin mengingati wajah perempuan yang dimaksudkan oleh Mirah.
“Saya ingat dah. Dia hantar kek pandan kan?”. Ujar Ivan. Ivan bersimpati apabila mendengar cerita Mirah tentang kehilangan wanita yang bernama Dyla. Patutlah penghantar makanan bernama Dyla tidak datang ke pejabat.
“Kesian ibu Dyla tu. Dah sebulan kehilangan anaknya. Sometimes saya datang ke restoran lawat Puan Winda dan hulurkan sumbangan sikit-sikit.” Ujar Mirah panjang lebar. Ivan hanya mendengar cerita yang disampaikan oleh Mirah. Tak sangka kejadian yang menimpa pada Dyla sehingga sekarang belum ditemui. Pastinya Ibu Dyla sangat sedih menanti kepulangan Dyla anaknya. Harap Dyla segera dikesan keberadaannya. Doa Ivan dalam hati. Tak sedar beberapa minit berlalu, Ivan melangkah pergi ke ruangan bilik bapanya.
Yovela sedang duduk di kerusi berhampiran dengan kolam renang. Fikirannya ingin mengingati siapa dirinya sebelum ini. Kepalanya sakit berdenyut apabila cuba mengingati kejadian sebelum ini yang menimpa dirinya. Yovela bercerita dengan pembantu rumah mengenai dirinya sebelum ini yang angkuh dan tidak pernah memasak. Yovela selalunya hanya memesan makanan sahaja dari restoran yang terkenal. Pembantu menceritakan lagi bahawa Yovela jarang bangun awal pagi dan sering ke pusat beli-belah. Baru-baru ini, Yovela diberikan kad oleh mamanya untuk membeli pakaian kerana pakaian yang terdapat dalam almari di biliknya semuanya tak cukup kain!. Mujur mamanya memenuhi kehendak Yovela. “Jahat sangatkah aku ini?”. Gumamnya. Pandangannya melihat pembantu rumah menyiram bunga. Dia tersenyum melihat gelagat pembantu rumah bernama Ninie menyanyi. Deringan panggilan telefon Yovela mematikan senyumannya melihat nama Ivan skrin telefon. Lantas Yovela menyambut panggilan itu dengan menekan simbol hijau pada skrin.
“Hello,” jawab Yovela.
“Hello Yovela. Awak free tak hari ni.” Ujar Ivang di hujung talian.
“Er.. ya free Ivan. Ada apa ya awak telefon saya?”
“Saya nak ajak awak pergi jalan-jalan ke tempat favaourite awak. Mungkin awak ingat sikit demi sedikit.”
“Boleh. Lagi pun saya bosan di rumah.” Yovela mengawal keterujaannya.
“Okey. Nanti saya jemput awak pukul 4:00 petang.”
“Okey.” Yovela mematikan panggilan mereka. Dia berasa gusar kalau Ivan masih dingin dengannya. Yovela meraup muka dengan kesal. ‘Kenapalah aku bodoh sangat curang dengan Ivan’.
Azrie memandang wanita yang tengah berbual dengan Aunty Winda di restoran itu. setiap minggu dia perhatikan wanita itu sering melawat ibu Dyla. ‘Siapa pulak minah ni’. Gumamnya. Lalu Azrie melangkah masuk ke restoran itu.
“Eh, Azrie. Mirah, ni Azrie kawan kepada Dyla.” Puan Winda memperkenalkan Mirah kepada Azrie. Azrie hanya mempamerkan senyuman. ‘Oh Mirah namanya.’ Bisiknya dalam hati. Mereka bertiga mula berbual bagaimana Mirah mula mengenali Dyla dan serba sedikit pengenalan Mirah. Azrie beranggapan yang Mirah seorang yang peramah dan bersopan santun. Azrie hanya memerhati Mirah dan Puan Winda rancak berbual seperti anak-beranak. Selepas beberapa minit, Puan Winda menyambung kerjanya di kaunter untuk mengira hasil pendapatannya hari ini.
“Terima kasih jadi penyeri buat Anty Winda. At least anty tak sedih dan risau fikir pasal Dyla.” Azrie duduk berhadapan dengan Mirah.
“No problem. Saya tahu perasaan sedih seorang ibu yang berhari-hari tunggu anaknya balik. Lagi pun, saya cuti hari ini. So, saya lawat anty di sini. Dyla kan selalu hantar makanan di pejabat tempat saya bekerja. Saya turut bersimpati.” Kata Mirah dengan sayu di wajahnya.
“Polis sekarang tengah berusaha mencari jejak Dyla. Saya dah post di Fac, sampai sekarang tiada news.” Keluh Azrie.
“Kita berdoa mudah-mudahan Dyla segera dijumpai. Kesian Anty menanggung kerinduan. Dah sebulan ni.”
Azrie mengannguk. Harapan demi harapan yang dinantikan oleh Azrie.
Yovela dan Ivan pergi ke pantai setelah mereka mengunjungi pusat beli belah.
Yovela kelihatan teruja menikmati rasa sate dan cendol.
“Sebelum ini, awak tak pernah makan makanan gerai di tepi jalan. Awak selalunya makan makanan ‘barat.’ Ivan merenung Yovela sedang menikmati makan sate. Ivan tersenyum melihat gelagat Yovela apabila sate dimasukkan ke dalam mulutnya sebagai permulaan, dia menutup mata sambil rasa makanan itu. comel! Puji Ivan dalam hati.
“ye ke? rugi tau tak makan sate yang sedap ni.” Yovela mula tertanya-tanya dalam hati. ‘Ish tak percaya lah sebelum ni aku tak makan sate sedap macam ni.
“Ya. I know you very well. Sejak kecil awak sangat suka ala ala wastern.” Tawa Ivan kedengaran. Lupa mengenai masalah mereka sebelum ini mengenai isu kecurangan Yovela. Sebulan Ivan memerhati gaya Yovela yang berubah.
Yovela hanya ketawa membalas kata-kata Ivan. Rasa tekaknya mual apabila merasai makanan barat semasa Yovela makan bersama dengan ibunya di restoran Itali yang terkenal di Malaysia. Tidak tahu kenapa Yovela sukar mengingati mengenai dirinya sebelum ini. Dia tidak berasa familiar apa yang diceritakan oleh ibunya dan Ivan.
“Ivan, awak patut rasa tau sate ni. Sedap sangat. Murah dan sedap sangat.” Yovela mengambil satu cucuk sate ingin menyuapkan ke mulut Ivan. Ivan menggeleng perlahan menandakan dia tidak suka makan makanan yang berminyak. Riak wajah Yovela berubah seakan-akan merajuk dan menganggap Ivan tidak sudi menerima suapan daripadanya. Yovela berpura-pura merajuk ingin mendapat perhatian daripada Ivan. Akhirnya Ivan mengalah apabila melihat Yovela merajuk. Nampak gayanya, Yovela berani menunjukkan sisi tingkah lakunya terhadap Ivan. Ivan tersengih melihat wajah Yovela kelihatan senang hati apabila Ivan menerima suapan daripada Yovela dengan secucuk sate.
“Sedap kan?” Yovela tersenyum melihat Ivan makan beberapa cucuk sate ayam bersama dengan kuah dalam mangkuk kecil.
“Not bad.” Komen Ivan bersahaja. Tidak dinafikan sate ayam adalah paling sedap dia merasainya. Kali terakhir dia memakan sate itu sejak sekolah rendah. Sejak itu, dia tidak memakannya lagi apabila dia membaca artikel mengenai makanan sihat maahupun tidak sihat. Kehairanan Ivan terhadap Yovela membuatkan dia tertanya-tanya. Dia masih ingat kata-kata yang dilontarkan oleh Yovela ketika dulu, Yovela rasa jijik makan di gerai tepi jalan. Kini, Yovela berubah citarasa beralih seperti yang dia lihat sekarang mengenai Yovela.
Lamunan Ivan terhenti mendengar namanya dipanggil oleh Yovela.
“Are you okay?” tanya Yovela. Pandangan Yovela ke arah wajah Ivan yang mengelamun.
Ivan mengangguk perlahan.
Ivan hanya berdiam diri. Dia sendiri tidak tahu apa jawapannya. Banyak kejadian pelik sejak kebelakangan ini. Dia berasakan yang Yovela di depannya ini bukan Yovela yang dikenali sebelum ini. Sangat berbeza!. Mustahil Yovela bukan Yovela? Adakah Yovela mempunyai kembar? Mustahil!. Ivan cuba berfikir positif mungkin kesan kemalangan Yovela yang dihadapi menyebabkan Yovela berubah menjadi orang yang baik berbanding Yovela sebelum ini.
“Ivan, if you don’t mind... Saya nak beli lagi cendol, boleh?” Pinta Yovela dengan sopan. Ivan ketawa kecil. “Sure Yovela. Order saja apa awak nak asalkan awak happy.”
“Yeay! Thank you Ivan.” Gelagat Yovela seperti keanak-anakan menyentuh hati Ivan. ‘I hope you kekal begini Yovela’.
Maaf atas kekurangan. Diharapkan kalian menyukainya dengan cerita ini. Terima kasih kepada semua yang follow saya.
Share this novel