Bab Lima

Action Completed 14698

Bang! Bang! Bang!

Beast meniup asap yang keluar daripada pistol kesayangannya itu. Mayat seorang lelaki sebayanya diheret kemudian dicampak ke dalam lubang tanah yang dikoreknya sebelum dia menamatkan riwayat lelaki itu. Sebabnya dia menembak lelaki itu kerana cuba membuat laporan polis tentang kegiatan mereka. Siap ada bahan bukti lagi dengan berani dia meletakkan rakaman di markas lama Savages. Sekarang sekali lagi Savages berhijrah di tempat lain dan mempunyai markas baru sejak markas mereka diserang.

“Amacam Beast? Settle dah kerja kau untuk hari ini?” tanya Cameo sambil menyuntik lengannya dengan dadah. Beast tersenyum melihat wajah Cameo yang mula khayal. “Dah beres semuanya, bos.” Cameo tergelak terbahak-bahak apabila mendengar Beast berkata begitu. Nampak sangat dia dah di alam lain. “Ni.. nih duit.. kau! Bonus! Bonus!” Cameo mencampak wang yang sudah diikat tebal ke arah Beast. Beast menyambut duit itu dengan senang sambil tersenyum lebar.

“Beast, aku tengok kau dua tiga hari ini macam ada something je? Tak nak share ke dengan kiteorang? Senyum memanjang bibir kau tu. Naik lemak aku tengok kau macam tu.” Beast hanya menjungkitkan keningnya.

“Dah jumpa awek yang aku sayang.” Kata Beast sambil tersenyum sinis. “Mangsa baru kau ke?” Beast menggelengkan kepalanya. “Aku dah siap lamar dia, cuma dia nak fikir dulu. Yelah, mungkin terkejut baru beberapa jumpa hari kot terus kena lamar.” Beast tergelak. Wolfie dan Tiger turut tergelak.

“Kau serius ke nak kahwin, Beast?” tanya Trix sambil menghembus asap rokok ke udara.

“Entahlah. Aku sayangkan dia sejak kali pertama aku ushar dia kat kafe hari itu. Aku rasa aku akan bahagia dengan dia. Aku dah malas nak layan perempuan-perempuan kat kelab tu. Dah jemu. Aku dah umur 29 tahun beb, aku teringin juga nak berkeluarga.” Kata Beast sambil bermain dengan jari-jemarinya. Trix kekal dengan muka seriusnya. Dia memetik api dan nyalakan pada rokoknya. Kali ini sudah masuk empat batang dia hisap secara berturut-turut.

“Aku rasa kau tak payah berkahwin, Beast. Cuba kau fikir, kenapa aku dengan Cameo tak kahwin? Kiteorang tahu sangat tiada siapa yang nak kami kecuali perempuan kat kelab tu. Fikir logik beb, ada ke seorang isteri yang nak terima suami dia sebagai mafia dan buat kerja jenayah?” Beast terkelu mendengar bait-bait kata Trix yang menusuk itu. Baru sekarang dia terfikir, kata-kata Trix memang betul. Adakah bakal isterinya akan menerima seadanya sekiranya dia mengaku bahawa dia seorang mafia? Fikiran Beast mula serabut. Dia ingin memiliki sebuah kebahagiaan apabila dia berkeluarga nanti? Dapatkah dia kecapi impiannya itu? ataupun dia perlu batalkan sahaja impiannya itu dan terus-menerus menjadi ahli mafia?

“Bro, aku balik dulu. Esok aku datang.” Trix mengangguk sambil menepuk-nepuk bahu Beast. Beast masuk ke dalam perut keretanya dan menuju ke kelab malam milik Cameo. Malam itu tekaknya mahukan segelas jus dan bukan arak. Entah kenapa dia berasa jelek melihat arak yang tersusun cantik di rak tersebut. Sekarang dia harus membuat pilihan, gadis kesayangannya ataupun kumpulan Savages? Seusai meneguk air jus itu dengan lahapnya, dia terus memecut balik ke rumah. Dia perlukan rehat. Dia mahu semua masalah itu hilang ketika dia memejamkan matanya.
Adrik yang baru sahaja pulang pada waktu tengah malam, menyelinap masuk ke dalam rumahnya. Dia takut kalau-kalau ibu dan ayahnya sudah pulang ke rumah awal. Kata Mika tadi, hari ini ibu dan ayahnya akan pulang awal ke rumah dan pada hari esok mereka akan bercuti.

“Adrik!!” bergema suara ayahnya di ruangan tamu. Mika dan mummy hanya duduk di atas sofa. Adrik dan Mika sudah bermain-main mata. “Pukul 3 pagi baru kamu balik? Apa nak jadi dengan kamu ni, Adrik?” marah Tuan Malvish. Adrik hanya membuat riak muka biasa kerana dia pasti Mika akan membelanya sebentar lagi. Dia dan adiknya memang kamching. Dari kecil memang rapat bagaikan belangkas.

“Banyak kerjalah, daddy. Daddy mana tahu asyik sibuk ‘pegang negara’ je. Mana pedulikan Adrik dengan Mika?” kata Adrik selamba sambil menghempaskan tubuhnya di atas sofa sebelah Mika.

“Adrik! Jangan biadap dengan daddy kamu!” tegur Puan Akella. Adrik memutarkan bebola matanya. Mika memeluk tubuh.

“Dahlah mummy, daddy. Dah malam ni janganlah bertengkar nanti apa kata jiran. Mika dah mengantuk ni,sudahlah.” Mika bangkit lalu mencium kedua-dua belah pipi mummynya dan memeluk daddynya. Adrik pula hanya beriak selamba naik ke atas biliknya. Dihempas pintunya kuat. Tuan Malvish dan Puan Akella mengeluh berat apabila melihat perbuatan Adrik yang semakin liar.

Mika melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja solek kemudian dia meraup wajahnya perlahan. Dia membelek-belek wajahnya pada cermin. “Inikah aku? Seorang pengintip yang sememangnya menyimpan rahsia besar daripada keluarga sendiri. Hanya Armel dan Bella sahaja yang tahu, itupun kerana mereka kawan sekerja. Kawan-kawan Mika yang lain juga tak tahu tentang pekerjaan sebenar Mika. Lamunan Mika dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbitnya dengan lagu ‘If Only’ nyanyian Dove Cameron. Dia mengangkat panggilan tersebut apabila tertera nama ‘Aleksey’, merupakan teman sekerjanya juga.

“Mika!” sebaik sahaja Mika mengangkat panggilan Aleksey. Kedengaran suara Aleksey memanggil namanya dengan ceria.

“Yes Aleksey, may I help you?” tanya Mika lembut.

“Tuan Victor kata aku masuk dalam kumpulan kau untuk bantu kau dengan misi kali ini.” Mika terkejut.
“Oh yeke? Jadi, kau dah tahu susun atur misi ini sekarang?”

“Ya! Aku dah tahu. Armel dan Bella sudah beritahu aku. Malam esok bolehlah kita mula, kan?” Suka benar Aleksey dapat bersekumpulan dengan Mika, seorang pengintip yang handal.

“Okey beb. See you tomorrow night.” Kata Mika kemudian dia mematikan talian. Mika mencampak telefon bimbitnya di atas tilam kemudian dia menghempas tubuhnya di atas tilam dan terus memejamkan mata yang sudah memberat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience