Bab Tiga

Action Completed 14698

“Apa daddy? Kahwin? Why? Mika masih muda lagilah, daddy. Apa nih?” Mika mula memberontak lalu menghempaskan badannya di atas sofa sambil berpeluk tubuh.

“Daddy dengan mummy tak nak tengok Mika keseorangan. Sunyi. My prosto khotim, chtoby nashi devushki schastlivy. [kami hanya mahukan anak gadis kami ini bahagia.]” kata mummy Mika sayu. Mika mendengus lalu berdiri semula.

“Yerunda! [Mengarut!] Poka ya byl molod , ne sushchestvuyet tikho , chtoby byt' schastlivym . YA do sikh por vyyti , chtoby provesti vremya so svoimi druz'yami . Chto imenno tsel' mumii s papoy ? pochemu vdrug zastavili Mika zamuzh? Ili , yesli yest' dvoynoy smysl ? [Saya masih muda, tiada istilah sunyi ke bahagia. Saya masih boleh keluar meluangkan masa bersama kawan-kawan saya. Apa maksud mummy dengan daddy sebenarnya? kenapa tiba-tiba paksa Mika berkahwin? Ataupun ada maksud tersirat ke?]” kata Mika panjang lebar. Mummy dan daddy mengeluh berat.

“Pozhaluysta, obratite vnimaniye na nashe predlozheniye , Miku . My ochen' khoteli by videt' Mika schastlivym . My znayem, chto Mika molchaniye , potomu chto my oba byli slishkom zanyaty, s veshchami etoy strany ukhudshayutsya . [Tolong pertimbangkan cadangan kami, Mika. Kami teringin nak tengok Mika bahagia. Kami tahu Mika kesunyian kerana kami berdua terlalu sibuk dengan hal negara ini yang semakin merosot.]” kata daddy Mika. Mika masih mendiamkan diri. Dia masih tidak puas hati dengan mummy dan daddynya.

“Kalau betul mummy dengan daddy nak Mika berkahwin? Dah ada calon untuk Mika ke? Buat pengetahuan mummy dan daddy, Mika tak pernah ada teman lelaki yang istimewa. Mika terlalu sibuk dengan pekerjaan Mika ini. Jadi macam mana dengan pekerjaan Mika bila Mika dah berkahwin dan berkeluarga? Can you both expect that?” tanya Mika kemudian dia berlari masuk ke dalam biliknya sambil menangis teresak-esak. Sejak ibu dan ayahnya memegang jawatan besar itu, dia mula terasa terpinggir dan seolah-olah ibu dan ayahnya mengongkong dia. Kehendak mereka semua sudah Mika ikuti dan tiada satu pun yang tercicir. Jadi seorang pengintip untuk sebuah negara ini cukup merumitkan buat Mika. Walaubagaimanapun, Mika sudah suka dan biasa dengan pekerjaannya itu bersama Armel dan Bella.

Malam itu, Mika bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya setelah mendapat panggilan daripada ketuanya, Annada. Dia menuruni anak tangga sambil memegang jaket hitamnya. Kelihatan abangnya, Adrik sedang membaca buku di atas sofa. “Mika, kau nak pergi mana tengah-tengah malam ni?” tanya Adrik. Mika hanya tersenyum kemudian dia terus masuk ke dalam perut kereta. Adrik menggeleng-gelengkan kepalanya. Setelah memastikan Mika sudah keluar, Adrik bingkas bangun lalu menyarung jaket jeannya dan mengunci pintu rumahnya. Dia terus berlalu bersama kereta kesayangannya.

10 minit kemudian, Mika sampai di bangunan besar iaitu tempat dia bekerja lalu dia memarkir keretanya di bawah tanah. Kelihatan Armel dan Bella turut baru sampai dan mereka bertemu di parking bawah tanah itu sambil berbual-bual.

“Apa? Bapak kau suruh kau kahwin? Muda lagilah kau.” Bantah Armel. Mika mengangguk sambil menekan punat nombor 18 pada lif tersebut. Mereka menunggu lif tersebut sehingga ke tingkat 18. Mereka menuju ke bilik berkaca yang merupakan tempat untuk mereka berkumpul.

“Welcome girls. Have a seat please.” Mika, Armel dan Bella melabuhkan punggung mereka di atas sofa berhadapan dengan meja kerja Annada. Annada mengukirkan senyuman manis kepada mereka sambil menyerahkan sehelai kertas A4 kepada Mika. Serentak Armel dan Bella mendekati Mika sambil meneliti kertas A4 tersebut.

“Kamu bertiga kena handle kes berat ini. Kemungkinan kes ini akan mengambil masa yang lama untuk selesaikan kerana kumpulan ini memang licik sekali. Mereka pandai bersembunyi kemudian mereka membuat sesuatu kerja dengan tiada apa-apa kesan untuk kita mengetahui mereka di mana dan apakah mereka lakukan. Buat masa ni, kami tak menjumpai apa-apa maklumat mereka. Cuma tahu tentang nama kumpulan mereka selebihnya kamu bertiga kena research.” Mika, Bella dan Armel mengangguk lalu mereka meminta diri untuk memulakan pekerjaan mereka. Annada mengangguk terus mereka keluar dan pergi ke bilik khas mereka untuk membuat kajian tentang kumpulan mafia bernama Savages.

Mika pula masih runsing memikirkan tentang cadangan ibu dan ayahnya. Perlukah dia berkahwin semuda ini? Kemungkinan jika dia bersuami dan mempunyai keluarga pasti dia akan dikongkong ataupun suaminya menyuruh dia untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa? Mustahil untuk dia berkahwin. Mika cuba mengetepikan persoalan tersebut. Dia mahu fokus untuk mengendalikan kes baharu ini. Armel sibuk mencetak maklumat-maklumat kumpulan Savages manakala Bella meneliti peta untuk mengenalpasti keberadaan kumpulan Savages. Mereka mengkaji di mana mula-mulanya Savages tinggal sebelum ini.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, tapi mereka masih belum lagi menutupkan mata kerana sibuk mencari maklumat tersebut. “Korang aku laparlah. Jom makan kat kafe 24 hours tu.” Mika dan Bella bersetuju dengan cadangan Armel memandangkan perut mereka sudah berbunyi kuat seperti memukul tong dram. Mereka menukar pakaian kepada pakaian biasa dan menuju ke kafe tersebut.

Sedang mereka bertiga menikmati spaghetti special dan jus avokado. Mika terjumpa kad personal lelaki yang pernah dia ushar di dalam dompetnya kemudian dia tersenyum lebar. Dia menyimpan nombor lelaki tersebut di dalam kontak telefon bimbitnya. “Oi! Apa senyum-senyum tu?” Senyuman Mika terpadam tatkala disergah oleh Bella yang duduk disebelahnya. Mika mencebik. “Kacau daunlah kau. Baru nak release tension.” Kata Mika sambil menyuap spaghetti ke dalam mulutnya.
“Bukan main tenung kad lelaki tu. Aku nampak macam dah nak terkoyak kad tu kau tenung. Tak sangka kawan aku ni ada kuasa laser mata, kan Bella?” Bella mengiyakan kata-kata Armel. Segera Mika memukul kedua-dua bahu kawannya itu.

“Suka sangat menyakat aku.” Rajuk Mika. Armel dan Bella ketawa. Entah kenapa Mika teringin mahu berjumpa dengan lelaki tersebut dan mengenalinya dengan lebih rapat.

Seusai makan, Mika terus pulang ke rumah. Mika mengeluh apabila melihat rumahnya gelap dan dia tahu pasti abang, mummy dan daddynya masih belum pulang ke rumah. Mika mematikan enjin keretanya dan masuk ke dalam rumah. Dia rebah di atas sofa dan menghidupkan telefon bimbitnya. Mika tersenyum lebar tatkala ternampak lelaki itu membalas mesej whatsapp nya. Terus dibalasnya.

Mikyad Ivan Segreyvich

‘Hai Mikyad. Awak kenal saya tak? Awak yang beri kad personal awak pada saya semasa kita di kafe hari itu.’

‘Hai! Hai! I am so glad that you were whatsapping me. Ha ha. Yeah, of course I know you. By the way, just call me Mik. You? Apa nama awak?’

‘Ha ha. Yeah. Nama saya Mikayla Hannah Dreyfott. You can call me anything you want.’

‘Oh such a sweet name like her master. Should I call you Hana? I really love to call you that.’

‘Of course you can. Hana. Okay. Ha ha. Um. Am I disturbing you, Mik? Awak masih belum tidur lagikah?’

‘No, no you’re not disturbing me Hana. I am bored right now. Tak ada kerja nak buat. Belum, saya sedang melepak dengan kawan-kawan saya di luar ini. Um. Hana should we meet?’

‘Oh I see. I think we should. Hehe.’

‘Okay that’s a good answer. Where and when, Miss Hana?’

‘I think we should meet at Bar BQ Cafe. Tomorrow 8pm.’

‘Good! I hope we can meet Hana.’

‘Yeah me too. See you tomorrow Mik.’

‘Bye Hana. See you tomorrow too.’

Mika melelapkan matanya sambil tersenyum bahagia. Dia rasa dia telah menjumpai pasangan hidupnya. Mungkin. Mika mahu mengenal lelaki yang bernama Mik itu dengan lebih dalam dan bolehlah dia tunaikan permintaan ayah dan ibunya yang mendesaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience