Bab Dua

Action Completed 14698

Tiga orang gadis bertempur dengan sekumpulan mafia yang terkenal di Rusia itu. Mereka diarahkan untuk menangkap kumpulan penjahat tersebut. Namun identiti tiga orang gadis itu dijaga rapi supaya tiada sesiapa yang tahu mengenai mereka. Walaupun 1%. Seorang gadis rambutnya diikat satu sedang membuat lompatan dari atas ke tingkat bawah untuk menyerang salah satu konco kumpulan tersebut yang sedang melarikan diri. Seorang gadis berambut pendek paras atas bahu sudah menewaskan tiga orang sekaligus dengan menggunakan kudrat wanitanya. Tendangan dan sepakan diberi sekaligus kepada konco-konco kumpulan tersebut. Seorang lagi gadis berambut panjang paras pinggang sedang bergelut dengan dua orang konco kumpulan itu, dia membuat aksi yang membahayakan dengan melompat dari lantai dan menerkam kedua-dua lelaki itu sekaligus kemudian kakinya dikangkangkan duduk di atas bahu kedua-dua lelaki itu. Dengan senyuman sinis, dia menghantukkan kedua-dua kepala lelaki itu dengan kuat sesama sendiri dan mereka rebah. Gadis itu membuat lompatan dan mendarat dengan kemas. Dia menepuk-nepuk pakaian sutnya itu sambil menjeling ke arah dua lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan tersebut. Kumpulan mafia itu berjaya ditangkap dan diuruskan oleh pihak polis. Pihak polis berterima kasih kepada tiga orang gadis itu kerana telah membantu memudahkan cara penangkapan kumpulan mafia tersebut.

“Fuh! Penat hari ini. Sengal-sengal badan aku dibuatnya. Memang lepas ni lebur duit lagi pergi spa.” Rungut gadis berambut pendek paras bahu tadi yang bernama Armel Inessa Olegg. Dia anak jati negara Rusia, berusia 21 tahun. Bapanya seorang pengajar seni pertahankan diri. Dari kecil dia sudah diajar dengan cara menggunakan pedang dan juga pelbagai langkah seni pertahankan diri.

“Kau belanjalah aku, Mel.” Sengih si gadis rambutnya diikat satu bernama Abella Angeline Cyzarine berusia 19 tahun. Ibunya warganegara Rusia manakala ayahnya warganegara Malaysia. Dia yang mengajar kawan-kawannya ini berbahasa Melayu. Lagipun salah satu tempat di Moscow ini mengamalkan bahasa Melayu sejak dahulu kerana minatnya mereka dengan bahasa Melayu.

“Banyak cantik muka kau. Kau tengoklah si Mika tu bukan main termenung jauh dia. Kita bergosip bukan dia dengar tu.” Bebel Armel sambil menyiku tangan seorang gadis yang berambut panjang paras pinggang yang bernama Mikayla Hannah Dreyfott berumur 20 tahun. Ayahnya warganegara Rusia dan seorang ketua polis negara Rusia manakala ibunya berwarganegara British dan bekerja sebagai ketua askar negara Rusia. Mika mempunyai seorang abang bernama Adrik Christoff Dreyfott berusia 23 tahun.

“Hah? Apa? Apa?” tanya Mika sambil terpinga-pinga. Armel dan Bella sudah membuat muka cemberut mereka. Mika tergaru-garu kepalanya sambil tersengih malu.

“Kau tengok siapa, hah?” Armel menoleh ke belakang dan ternampak seorang lelaki yang juga sedang memandang ke arah Mika. Armel tersenyum sindir sambil menaik-naikkan keningnya ke arah Mika.

“Kau ushar mamat belakang tu eh. Aku report bapak kau, baru tau!” Mika mencebik.

“Kau ni boleh tak jangan libatkan bapak aku dalam keadaan macam ni. Bencilah.” Mika memeluk tubuhnya sambil memuncungkan mulutnya. Bella tergelak kecil lalu mengusap lembut bahu kawannya itu.

“Alah.. saja je Armel nyakat kau. Tu kan hobi dia. By the way, handsome juga laki tu. Citarasa kau tiptop.” Mika memukul bahu Bella, Bella menjengilkan matanya sambil mengaduh sakit.

“Sakitlah!” terkekek-kekek Armel dan Mika ketawa. Tiba-tiba lelaki tadi itu datang ke arah meja mereka sambil meletakkan kad personalnya di atas meja tepat di hadapan Mika. Mika terkelu lalu memandang lelaki itu. Lelaki tersebut memberikan senyuman macho kepada Mika. Mika cepat-cepat menundukkan wajahnya kebawah sambil menahan malu. Armel dan Bella sudah mula mengusik-usik Mika yang sudah malu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience