15

Drama Series 3671

Ivan dan Yovela bercuti di Beach Villa selama 3 hari. Ivan ingin menghabiskan masa yang terluang bersama Yovela untuk menguji buah hatinya sama ada Yovela adalah palsu atau sebaliknya. Ivan ingin melihat tanda lahir pada bahu Yovela. Dia sengaja membawa Yovela ke villa tersebut dan melihat sejauh mana tingkah laku Yovela berpura-pura. Naluri hatinya mengatakan Yovela ini bukanlah Yovela sebenar. Beberapa hari yang lalu, Ivan berjumpa beberapa doktor pakar otak. Secara ringkasnya, keterangan oleh doktor mengatakan pesakit hanya hilang memori sahaja dan tidak memberi kesan kepada perubahan tingkah laku seseorang. Keyakinan Ivan mengukuhkan lagi kenyataan doktor tatkala Ivan melihat Yovela tidak mendapat alergik terhadap makanan beef steak. Keraguan cinta Ivan terhadap Yovela dapat diselesaikan dengan rancangan Ivan bersama Yovela. Sekiranya Yovela adalah Yovela bukan sebelum ini, Ivan berasakan tersemai cinta dalam hatinya terhadap Yovela palsu. Ivan mengeluh perlahan. Ivan dan papanya Dato Levin akan menyiasat perihal Datin Lydea dan Dr Mike mengenai Yovela yang berada di sisinya ketika ini.
“Ivan, lama lagi ke kita sampai?” tanya Yovela (Dyla). Pertanyaan Yovela membuatkan Ivan tersedar yang dari tadi mengelamun.
Mereka duduk di belakang pemandu. Pemandu bernama pak cik Sahak yang membawa mereka ke destinasi percutian mereka.
“Lebih kurang 20 minat lagi kita akan sampai sayang.” Jawab Ivan sambil mengelus wajah Yovela.
Hati Yovela berdebar-debar apabila tangan Ivan berada di wajahnya. Tapi bukan tangan Ivan yang menyebabkan hatinya berdebar. Panggilan perkataan ‘sayang’ daripada mulut Ivan. Inilah kali pertama Ivan memanggilnya dengan perkataan itu.
Mata Yovela berpaling ke arah lain apabila Ivan menjauhkan tangannya daripada wajahnya. Ivan tersengih melihat perangai Yovela yang malu terhadapnya. Kadangkala, telatah Yovela mencuit hati Ivan.
“Yovela, awak tak kisah saya panggil ‘sayang’,” Ivan menyulam jemari Yovela. Yovela berpaling ke arah Ivan. Sejujurnya Yovela suka dipanggil ‘sayang’ oleh Ivan. Hatinya terusik dan berbunga-bunga. Yovela tersenyum.
“Saya tak kisah Ivan. Its normal in relationship. Asalkan awak tak panggil ‘sayang’ dengan perempuan lain.” Yovela berpura—pura merenung tajam terhadap Ivan. Tawa Ivan kedengaran. Ivan mendekatkan diri pada Yovela dan berbisik di cuping telinga buah hatinya.

.............

Yovela(Dyla) memejamkan matanya merasai angin membuatkan dirinya berasa tenang. Ivan disebelahnya memerhati Yovela (Dyla). Sebelum ini Yovela tidak suka sangat berada di pantai. Sifat Yovela jenis suka membeli-belah sepanjang hari. Jarang sangat Yovela lepak di pantai. Tapi Ivan teringat peristiwa pertemuan Yovela dan Ronny. Ivan menghela nafas. Dia tidak ingin mengingatinya lagi. Takut spoil mood Yovela menikmati percutian mereka.
“Ivan, saya nak beli cendol boleh tak?” pinta Yovela(Dyla) dengan nadanya manja.
“Boleh sayang. Jom.” Ajak Ivan sambil memegang tangan Yovela. Mereka berjalan menuju ke arah seorang pak cik yang menjual aiskrim berdekatan dengan laluan orang berjogging.
Ivan mula menyukai sifat Yovela yang manja dan penyayang. Yovela(Dyla) kelihatan teruja.
Naluri Ivan menyatakan Yovela bukan Yovela meskipun Yovela sekarang hilang ingatan.
Akhirnya, Ivan dan Yovela kembali ke hotel. Mujur sahaja bilik mereka ada 2 katil. Yovela (Dyla) menarik nafas lega. Fuhh.. selamat aku. Sepanjang mereka tinggal bersama, Ivan tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya. Yovela (Dyla) bersyukur Ivan bukanlah lelaki seperti itu.
Kedengaran pintu bilik air terbuka, Ivan keluar dengan berpakaian bathrobe. Lantas Yovela (Dyla) berpura-pura bermain telefon pintarnya.
Pandangan Ivan ke arah Yovela sedang bermain telefon pintar. Senyuman Ivan terukir. Dia tahu Yovela berpura-pura menatap skrin telefonnya. Fikirannya ingin mengusik Yovela.
Ivan terus melangkah ke arah katil Yovela kemudian duduk bersebelahan Yovela. Debaran Yovela bermula sebaik sahaja Ivan duduk dekat dengannya. Lantas telefonnya diletak di atas lampu meja. Pandangan Yovela hanya menunduk tidak berani melihat renungan mata Ivan yang menatapnya saat ini.
Ivan tersenyum nakal melihat sifat pemalu Yovela. Sebelum ini Yovela jenis yang nakal daripadanya. Yovela lama yang gemar mengusik Ivan. Namun kali ini berbeza dengan Yovela versi sekarang.
“Err.. Ivan saya nak mandi.” Gugup Yovela berkata tatkala Ivan mendekatkan wajahnya dengan wajah Yovela.
“Look at me sayang”. Pinta Ivan sambil ibu jarinya menyentuh pipi Yovela yang kelihatan gugup.
Suara menggoda Ivan membuatkan Yovela berasa jantung berdegup kencang. Yovela menatap mata Ivan.
Yovela hanya memejamkan mata bersedia menerima sentuhan bibirnya daripada Ivan. Tapi sangkaannya meleset menerima kucupan di dahinya.
“Pergilah mandi and bersiap kita pergi dinner.” Ivan bangkit dari katil.
Yovela terpinga-pinga. Hatinya huru-hara dengan layanan Ivan. Malu aku!
……………
Sarah dan Amylia bertemu di restoran yang menjadi kebiasaan mereka makan tengah hari di tempat itu. Restoran Cina menjadi tempat kesukaan mereka kerana makanan di sini menepati selera mereka. Sebelum Amylia berhenti kerja, Sarah dan Amylia sering ke restoran ini untuk makan bersama.
“Tak sangka kau cerita pasal ni adalah orang yang sama aku cari untuk dapatkan info.” Ujar Amylia.
“So, apa plan kau lepas ni. Perkara ni risiko tau Amy. Kau tak takut ke benda ni akan membahayakan nyawa kau.”
Sarah merenung tajam Amylia menandakan dia serius dengan kata-katanya.
Amylia hanya mendiamkan diri.
“Amy, kau perlu orang lain untuk bantu kau hal ni. Aku suggest Mirah kawanku bantu kau untuk siasat orang tu.”
“Hmm mungkin Mirah boleh bantu aku untuk siasat perempuan yang mirip dengan Yovela.”
Sarah mengingatkan Amylia sentiasa berhati-hati dalam membuat tindakan. Fikiran Sarah tak sangka Dr Mike buat perkara kejam dalam hal kes pesakit bernama Yovela dan kehilangan seorang gadis yang mirip dengan Yovela.
……………….
Datin Lydea dan Dr Mike menyuruh beberapa orang bawahan mereka untuk mengesan kehilangan Yovela selama berbualan-bulan. Tapi, info yang mereka mahu tidak dapat dan membuatkan Datin Lydea berasa stress.
“Lydea, you need calm down. Nanti you stress.” Dr Mike menenangkan Datin Lydea sambil mengurut perlahan kedua-dua bahu wanita itu.
Ketika ini, mereka berada di dalam bilik kerja Dr Mike.
Datin bangkit daripada sofa. Dr Mike turut berdiri.
“Selagi Yovela tidak dijumpai, selagi itulah I tak tenang…” Datin Lydea memegang dahinya terasa berdenyut.
Belum sempat Dr Mike membalas, suara ketukan pintu kendengaran di luar.
Seorang bodyguard masuk setelah menerima arahan Dr Mike menyuruhnya masuk ke dalam ruangan bilik itu.
“Datin, Doktor. Saya mendapat info mengenai lelaki bernama Ronny. Dia ada kaitan dengan kehilangan Yovela.”
Datin Lydea dan Dr Mike menunjukkan riak terkejut. Mereka berbalas pandangan.
……….
Sebaik sahaja menerima panggilan daripada Amylia mengenai perempuan yang mirip wajah Yovela, Ronny merancang strategi untuk menumpaskan kelicikan Datin Lydea. Dia tidak akan membiarkan buah hati kesayangannya disakiti.
Ronny menanti Yovela untuk sedar daripada koma. Sudah berbulan lamanya dia menunggu. Siang dan malam Ronny menemani Yovela.
Ronny mencantumkan jemarinya dengan jemari Yovela.
Dia mengenggam erat jemari Yovela. Ronny mengeluh perlahan. Sebentar tadi doktor menjalankan pemeriksaan terhadap Yovela. Dia berasa lega tiada apa-apa lagi kesan serius keadaan tubuh Yovela.
“I promise Yovela, lepas ni tiada sesiapa yang sakiti dirimu”. Ronny bertekad.
Ting!
Kedengaran nada mesej telefon Ronny seraya dia bangkit dan mengambil telefon pintarnya di atas meja berdekatan sebelah katil pesakit.
Mata Ronny membulat melihat Whatsapp chat daripada Amylia.
‘Permainan bermula’.

“Saya tak akan buat macam tu lah. You’re mine Yovela.”
Yovela kaku. Jantung rasa nak tercabut!

Mohon maaf ada penambahan bab ini. Enjoy reading hehe. Maaf lama tak menulis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience