Bab Enam

Action Completed 14698

Mika, Armel, Bella dan Aleksey berjalan masuk ke dalam wad seorang gadis yang pernah diculik oleh Savages. Dikuak sedikit pintu wad gadis itu. “Hai Helina. Awak sihat?” tanya Mika sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas katil Helina.

“Saya baik. Siapa awak berempat?” tanya Helina ragu-ragu.

“Nama saya Mika. Ini Armel, Bella dan Aleksey. Kami hanya pelawat sahaja, kerana kami dengar berita mengenai awak di kaca televisyen.” Helina mengangguk. “Helina, boleh awak ceritakan dengan lebih terperinci tentang kumpulan mafia tersebut supaya kami dapat menjaga langkah kami dengan kumpulan tersebut.” Helina mendiamkan diri dalam beberapa saat kemudian dia membuka mulut untuk menerangkan tentang kumpulan mafia tersebut.

“Saya ketika itu berada di hadapan pagar sekolah sedang menunggu pemandu papa saya sampai. Saya berdiri sambil membaca buku dan tiba-tiba mulut saya ditekup dan sebilah pisau diacukan di bawah dagu saya. Mereka bawa saya ke sebuah tempat dan saya pasti tempat tersebut adalah markas mereka. Saya diseksa tidak diberi makan dan minum selama tiga hari berturut-turut. Mereka menyuruh saya menjadi hamba abdi mereka. Saya terpaksa menuruti apa sahaja kehendak mereka kalau tidak mereka mengugut saya untuk membunuh semua ahli keluarga saya. Kumpulan tersebut sangat menjaga identiti mereka, mereka sentiasa memakai topeng dan tak pernah buka sepanjang mereka menyeksa dan mengarah saya. Mereka melakukan aktiviti penyeludupan dadah dari serata negara dan senjata api. Saya pernah ternampak setiap hari mesti ada keluar masuk barang di markas itu.” terang Helina panjang lebar. Mereka berempat mengangguk.

Tiba-tiba telefon Mika berdering, dan dia meminta diri untuk mengangkat panggilan. “Hello daddy. Why you call me? I am busy right now.” Kata Mika sambil mengawal suaranya.

“Sorry baby girl. Daddy nak beritahu, malam ni pulang awal ya pak cik kamu nak datang ke rumah. Daddy dan mummy akan balik petang ni.” Mika mengeluh kecil.

“I’m trying, daddy. Thanks.” Tuan Malvish mengiyakan kemudian mereka mematikan talian serentak. Mika masuk kembali ke dalam wad dan meneruskan berbual dengan Helina.
Seharian Beast memikirkan tentang kehidupannya. Dia kusut. Dia perlukan pembimbing. Dia perlukan pasangan yang setia dengannya. Semalam dia meminta pendapat dengan abang-abangnya tentang kehidupan. Tanya mengenai pasangan dan berkeluarga. Abangnya memberikan pendapat yang positif yang membuatkan minda Beast menerimanya dengan baik. Beast mahu ubah hala tujunya kepada kebaikan. Dia akan berbincang dengan Cameo dan Trix untuk mengundur diri daripada kumpulan mereka. Apakah yang akan terjadi sekiranya Beast mahu mengundur diri? Mereka kasi kah?

“APA!! KAU GILA, BEAST!” amuk Cameo. Habis barang-barang di atas meja jatuh bertaburan di atas lantai. Beast mengeluh. Dia tahu apa yang bakal terjadi sekiranya dia membuat keputusan ini.

“Aku serius, Cameo. Aku rasa.. aku dah penat dengan semua ni. Aku sebenarnya tak pernah rasa bahagia sejak ayah dan mak aku pergi. Setiap hari aku mencari pembunuh mak dan ayah aku tapi tak pernah dapat. Aku penat! Penat!” Beast meninggikan sedikit suaranya. Dia tekad untuk mengundur diri.

“Ini bukan niat aku yang sebenar! Aku cuma nak balas dendam pada pembunuh tu. Korang kata nak bantu, tapi tak pernah membantu! Hanya sibuk dengan kerja kotor ni je.” Trix terus menumbuk wajah Beast sehingga dia terduduk di atas lantai. Beast memegang darah yang mengalir pada bibirnya.

“This is your choice, Beast.” Beast dan Trix bergelut. Beast menyepak wajah Trix manakala Trix cuba untuk mematahkan tengkuk Beast namun Beast dapat mengelak dengan cekap. Trix terduduk lemah apabila Beast menyepak tulang rusuknya sehingga Trix tersembur darah dari mulutnya.

“Cukup!!!” Jerit Cameo. Wolfie dan Tiger terus menahan Beast daripada terus membelasah Trix. Cameo mendapatkan Trix yang sudah terduduk di atas lantai.

“Aku nak out! Jangan kacau hidup aku!” Beast mengamuk. Tiger dan Wolfie membawa Beast keluar daripada markas mereka. Masuk sahaja dalam perut kereta, mereka terus membuka topeng. Wolfie dan Tiger mengeluh.

“Aku harap kau bahagia Beast dengan bakal pasangan kau. Aku dengan Tiger sentiasa berkawan dengan kau. Don’t worry.” Kata Wolfie. Beast mengangguk perlahan sambil meramas rambutnya. Tiger dan Wolfie menepuk bahu Beast kemudian mereka memakai topeng semula dan keluar dari perut kereta. Beast terus memecut keretanya untuk pergi ke tempat yang dapat menenangkan diri.

Beast memarkir keretanya di tempat makan biasanya, Bar BQ Cafe. Dia masuk lalu memesan makanannya, kemudian dia mencari tempat duduk. Dia ternampak kelibat gadis yang disayanginya itu sedang menjamu selera seorang diri di meja tepi tingkap. “Hai Hana!” sapa Beast.

Mika yang sedang mengelamun terkejut apabila disapa oleh lelaki idamannya. Mika tersenyum simpul. “Hai Mik. Tak sangka kita jumpa kat sini lagi.” Kata Mika sebagai pembuka bicara.

“Yelah. Boleh duduk? Seorang je ke?” Mika mengangguk lalu Beast atau nama betulnya adalah Mik melabuhkan punggung di atas kerusi kosong berhadapan dengan Mika.

“Hana.. boleh saya tanya, jawapan awak untuk soalan saya hari itu?” Mika terkelu. Dia masih belum mempunyai jawapan untuk soalan Mik. Mika mengeluh kecil.

“Maafkan Hana, Mik. Hana tak dapat nak beri jawapan lagi. Fikiran Hana serabut. Boleh tak kita kenal dengan lebih rapat lagi?” Mik tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Mereka menikmati juadah bersama sambil bergurau-senda.

$$$$$$$$

Mika mengenakan gaun paras atas lutut berwarna biru cair bercorak bintang halus. Kemudian dia menocang rambutnya. Setelah puas membelek penampilannya, Mika menyarung stokin pada kakinya kemudian dia turun ke bawah. Kelihatan daddy dan mummynya sedang menyambut kedatangan dua orang pak ciknya iaitu adik kepada Tuan Malvish. Adik-beradik Tuan Malvish ini memang agak berbeza memandangkan mereka hanya adik-beradik tiri.

“Hai uncle.” Sapa Mika kepada dua orang pak ciknya yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa. Mika lihat abangnya, Adrik hanya buat tidak endah dengan kedatangan pak cik-pak cik mereka.

“Hai sweetheart.” Balas Victor. Mika memang rapat dengan pak cik-pak ciknya sejak kecil. Apa sahaja kemahuan Mika, mereka tunaikan. Mika tak pernah nampak pak cik-pak ciknya berkeluarga. Asyik solo molo je.
“Uncle Victor dengan Uncle Frances datang ni mesti ada apa-apakan?” teka Mika. Mereka tersenyum lalu memandang Tuan Malvish.

“Tanya daddy Mika. Dia tahu.” Mika menjungkitkan keningnya kepada Tuan Malvish.

“Daddy dengan mummy nak ke luar negara ada urusan kerja. Saja daddy panggil mereka untuk tengok-tengokkan anak-anak daddy ni.” lantas Adrik ketawa terbahak-bahak. Mika hanya diam sahaja. Dia okey sahaja memandangkan Mika kesunyian selama ini, bolehlah dia bergurau dengan pak cik- pak ciknya.

“Daddy, Adrik dengan Mika dah besarlah. Dah boleh kahwin dah. Tapi tak ada calon lagi. Daddy buat lawaklah nak suruh uncle jadi babysitter kiteorang.” Adrik masih lagi ketawa terkekek-kekek. Uncle Frances dan Uncle Victor hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan Adrik.

“Mika okey je.” Kata Mika perlahan. Adrik mencuit siku adiknya. Mika menjungkitkan keningnya. Adrik menarik tangan Mika masuk ke dalam biliknya. “Kenapa Mika setuju? Mika tahukan uncle tu kalau dah tinggal sini, mahu dia kongkong kita suruh duduk rumah aje? Abang tak sukalah. Abang ada life tau!” Mika menganggukkan kepalanya perlahan. “Sorry.” Mika menundukkan kepalanya. Adrik melabuhkan punggungnya disebelah Mika lalu memaut bahu adiknya lembut. “It’s okay, baby girl. Abang tak marah pun. Jom keluar? Tengok wayang ke? Shopping? Abang belanja. Lagipun dah lama abang tak keluar dengan adik perempuan kesayangan abang ni.” Mika mengangkat wajahnya yang sudah bersinar-sinar itu. Adrik tertawa melihat riak wajah adiknya.

“Mika pergi siap. Abang tunggu kat dalam kereta.” Mika berdesup masuk ke dalam biliknya. “Mika, kamu dengan Adrik nak ke mana?” tanya Tuan Malvish yang berbual-bual dengan adik-adik tirinya. Mika hanya tersenyum. “Nak lepak dengan abang.” Jawab Mika. Tuan Malvish mengangguk menandakan dia mengizinkan Mika dan Adrik keluar bersama.

Kereta sport Adrik meluncur laju sehingga ke MEGA Tyoply Stan iaitu pusat membeli-belah yang terkenal di Moscow, Rusia. Setelah Adrik memarkir keretanya di tempat parkir disediakan, mereka jalan beriringan masuk ke dalam mall itu. “Wah! Rasanya dah lama kita tak pergi sini. Ada banyak juga perubahan.” Kata Mika jakun. Adrik mengiyakan kata adiknya.

“Now, where we wanna go first?” Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bangunan shopping mall tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience