Bab Lapan

Action Completed 14698

Hari ini Mika akan berjumpa dengan Mik di kafe di mana tempat pertama perjumpaan mereka. Mika tak sabar nak jumpa dengan jejaka idamannya begitu juga dengan Mik. “Sorry Hana my dear, I’m late again.” 10 minit kemudian Mik muncul dengan berpakaian tshirt berwarna kelabu berseluar jeans. Mika pula memakai dress berwarna merah hati.

“It’s okay, Mik. Saya pun baru sahaja sampai 10 minit yang lalu.” Mik tersenyum. Mereka memesan minuman kegemaran mereka kemudian memulakan perbualan dengan bertanyakan khabar. Sudah 3 hari tidak berjumpa kerana kesibukkan.

“I miss you so much, Hana. So much.” Mik menundukkan wajahnya. Memang ternyata dia sangat merindui Mika. Mika terdiam. Ini adalah masanya untuk dia memberitahu jawapannya itu. “Mik, mengenai soalan yang awak ajukan lepas adakah awak serius tentang itu?” Mik menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh. Mik sudah berfikir masak-masak, dia perlu mengubah nasib dirinya itu. Dia perlukan seseorang yang boleh membimbingnya ke jalan kebaikan. Dia perlu tinggalkan kerja kotor itu. Jauhkan semua itu dan bina hidup baru bersama kesayangan. Walaupun dia tahu akan risiko yang bakal dia hadapi. Apa-apa pun dia telah berjanji akan menjaga Mika sehingga hujung hayatnya.

“Saya mula sayangkan awak, Mik.” Mika menundukkan wajahnya menahan malu. Mik ketawa kecil melihat wajah merah Mika semerah buah tomato.

“Marilah kita mulakan hubungan yang lebih intim lagi dengan perkahwinan?” tanya Mik. Mika tersenyum. Akhirnya ada seseorang jejaka yang sudi sehidup semati dengannya namun satu pekara yang agak berat untuk dia memberitahu bakal suaminya ini tentang pekerjaannya itu. Apakah yang akan berlaku sekiranya dia berterus-terang tentang pekerjaannya? Buat sementara waktu biarlah ia menjadi satu rahsia.

Begitu juga dengan Mik. Walaupun dia sudah berhenti daripada membuat kerja kotor tetapi dia tetap seorang penjenayah. Bagaimana kalau Mika tahu lalu meninggalkan dia? Mik tak sanggup. Suatu hari nanti dia perlu memberitahu Mika pekara yang sebenar.

“Terima kasih Mika kerana sudi menerima saya seadanya. Saya sayang awak, Mika.” Luah Mik dengan sungguhnya. Mika tersenyum malu.

“Esok bolehlah awak ikut saya jumpa family saya. Esok saya ambil cuti separuh hari. Malam saya akan pergi bekerja.” Beritahu Mika. Mik mengangguk tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience