Bab Satu

Action Completed 14698

“Tolong jangan bunuh aku, Beast. Berikan aku sedikit masa lagi untuk langsaikan semua hutang aku...” rayu pemuda itu kepada Beast. Beast hanya tersenyum sinis ke arah pemuda tersebut. Dia memetik jarinya kemudian dua orang sahabatnya datang sambil mengepal-gepal tangan. Pemuda itu dibelasah teruk oleh mereka. Sedikit pun tiada perasan belas kasihan kepada pemuda tersebut.

“Wolfie dan Tiger, settle masalah kita yang ni. Berapa lagi hamba abdi kita yang belum bayar hutang?” tanya Beast kepada dua orang sahabatnya.

“Aku rasa ramai lagi kot. Kita kena tanya bos kita tu, si Cameo.” Beast hanya tersenyum senget. Mereka bertiga masuk ke dalam perut kereta Ferrari berwarna hitam bercorak petir. Terus kereta tersebut meluncur laju ke markas mereka.

Cameo dan Trix adalah sepasang kembar yang menubuhkan kumpulan mafia yang pandai menyembunyikan identiti mereka dan pekerjaan mereka sebenarnya di Moscow, Russia. Beast berusia 29 tahun. Wolfie berusia 30 tahun dan Tiger berusia 27 tahun. Mereka bertiga sudah lebih lima tahun berada di dalam kumpulan mafia. Disitulah mereka menjadi sahabat.

“Cameo, aku dah settle dah budak tu. Siapa lagi yang nak kena penangan aku?” tanya Beast berlagak. Cameo dan Trix yang sedang melepak memandang anak-anak buahnya sambil tersenyum sinis. Beast, Wolfie dan Tiger membuka topeng hitam mereka itu. Topeng yang paling smart yang tak pernah dipakai oleh ahli mafia lain. Penciptanya adalah Trix bersama abang kembarnya, Cameo.

“Kau balik rehatlah dulu. Yang lain, aku dah kerahkan ahli-ahli kita. Nah, minum jus aku buat ni.” Trix menghulurkan tiga gelas air jus oren kepada mereka. Mereka berborak-borak sambil bergelak ketawa. Kemudian mereka melayan perempuan-perempuan yang bekerja menjadi pemuas nafsu mereka. Kumpulan mereka ini tidak pernah mengamalkan minuman keras malah mereka lebih gemar menghisap dadah dan rokok. Minuman keras sama sekali mereka tidak sentuh. Mereka menggantikan air arak dengan jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Keesokannya, Beast tersedar tepat jam 2 petang. Dia masih lagi mamai sambil menuruni anak tangga dan melihat kedua-dua abangnya sedang bersarapan. “Hah! Baru kau nak turun? Awal betul kau bangun? Sindir abang sulungnya, Middan. Beast hanya menjeling sambil menghirup secawan white coffee.

“Abang nak pi kerja kejap lagi. Kau jangan nak merayap je kerjanya.” Nasihat abang keduanya pula, Milson. Beast hanya mengangguk malas nak mengambil tahu tentang kedua-dua abangnya ini. Yelah, dua-dua kerja yang bagus-bagus. Middan kerja sebagai businessman manakala Milson pula pelumba kereta terkenal di serata dunia.

Beast dibesarkan oleh kedua-dua abangnya. Ibu dan ayah Beast sudah lama meninggal dunia semasa dia berusia 16 tahun akibat dibunuh oleh perompak. Ibu dan ayahnya tidak sempat diselamatkan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Sejak dari hari itu, Beast menyimpan dendam untuk mencari perompak yang telah membunuh ibu dan ayahnya. Sampai sekarang dia masih mencari, dia tidak pernah berputus asa.

Seusai bersarapan, Beast terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan tubuhnya yang berbau itu. Kemudian dia bersiap-siap untuk pergi melaksanakan tugasnya setelah Tiger menghantar pesanan ringkas kepadanya. Berdesup dia memandu kereta menuju ke markas kumpulannya.

“Beast! Mari mari. Hari ini kita ada projek baru! Cantik punya!” kata Cameo sambil tersengih lebar. Beast meletakkan sikunya di atas bahu Cameo sambil memerhatikan projek yang mereka perlu selesaikan malam ini. Beast tersenyum sinis memandang kawan-kawannya.

Malam itu, mereka memulakan projek mereka di tempat persembunyian kumpulan Jovi. Kumpulan yang kaya dengan senjata-senjata api yang diseludup secara haram dari seluruh negara. Mereka berlima mahu merampas semua senjata api tersebut untuk menjadi hak milik mereka. Beast dan Wolfie mula memanjat tali yang sudah mereka pasang untuk naik ke atas bumbung markas kumpulan Jovi. Nampaknya ahli-ahli kumpulan Jovi sedang berpesta besar sambil bergembira. Ini peluang keemasan memandangkan tiada diantara mereka yang memegang senjata. Semuanya memegang air arak yang dimegah-megahnya itu.

Beast menyelinap masuk dari pintu atas bumbung dan terus memasuki ruangan bilik rahsia kumpulan Jovi dimana mereka menyimpan senjata-senjata tersebut. Tiger bertugas untuk memerhatikan keadaan sekeliling sambil memegang shotgun di tangannya. Cameo menunggu di dalam kenderaan rasmi mereka manakala Wolfie dan Trix sedang menewaskan konco-konco lemah kumpulan Jovi.

Sedang Beast mengambil beberapa buah beg di bilik rahsia tersebut, dia diserang oleh salah seorang konco Jovi. Bahunya ditembak. Konco Jovi itu menyerang Beast, Beast menyepak muka lelaki tersebut kemudian mematahkan leher lelaki itu. Dengan sekali penangan Beast, lelaki itu terus tidak bernyawa. Beast mengabaikan bahunya yang tercedera, padanya ia adalah ‘small matter’. Dia mencampak ketiga-tiga buah beg besar ke atas bumbung dan disambut oleh Tiger. Mereka terus menyusup masuk ke dalam kereta. Trix dan Wolfie berlumuran darah pada lengan dan bahu mereka namun mereka masih beriak biasa. Kereta dipandu oleh Cameo bergerak laju pulang ke markas mereka. Akhirnya mereka berjaya memiliki senjata api yang hebat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience