Bab Duabelas

Action Completed 14698

“Ma, cantik tak Mik lukis pemandangan ni?” tanya Mik kepada ibunya. Puan Marlia tersenyum lalu mengangguk kepalanya. Tangannya ligat mengusap rambut anak bongsunya itu. Mik memang sangat manja dengan ibunya walaupun usianya sudah berusia 16 tahun. Anak-anak Puan Marlia memang sangat manja dengannya. Encik Harry pula bertungkus-lumus kerja untuk menyara keluarganya. Encik Harry dihalau oleh keluarganya kerana mengahwini Puan Marlia, seorang gadis kampung yang sangat miskin tetapi kaya dengan kebaikan. Keluarga Encik Harry tidak merestui perkahwinan mereka sehingga Puan Marlia sudah melahirkan 3 orang putera.

Setiap hari Encik Harry pulang lewat ke rumah mencari rezeki untuk anak-anaknya. Mik dan abang-abangnya rajin menyambut kepulangan ayah mereka di hadapan pintu dengan wajah yang ceria.
“Ayah!” jerit mereka bertiga. Rasa letih Encik Harry hilang apabila disambut oleh 3 orang puteranya.

Sedang mereka bermakan malam bersama, rumah mereka dipecah masuk oleh 2 orang yang menutupi mukanya dengan topeng berwarna kelabu gelap bersama pakaian semuanya serba hitam legam. Mik memeluk ibunya manakala Encik Harry merentap pisau yang ada di dapur manakala abang-abang Mik mengambil barang yang terdekat dengan mereka yang boleh dijadikan pelindung.

“Letakkan benda-benda tu!” tengking salah seorang perompak tersebut. Encik Harry masih lagi memegang pisau. “Jangan kau berani sentuh keluarga aku!” perompak tersebut terus menyerang dengan memukul tengkuk Encik Harry sehingga berdarah. Mik terkejut dan dia tidak mampu nak berbuat apa-apa. Abang-abangnya pula cuba menyerang perompak tersebut tetapi gagal kerana mereka lagi gagah daripada mereka. Puan Marlia pula berlari ke arah suaminya yang sedang menahan sakit pada bahagian tengkuk. Tinggal mereka bertiga untuk melindungi ibu dan ayahnya.

Mik sangat marah apabila perompak itu mencederakan ayahnya. “Hoi! Kau siapa?! Kenapa kau cederakan ayah aku?” marah Mik. Perompak itu cuba untuk memukul Mik tetapi abang sulung Mik sempat menghalang Mik terkena pukulan perompak tersebut dengan seni pertahanan yang dia ada.

BANG BANG BANG

Kedengaran bunyi tembakan demi tembakan yang menembus badan ibu dan ayah Mik. Mik serta abang-abangnya terkaku melihat ibu dan ayahnya ditembak. Mik menjerit memanggil ibu dan ayahnya yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.

“Ibu..ayah.. jangan tinggalkan Mik. Mik perlukan ibu dan ayah seumur hidup Mik. Tolong…” Mik memangku tubuh ibu dan ayahnya sekaligus. Perompak tersebut mula gelabah apabila kedengaran bunyi siren kereta polis yang semakin hampir dengan mereka. Kelam-kabut mereka berlari mengikut pintu belakang. Mik sempat lihat pada pergelangan tangan salah seorang perompak yang bertatu gambar singa jantan. Dia akan sentiasa ingat perompak tersebut untuk dia membalas dendam. Dia akan mempelajari bidang pertahanan dan lawanan. Dia diterima masuk ke dalam satu kumpulan jahat yang bernama Savages. Kumpulan ini sangat licik dan kejam.

Janji Mik akan mencari pembunuh yang membunuh ibu dan ayahnya. Dia mahu membalas dendam. Akan! Hasrat dendam dia itu mengaburi kebaikannya sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience