Bab Empat

Action Completed 14698

Mika, Armel dan Bella sudah bersiap sedia memakai topeng khas mereka untuk mengintip kumpulan Savages. Jaket halimunan tersarung kemas pada tubuh mereka bertiga. Bella memerhatikan gerak-geri konco-konco Savages manakala Mika memanjat tangga belakang markas mereka untuk sampai di atas bumbung dan Armel sedang menunggu isyarat daripada Mika untuk melepaskan tembakan bagi menarik perhatian konco-konco Savages.

“Now!” Mika memberi isyarat tangannya kepada Armel. Armel terus melepaskan tembakan kecil di belakang bangunan tersebut lalu dia menyusup masuk ke dalam semak untuk menyorok. Mika pula menyorok di atas bumbung. Bella berada di bahagian timur untuk bersedia merenjat konco-konco Savages dengan menggunakan pistol renjatan.

“Siapa yang ceroboh masuk tempat kita?” herdik Cameo sambil menepis barang yang ada di atas mejanya. Konco-konconya terus keluar untuk menangkap penceroboh tersebut. “Aku rasa kumpulan Havoc nak balas dendam pada kita. Kita kena bertindak.” Kata Beast sambil mengisi peluru ke dalam senjata kesayangannya itu. Kemudian dia berlari keluar bersama Tiger dan Wolfie. Mereka menghalakan senjata mereka ke kiri ke kanan ke depan dan kebelakang untuk langkah berjaga-jaga. Mika terus lompat masuk ke dalam markas mereka mengikuti lubang pintu yang ada di atas bumbung. Dia mendarat cantik di dalam sebuah bilik stor. Mata Mika meliar mencari-cari pintu untuk masuk ke ruangan utama markas Savage. Tiba-tiba Mika terdengar bunyi orang mengerang. Mika menghidupkan lampu suluh kemudian dia mencari kelibat bunyi tersebut.

“Ehmm ehmm..” Mika mendekati seorang gadis mungkin dalam lingkungan 15 tahun sedang meronta-ronta untuk membuka ikatan pada tangan dan kakinya.

“Shh.. jangan bising bila saya buka ikatan pada mulut awak. Saya akan selamatkan awak. Just follow my steps, okay miss?” Kata Mika dengan nada memujuk agar gadis itu tidak ketakutan. Gadis itu mengangguk perlahan lalu Mika memotong ikatan tersebut dengan menggunakan pisau lipatnya. Mika memapah gadis itu lalu dia memanggil Armel untuk mengambil gadis tersebut dan bawanya ke tempat selamat.

Setelah menghantar gadis itu kepada Armel, Mika turun semula ke dalam bilik stor tersebut dan dia memulas tombol pintu bilik stor tersebut. Kelihatan beberapa ahli Savages sedang berjaga-jaga dengan senjata mereka dan ada dua orang lelaki sedang duduk senang-lenang di atas kerusi. Mika pasti mereka adalah ketua kumpulan ini memandangkan kumpulan ditubuhkan oleh dua orang adik-beradik kembar.

Mika membaling bom asap ke tengah ruangan tersebut. Asap mula keluar memenuhi segenap ruangan itu. “Bodoh! Diorang dah pecah masuk markas kita!” Beberapa orang sedang melepaskan tembakan. Mika terus berlari sambil menundukkan badannya ke arah meja ketua tersebut. Dia mengambil beberapa helaian kertas yang terletak di atas meja kerja tersebut kemudian dia mengambil gambar menggunakan kamera canggih khas untuk mengintip. Dia mengambil gambar segenap ruang stor tadi dan beberapa buah bilik yang dipenuhi dengan senjata api dan dadah yang berkotak-kotak. Itu adalah langkah pertama untuk Mika mencari maklumat kukuh sebelum mereka ditangkap. Memang betul. Ia mengambil masa yang lama untuk selesaikan kes ini. Setelah selesai menangkap gambar, Mika terus naik ke atas bumbung dan melarikan diri.

Selesai sahaja bekerja, Mika terus menunggu Mik tepat jam 8 malam di Bar BQ Café tetapi sudah setengah jam Mika menunggu kedatangan Mik yang masih belum sampai. Baru sahaja Mika mahu balik ke rumah, seseorang menahan dia daripada belakang, terus Mika menoleh terkejut. Seorang lelaki memakai jaket hood kelabu tersenyum manis ke arah Mika.

“Sorry Hana, I am late. I am very sorry.” Mika memberikan senyuman kepada Mik.

“Nasib baik saya tak balik tau. Kenapa lambat?” tanya Mika sambil berpeluk tubuh. Mik membuka kaca mata hitamnya dan diletakkan di atas meja. Mika juga lelah kerana selepas sahaja tamat bekerja, berdesup dia menukar pakaian dan memecut ke Bar BQ Cafe.

“Saya ada hal dengan kawan-kawan saya. Maaf ya Hana.” Mika mengangguk lalu dia menyuruh Mik memesan air supaya dapat menghilangkan dahaganya. Malam itu, seolah-olah Mika bahagia sangat kerana Mik sudi mendengar masalah dia. Mereka berkongsi masalah dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

“Saya akan terima awak seadanya, Hana. Kalau awak tak keberatan, saya sudi untuk menjadi pasangan awak. You can trust me, Hana.” lidah Mika terkelu. Tekaknya seperti tertelan pasir pantai. Dia tak sangka yang Mik sanggup menjadi pasangannya walaupun baru sahaja berkenalan.

“Mik, I really apprieciate it. Thanks. But can you give a few days to let me think first?” Mik tersenyum lalu mengangguk bersungguh-sungguh. Walaupun Mika suka mendengarnya tetapi dia perlu berhati-hati. Dia perlu mengenal Mik dengan lebih dalam. Kemudian, dia akan beritahu jawapan tersebut.

Mik menghantar Mika di hadapan rumahnya. Mika melambai-lambai tangan kepada Mik lalu kereta Mik hilang daripada pandangan Mika. Masuk sahaja rumah, Mika lihat abangnya, Adrik sedang bermain game dengan begitu tekun sekali. “Abang, abang dah makan tak?” tanya Mika sambil duduk di atas sofa di tepi abangnya. Adrik memandang Mika sambl memuncungkan mulutnya.

“Dah lewat malam macam ni baru nak tanya abang dah makan ke belum? Teruklah adik ni.” Mika tersenyum lalu menolak manja bahu abangnya.

“Abang dah makan pun. Makan stik daging dengan kawan-kawan tadi. Adik pergi mana lambat balik? Dating ke?” tanya Adrik sambil tersenyum meleret. Mika tersenyum kecil.

“Banyaklah abang punya dating. Orang kerja lebih masa lah. Banyak projek menimbun kat pejabat tu. Al maklumlah orang bekerjaya.” kata Mika bangga.

“Eleh mulalah tarik hidung sendiri. Menyampah abang dengar. Heh! Sana sana. Kacau abang main game je. Dahlah busuk, bau macam beruang berbulu tebal.” kutuk Adrik. Mika menarik muncungnya panjang. “Abang ni nak kutuk orang pun tak pandai. Beruang memanglah berbulu tebal. Abang tak belajar ke? Lawak hambar betul. Ha ha hambar...” Mika berpura-pura gelak sambil mendaki tangga untuk masuk ke dalam biliknya. Adrik hanya menjelir lidah ke arah Mika kemudian dia kembali tekun bermain game kegemarannya itu.

Mika merebahkan diri di atas tilam empuknya bagaikan jeli sumi-sumi. Hari ini hari yang paling penat buat Mika tetapi disebalik kepenatan itu bibir Mika sentiasa tersenyum apabila mengingatkan pekara tadi. Adakah begini rasanya kalau orang yang sudah jatuh cinta? Mika sememangnya tak pernah mempunyai pasangan istimewa walaupun ramai kawan lelakinya di tempat kerja meminatinya cuma dia lebih gemar menumpukan perhatiannya kepada pekerjaannya itu. Mika pandai berahsia tentang pekerjaan sebagai pengintip [spy]. Mummy dan daddynya tidak tahu akan pekerjaan Mika yang sebenar begitu juga dengan abangnya. Mereka hanya tahu Mika bekerja di pejabat pengawalan banduan atau lebih kurang dia bekerja di bangunan penjara sebagai penjaga dan kadang-kala sebagai pembantu ketua disitu. Tiada siapa tahu siapa sebenarnya Mika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience