Bab Limabelas

Action Completed 14698

“Sayang…” sebaik sahaja Mika membuka perlahan-lahan matanya. Sepantas kilat, Mik menggengam tangan Mika erat. Mika tersenyum. Mik membalas senyuman Mika dengan air matanya yang bertakungan.

“Abang okey? Abang ada masalah ke yang Mika tak tahu? Dekat tempat kerja abang ada masalah ya? Tak nak Mika tolong?” tanya Mika . Mik menangis tersedu-sedan. Dia mengusap-usap tangan mulus Mika.

“Sakit sayang?” tanya Mik sambil merenung wajah pucat Mika. Mika tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. “Dah tak sakit.” jawab Mika. Mik melepaskan nafas lega.

“Abang okey ke?” tanya Mika kepada Mik. Mik menundukkan wajahnya. Serba salah mula menguasai dirinya.
Beberapa hari kemudian, Mika dibenarkan keluar daripada hospital selepas berhari-hari dirawat oleh doktor. Keadaannya semakin membaik. Sejak dari hari itu, Mik menjaga dan melindungi Mika dengan lebih baik lagi. Mika juga sudah masuk kerja semula selepas beberapa lama bercuti.

“Mika, serius aku rindu kau. Kau dah okey? Dah boleh bekerja tak?” Mel dan Bella memeluk tubuh Mika dengan erat sekali.

“Aku seperti biasa okey je. Dah sihat dah. Ada apa-apa maklumat untuk kerja kita?” tanya Mika.

“Malam ni kita kena cari bahan bukti untuk ahli-ahli kumpulan ni. Baru-baru ni khabar angin ada ahli yang baru masuk dalam kumpulan tersebut. Kita kena selesaikan masalah ni cepat. Kalau tak semakin lama semakin berbahaya. Ramai yang telah menjadi mangsa mereka. Baru-baru ini mereka telah membunuh sebuah keluarga dengan alasan mereka berdendam kerana duit.

Mika menggelengkan kepalanya. Apakah yang sepatutnya Mika lakukan supaya kumpulan itu dapat ditangkap dan dihukum?
Cerita ini akan disambung dengan tajuk Mik VS Mika 2. Cerita kedua tersebut akan disambung dengan penceritaan tentang Mika dan Mika mengetahui pekerjaan mereka masing-masing. Adakah mereka akan berpisah? Ataupun mereka tetap bersama dan menerima keburukan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience