13

Drama Series 3671

Kelihatan wanita menuju ke lokasi persembunyian sebagai pertemuan dengan pengawal peribadi itu. Dia dan seorang lelaki beriringan masuk ke dalam rumah banglo kosong itu. Berpuluh tahun meninggalkan kenangan pahit bagi wanita itu. Huh! Wanita itu malas hendak memikirkan dirinya dulu. Lebih baik fokus masalah yang dihadapinya sekarang. Lelaki mengelus pergelangan tangan wanita itu tatkala dia dapat melihat perubahan riak wajah wanita di sampingnya mengenai kesulitan dalam masalah.
“Cari perempuan itu sampai dapat!?”Dah 2 minggu takkan lah kamu tak dapat jumpa dia.” Tengking wanita itu. Tajam memandang kearah 2 orang bodyguard di depannya. Kembang kempis hidung wanita itu menahan marah. Serabut fikirannya. Macam mana segala kebenaran terbongkar. Habislah!
“Kami dah cari seluruh tempat daerah ini tapi kami belum lagi dapat petunjuk keberadaan perempuan itu.”
Belum sempat wanita itu membalas kata-kata bodyguard itu lelaki di sampingnya berdiri lantas berkata.
“Kamu dah try cari CCTV daerah ni untuk check kalau dia ikut seseorang’’.
“Er..Belum tuan.” Tutur bodyguard itu.
Wanita itu memegang dahinya dan sebelah tangan kirinya di pinggang sambil mundar-mundir sebelum melempiaskan makian kepada 2 orang pengawal peribadi.
“B******t! takkan korang tak boleh fikir cctv tu hah!? Itu pun nak kena ajar juga ke!” Wanita itu lantas menengking. Lelaki itu mengusap—usap bahu wanita itu bagi menenangkan hatinya.
“Tenang dear. Sabar. Benda ini kita discuss baik-baik.” Lelaki itu bagi isyarat terhadap 2 orang bodyguard itu untuk keluar lalu mereka beredar dari bilik itu.
“I risau perempuan tu muncul kembali dan bongkarkan apa kita buat selama ni. She disappeared.” Lelaki itu memegang tangan wanita itu lalu memberi kata-kata semangat kepada wanita dicintainya.
Yes, Datin Lydea dan Dr Mike menghadapai dilemma atas kehilangan Yovela yang sebenar yang hilang sejak masuk hospital.
****
“Anty, kenapa tak beritahu pasal hutang ni semua.” Mujur sahaja Azrie awal sampai di restoran pada awal pagi untuk melawat Puan Winda lalu terserempak dua orang berbicara dengan wanita itu. Kelihatan raut wajah Puan Winda merayu kepada dua orang itu yang seakan-akan memberi amaran. Kedengaran sayu di telinga Azrie. Hutang?. Dorang ada hutang ke? Benak hati Azrie tertanya-tanya. Sebaik sahaja langkah Azrie masuk di restoran, dua orang melangkah pergi sambil seorang lelaki yang bertatu di tangannya menatap tajam kea rah Azrie. Hilang pandangan tatkala kereta yang dinaiki oleh dua orang lelaki itu.
“Tak banyak mana pun Azrie. Setiap bulan anty bayar. Tapi kali ni diaorang naik sikit bunga sejak anty tak bayar konsisten masa Dyla hilang.” Puan Winda menghela nafas. Wajahnya pucat.
“Anty, mereka dah melampau lah. Kenapa anty yang kena bayar bukan adik anty sepatutnya bertanggugjawab. Macam ni lah apa kata saya cari adik anty sampai dapat supaya dia yang kena bayar semuanya. Hal ni takkan nak dibiarkan sahaja.” Azrie menahan geram apabila Puan Winda menceritakan semuanya yang berlaku bebanan hutang. Azrie berasa simpati pada Puan Winda dengan bebanan hutang dan kehilangan Dyla belum selesai kes entah sampai bila ke penghujungnya.
“Tak pa Azie, Anty tak nak menyusahkan kamu. Cukuplah Azrie bantu anty selama ni.” Puan Winda berasa segan silu pada Azrie kerana banyak bantuan yang dihulurkan kepadanya. Puan Winda bersyukur Dyla dapat kawan yang baik seperti Azrie. Tidak lupa juga pada Mirah yang sentiasa datang restoran ini.
Azrie menggeleng kepala.
“Anty tak menyusahkan saya pun. Saya ikhlas bantu anty. Saya dah anggap anty dan Dyla sebagai keluarga. Kita dah kenal lama anty. “
Puan Winda rasa terharu dengan kata-kata Azrie. Dia mengedipkan mata agar air matanya tidak keluar. Untung yang dapat lelaki sebaik Azrie. Puan Winda tersenyum sambil memandang Azrie.
“Kalau ada masalah, jangan pendam ya anty. Beritahu je saya ataupun Mirah.” Azrie menatap wajah Puan Winda kelihatan murung. Azrie berharap Mirah akan dapat petunjuk atas kehilangan Dyla. Kebetulan Mirah ada kenalan orang yang bekerja di Hospital Jabatan Pembedahabn Plastik.
Puan Winda menggangguk sekali. Mengingatkan gadis itu, Mirah akan datang pada waktu malam untuk makan bersama. Sedikit terubat rindu akan anaknya Dyla. Semoga Dyla segera ditemui harapan ibu akan anaknya.
“Azrie, kamu sibuk kah malam ni?” Tanya Puan Winda.
“Saya free malam ni selepas waktu bekerja.”
“Anty nak ajak kamu makan malam sekali dengan Mirah. Anty masak lauk kegemaran kamu kalau datang.”
Azrie tersenyum lebar mendengar perkataan nama Mirah daripada Puan Winda. Rindunya dengan gadis itu. Hatinya berbunga ingin berjumpa Mirah. Perasaannya tak sama dengan Dyla sebelum ini. Dia berasakan mempunyai perasaan mendebarkan tatkala melihat wajah gadis periang itu.
“Wah anty, tak sabar nak makan masakan anty. Confirm saya datang malam ni lagi pun lama dah tak jumpa Mirah walaupun seminggu. Hahaha.” Terselit nada gurauan Azrie. Padahal tak sabar jumpa buah hatinya. Puan Winda tertawa. Macam ada apa-apa je diadorang ni. Duga Puan Winda.Ceh!
***
Ivan dan Yovela(Dyla) makan bersama termasuk Dato Levin di ruang makan. Dato Levin ingin berbicara dengan Ivan sejurus sahaja mereka selesai makan malam di bilik kerja. Ivan menggangguk. Mata Dato Levin memerhati perlakuan Yovela(Dyla) yang sopan mengucap ‘terima kasih’ kepada pembantu rumah yang memberinya segelas air mineral. Ivan juga turut memerhati lalu saling bertatapan antara satu sama lain. Sebelum ini Yovela menjeling tajam kepada para pembantu di rumah itu. Ya, angkuh. Yovela(Dyla) menyedari dari pandangan Ivan terhadapnya dan menjongketkan dahi menandakan isyarat kenapa?. Ivan hanya menggeleng. Tanpa peduli pandangan Ivan, lantas Yovela(Dyla) mengaut lauk ayam goring lalu diletakkan ke pinggan Dato Levin. Yovela(Dyla) tersenyum dan Dato Levin mengucapkan terima kasih. Dato Levin berasa senang hati dengan perubahan Yovela(Dyla). Cuma, hatinya gusar bagaimana perasaan anaknya Ivan, adakah masih lagi perasaaan cinta?
“Ivan, nah untuk awak. Awak suka grilled Beef steak kan?. Maid awak cakap malam ni awak teringin sangat lauk ni. Cubalah awak rasa. Saya masak tau.” Yovela(Dyla) kelihatan teruja melihat Ivan makan lauk itu. Ivan memberi isyarat ‘thumbs up’.
“Sedap.” Puji Ivan. Dato Levin tersenyum melihat pasangan sejoli di depannya.
“Yeay!” Yovela(Dyla) tersengih tatkala Ivan mengatakan masakannya enak.
Ivan kehairanan kerana Yovela di sebelahnya ni selalunya allergic dengan Beef Steak. Yovela(Dyla) santai sahaja memakan Grilled Beef Steak di pinggannya. Dato Levin dan Ivan saling memandang antara satu sama lain. Ada seseuatu yang pelik berlaku.
***
Baru 2 hari Yovela(Dyla) tinggal bersama dengan Ivan, dia berasakan tidak mengingati kenangan dalam rumah ini. Dia akui rumah Ivan mewah dan menarik. Menurut mamanya Datin Lydea, dia sering menginap di rumah Ivan. Tapi kali ini dia tinggal rumah ini agak lama sehingga dia kembali ingatannya. Ketika ini Yovela(Dyla) memeluk tubuh sambil memandang kolam renang yang berwarna biru itu. Dia lantas duduk bangku panjang dekat taman kecil bunga. Dia asyik terfikir akan dirinya. Kata maid dalam rumah Ivan, dia jenis tak pandai masak dan hanya order melalui Grabfood. Cuma, dia teringat kata-kata maid tadi semasa membantu mengemas dapur. Yovela sebelum ini adalah mempunyai alahan pada Beef Steak dan tiada tanda merah-merah dan gatal-gatal pada tubuhnya. Bingung Yovela(Dyla) dibuatnya.
Tanpa sedari Yovela(Dyla), Ivan melihat Yovela(Dyla) dari atas balkoni bersama Dato Levin.
“So son how? Hati dah terbuka ? Dato Levin memeluk tubuh sambil memandang bintang-bintang di langit.
Ivan menghela nafas perlahan.
“I don’t know pa. I think she is not Yovela before. Her attitude made me confuse. Ivan tahu manusia boleh berubah. Tapi, naluri Ivan mengatakan dia bukan Yovela walaupun muka seiras. I knew Yovela for long time. Her personality just like that before yang strict tapi sekarang dia caring dengan orang lain dan also jujur.”
“Ivan, manusia boleh berubah sekelip mata sahaja bila dapat musibah. Tak mungkin dia bukan Yovela. Papa rasa otak kamu yang tak betul ni. Mengarut lah kamu ni. Attitude orang boleh berubah bila-bila masa.” Dato Levin menepuk pelan bahu Ivan. Mungkin anaknya bingung dengan perasaannya.
“Tapi kamu kena buktikan dulu perasaan kamu dengan dia Ivan. Papa sokong kamu. Kamu dan Yovela dah kenal lama sejak kamu childhood lagi.” Tambahnya lagi. Daton Levin keluar dari bilik kerja itu bagi memberi ruang pada anaknya itu sebaik sahaja urusan kerja di pejabat yang selesai dibincangkan tadi bersama anaknya.
Ivan mengiyakan Dato Levin dan membiarkan orang tua itu keluar dari bilik kerja. Matanya menatap Yovela(Dyla) masih lagi duduk di bangku panjang itu.
Mungkin Ivan terpaksa mengikut saranan Datin Lydea membawa Yovela(Dyla) bercuti empat hari di Beach Vill yang baru saja dbuka pada dua bulan lalu terbaru homestay. Mungkin dia memanfaatkan cuti ini untuk mengetahui isi hati Yovela.(Dyla).
***
“Terima kasih Azrie sudi hantarkan saya.” Ucap Mirah sambil membuka tali pinggang keledar tapi agak sukar dia membuka tali pinggang keledar. Susah tekan ni keras! Gumam Mirah dalam hati.
Azrie mendekat pada Mirah dan wajah mereka hamper dekat. Berdebar jantung Mirah dibuatnya. Mirah melihat tatapan Azrie seakan-akan menerkamya. Seram! Tali pinggang keledar dibuka oleh Azrie dengan tangan kirinya dan tangan kanannya memegang bahu sebelah kiri Mirah.
“Sama-sama”. Azrie menjauh wajahnya daripada Mirah sambil mengenyit mata. Suka sangat ye Azrie menyakat Mirah. Azrie tersenyum melihat Mirah mula gelabah.
“Er..Hat..Hati-hati ya.Bye!” Mirah cepat-cepat keluar dari perut kereta dan melangkah dengan laju tanpa menoleh ke belakang. Argh! Kenapa pulak ni dah buang tabiat ke Azrie ni.
Azrie dalam kereta ketawa melihat telatah Mirah berjalan laju. Malu lah tu. I like it. Hatinya yakin dia mula suka pada gadis itu. Mengimbau makan malam bersama dengan Puan Winda di rumah, matanya tak lepas memandang Mirah rancak berbual dengan Puan Winda.

Hai, lama tak update.. Maaf atas kekurangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience