Bab Sembilan

Action Completed 14698

“Mummy, daddy dan semua yang ada dalam rumah ni. Mika nak kenalkan teman istimewa Mika, Mikyad.” Adrik terkejut melihat Mik begitu juga dengan Mik terkejut Adrik tetapi mereka sempat mengenyit mata tanda mereka perlu berlakon untuk tidak kenal.

“Hai aunty, uncle...” sopan Mik. Mika mengajak Mik duduk di atas sofa bersebelahan dengan Adrik.

“Wah, tak sangka adik abang dah ada teman istimewa...” sindir Adrik. Mika mencubit peha Adrik sekuat hatinya. Adrik berkerut seribu menahan sakit.

“Sakitlah!” bisik Adrik pada Mika. Mika tersengih.

“Mikyad, terima kasih sudi datang ke rumah kami. Mesti Mik ada hajat apa-apa ni datang berjumpa dengan kami…” Mik hanya memberikan senyuman manis kepada kedua-dua orang tua Mika. Mika memandang wajah abangnya yang seperti menyembunyikan sesuatu pekara.

“Saya datang nak beritahu aunty dan uncle yang saya nak jadikan Mika pasangan hidup saya. Bolehkah?” dengan sopannya Mik memberitahu hajatnya yang sebenar. Riak wajah Adrik sangat terkejut apabila Mik memberitahu hal yang sebenar. Selesai memberitahu segala-galanya, Mik berjumpa degan Adrik di belakang rumah mereka.

“Mik, kau serius nak kahwin dengan adik aku? Aku terkejut bila dapat tahu bakal adik ipar aku adalah kau. Mika tahu tak kerja kotor kita?” tanya Adrik risau. Matanya meliar melihat sekeliling takut-takut Mika dengar secara senyap-senyap. Dia sangat-sangat risau tentang pekara tersebut bocor.

“Ta..tak dia tahu. Kalau dia tahu, dia takkan setuju nak teruskan hubungan dengan aku. Silapsilap dia tinggalkan aku. Aku tak boleh. Aku perlukan dia. Adik kau.” Mik meramas rambutnya kasar. Otaknya begitu kusut sekali memikirkan pekara ini. Dia takut.

“Abang… Mik rancak berborak?” Adrik dan Mik tersentak sehinggakan raut wajah Mik menjadi pucat. Mika merenung wajah Mik lama. “Mik, are you okay? Kenapa muka awak pucat?” Adrik terus memandang wajah Mik. Memang benar, mukanya sangat pucat tak seperti tadi.

“Saya okey je..” Mik memberikan senyuman kepada Mika cuba untuk menghilangkan terkejutnya dia tadi apabila secara tiba-tiba Mika muncul. Mika tersenyum. “Jom kita pergi keluar?” ajak Mika. Mik terus mengangguk. Adrik turut ikut bersama.

Kereta milik Mik meluncur laju masuk ke dalam bangunan pusat membeli-belah. Mereka membeli tiket wayang kemudian mereka pergi kedai-kedai berjenama. “Hana, I bought this special for you.” rupanya Mik sudah menempah sebentuk cincin dan juga seutas rantai khas untuk Mika. Mika kaget.

“Seriously?” Mika menekup mulutnya kerana terkejut melihat rantai dan cincin yang bersinar itu. Emas putih. “Thank you Mik. I really love it.” Mika secara spontan memeluk Mik. Mik terkejut dengan tindakan spontan Mika. Mika baru tersedar yang dia memeluk Mik kemudian dia terus melepaskan dakapannya dan menahan malu.

“I am sorry.” ucap Mika perlahan. Mik tersenyum malu. “It’s okay dear. I love you.” Mik mengucup dahi Mika lembut. Mika terkaku seketika. “Tomato face…” ejek Mik. Mika memukul bahu Mik manja. Adrik tersengih melihat gurauan adiknya dan kawan baiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience