Bab Sepuluh

Action Completed 14698

Perkahwinan Mika akan berlangsung lagi sebulan dari sekarang. Mika menjadi gementar kerana dia bakal menjadi seorang isteri dan akan membina keluarga bersama dengan jejaka bernama Mik. Tak sabar rasanya mahu merasa kehidupan berpasangan. Inilah kali pertama Mika akan rasa. Impian mummy dan daddynya selama ini memaksa dia untuk berkahwin.

“Dear, nak makan dekat mana?” tanya Mik kepada Mika. Oh ya, Mika mengambil cuti tahunan sebanyak 3 hari begitu juga dengan Mik. Konon-kononnyalah. Hari ini mereka mahu meluangkan masa bersama sementara bercuti.

“Kat situ, jom.” ajak Mika ke satu kedai makan. Mik tersengih. “Our first place, our first met.” Mika mengangguk sambil tersengih. “Yes. I still remember that you give your name card to me.” Mik tersenyum manis.

“I want lamb chop and oreo milkshake ice-cream.” pesan Mika. Mik mengangguk. Mereka makan bersama sambil bersuap-suapan dengan penuh kemesraan. Mik dan Mika tampak bahagia disitu tetapi kemungkinan kebahagiaan mereka takkan bertahan lama kerana ada beberapa pasang mata sekian lama memerhati tindakan mereka berdua.

“Mik, daddy suruh kita tempah baju kahwin kita dan juga dewan. Jom?” Mik tersengih sehingga menampakkan gigi putihnya itu. Mika tersenyum. Mereka terus berjalan masuk ke dalam butik pengantin yang terkenal di bangunan pusat membeli-belah. Pelbagai jenis rekaan baju pengantin berjantina lelaki dan perempuan yang ada disitu. Rambang mata Mika dibuatnya.

“Just choose and I will follow your interest.” beritahu Mik. Mika mengangguk lalu dia terus mencari desain yang terbaik untuk majlis raja seharinya. Tiba-tiba Mik berasa tidak sedap hati. Kepala otaknya terus-menerus memikirkan tentang keselamatan Mika sekiranya dia berkahwin nanti kerana dia takut kumpulan Savage akan mengacaunya kerana mereka marah akan Mik yang keluar daripada kumpulan mereka dengan alasan untuk cuci tangan dan mahu berkeluarga.

Cari dan mencari. Akhirnya Mika terjumpa satu desain baju pengantin yang sangat unik. Dia terpikat dengan desain baju tersebut. Sungguh cantik. Lantas Mika pergi ke arah Mik yang sedang termenung jauh membelakanginya. “Mik, saya dah jumpa desain baju kahwin kita. Unik dan cantik sekali. Saya nak yang tu.” Mik terus memeluk Mika dengan erat. Dia takut kehilangan Mika. Sangat takut. Mika tak fikir apa terus membalas pelukkan Mik.

“Are you okay?” tanya Mika. Mik mengangguk. “Mana baju tu, kita tempah.” Mika ketawa gembira. Desain citarasanya dipilih dengan tema berwarna emas dan putih. Mik tidak sabar untuk menjadi suami kepada Mika. Dia berjanji pada dirinya untuk sentiasa melindungi Mika. Sentiasa…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience