Bab Sebelas

Action Completed 14698

“Trix, tak boleh jadi! Kita tak boleh kehilangan Beast sebab dialah yang banyak menjayakan semua strategi dalam kumpulan kita. Tak boleh!” tengking Cameo sambil menghempas barang-barang yang ada di sekitarnya. Trix meraup wajahnya kasar sambil memikirkan bagaimana mahu memujuk Beast untuk kembali ke dalam kumpulan mereka. Adakah mereka perlu mengugut Beast dengan cara yang boleh dia kembali semula ke dalam kumpulan?

“Dear!” panggil Mik dari atas. Mika turun dengan memakai ballgown. Mereka sudah pun bergelar suami isteri seminggu yang awal. Hari ini mereka mahu pergi ke majlis tari-menari anjuran daerah tempat mereka tinggal. “You look so beautiful, my dear Hana.” Mik mengucup dahi Mika lembut. Mika tersentuh. Mik mencempung badan Mika lalu masuk ke dalam kereta mereka. Majlis tari-menari akan berlangsung pada jam 9 malam.

Sampai sahaja di dewan tari-menari, mereka berdua masuk ke dalam dewan tersebut dan kelihatan ramai penduduk disitu sudah memenuhi ruangan dewan tersebut. Mika kelihatan begitu anggun dengan dress paras lutut berwarna biru berkilauan manakala Mik mengenakan tuksedo berwarna putih keemasan. Lagu mula menggemakan suasana di dalam dewan. Begitu romantis sekali. Mik memandang wajah ayu Mika. Mika menunduk malu. Mik melutut lalu mengajak Mika menari bersamanya.

“I am always love you, Hana. Full in my heart. I never left you. Never.” Mik berbisik pada telinga Mika lembut. “I love you too, Mik.” balas Mika dengan air matanya sedikit mengalir. Dia menyandarkan kepalanya pada dada Mik dan meneruskan tariannya.

“Dear Hana please don’t leave me. Apa-apa pun berlaku tolong jangan tinggalkan Mik, sayang…” Mik menitiskan air matanya perlahan. Mika mengesat lembut air mata suaminya yang berjuraian. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang membuatkan hati suaminya itu tersentuh.

Lagu demi lagu dimainkan dalam majlis tersebut. Mik dan Mika sudah berhenti daripada menari. Mereka menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Mik menyuap Mika dengan lemah-lembut sekali. Memang nampak sangat romantis sekali. Beberapa pasang mata telah memerhati mereka dari jauh.

Mik tiba-tiba rasa tidak sedap hati dan kemudian dia mengajak Mika untuk pulang dengan alasan dia kepenatan dan mahu meluangkan masa berdua di rumah sahaja. Mika tidak membantah malah dia mengikuti sahaja kehendak Mik kerana dia tahu Mik penat.

Sampai di rumah, Mik mengunci segala pintu dan tingkap supaya dia rasa keselamatan dia terjamin. Sejak dia mengahwini, jantung dia selalu berasa debar-debar. Dia selalu mengalami tidak sedap hati sejak dia mengisytiharkan diri dia untuk mengundur diri daripada kumpulan jahatnya itu. Mik menghembus nafasnya dengan perlahan dan mengajak Mika masuk ke dalam bilik. Mereka berborak-borak dan bergurau-gurau senda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience