Bab Tigabelas

Action Completed 14698

“Sayang, buat apa tu? Nak abang tolong?” Mika yang sedang memasak di dapur dikacau oleh Mik yang sudah tidak sabar untuk menikmati makan malam bersama isteri kesayangannya. Sudah 2 minggu usia perkahwinan mereka. Mereka sangat bahagia. Terutamanya Mik.

“Ish abang ni kacau Hana masak. Sabarlah, nak siap dah supnya. Telur dadarnya dah siap goreng. Abang ambil dan letak atas meja makan.” Mik mengangguk dan mengambil pinggan yang berisi telur dadar.

10 minit kemudian, mereka berdua duduk di atas kerusi meja makan untuk menikmati makan malam bersama-sama. Hari ini mereka mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama di dalam rumah sahaja. Tidak keluar kemana-mana memandangkan sudah berhari berturut-turut mereka keluar berjalan sebelum mereka memulakan pekerjaan masing-masing. Lusa Mika sudah mula bekerja, manakala Mik pula akan bekerja di sebuah syarikat kepunyaan abangnya.
Pcahhhh….

Sedang mereka bersama-sama menikmati makan malam, rumah mereka dicerobohi oleh seseorang apabila mereka terdengar bunyi gelas kaca pecah berderai di dapur. Mika cuba untuk melihat tetapi dihalang oleh Mik. Mik menggenggam tangan Mika erat. Dia melindungi Mika daripada sebarang bahaya. Dia tak nak kisah silamnya terjadi lagi. “Ada sesiapa kat sana?” jerit Mik. Mika hanya mengikut gerak-geri suaminya.

“Abang, ada nota bertulisan merah.” Mika menyerahkan nota tersebut kepada Mik.

- PERGERAKAN KAU DALAM PEMERHATIAN KAMI -

Hati Mik mula tidak sedap hati. Dia dapat rasa yang Cameo dan Trix datang mencarinya untuk membalas dendam kerana dia menarik diri daripada kumpulan Savages kerana dia mahu memulakan hidup yang baru. Dia sudah penat untuk menjadi jahat kerana sudah beberapa kali dia cuba cari pembunuh tersebut tetapi gagal.

“Sayang, abang tak sedap hati. Mulai sekarang kita kena jaga-jaga. Abang tak nak sayang diapa-apakan.” pesan Mik kepada Mika. Mika mengangguk faham. Dia juga pelik. Siapa pula yang nak perangkap mereka? Mika harus menyiasat pekara ini secara tersembunyi bersama rakan-rakan sekerjanya.

Malam itu, Mik tidak dapat melelapkan matanya. Matanya asyik merenung wajah Mika yang sudah lena diulit mimpi indah. Mik tidak sanggup kisah silamnya terjadi kepada Mika. Dia tidak boleh hidup tanpa Mika. Mika adalah sebahagian daripada nyawanya. Semangat hidupnya. Tanpa Mika, matilah dia. Putus harapan untuk meneruskan hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience