Bab Empatbelas

Action Completed 14698

Harini sudah hari kedua Mika masuk ke alam pekerjaan semula setelah beberapa minggu bercuti. Pelbagai masalah yang perlu dia hadapi. Khabar mengatakan kumpulan Savages semakin membuas. Baru-baru ini dikatakan kumpulan Savages membunuh satu kumpulan lawannya atas balas dendam. Mika yang mendapat tahu tentang berita tersebut semakin runsing. Dia dan kawan-kawannya perlu atasi masalah besar ini sebelum ianya semakin liar. Kumpulan Savages harus dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Mika perasan sejak dua menjak ini sikap suaminya semakin lama semakin berubah. Kalau boleh 24 jam nak berkepit dan sikap Mik sedikit berubah. Dulunya dia bukan seorang yang pemarah tetapi sejak akhir-akhir ini dia sering menggunakan nada suaranya secara kasar dan tinggi. Dia semakin pelik. Kenapa Mik berubah?

Malam ini Mika pulang lewat ke rumah. Dia sudah pun memaklumkan kepada Mik namun mesejnya tidak terbalas. Sebaik sahaja Mika mematikan enjin kereta, dia masuk ke dalam rumah setelah meletakkan kasut di dalam rak. Siasatannya terhadap kumpulan Savages masih lagi disiasat. Sangat menyakitkan hati dengan kumpulan buas ini.

“Abang sayang, dah balik? Kenapa tak mesej sayang?” tanya Mika kepada Mik yang sedang duduk di atas kerusi malas sambil termenung jauh.

“Hmmmmm….” Mik mendengus. Mika mendekati suaminya.

“Kenapa abang?” Mik menjeling tajam ke arah Mika. Mika menelan air liurnya. “Dah tak reti nak mesej aku ke kau balik lambat?” marah Mik. Mika terkejut. Balik-balik terus kena marah. Mika memberikan senyuman kepada suaminya supaya suaminya tidak terlalu marah.

“Abang, sayang dah mesej abang petang tadi cuma abang tak balas mesej sayang dari petang tadi. Lama sayang tunggu abang balas siap missed call lagi.” jawab Mika.

“Pandai menjawab eh kau sekarang!” entah kenapa ketika itu tangan Mik ringan sahaja mahu menampar wajah mulus Mika sehinggakan dahi Mika terhantuk pada bucu kerusinya. Mika memegang dahinya kerana ada cecair berwarna merah keluar daripada dahinya. Pandangannya sudah mula kabur. Mika menangis kerana menahan sakit yang amat.

“Mika sayang?” Mik mungkin baru sahaja tersedar segera mendekati Mika. “Sayang… maafkan abang. Sayang… sayang…” namun Mika sudah pengsan dan darah pada dahinya terus-menerus keluar. Mik mencempung tubuh Mika lalu membawanya ke klinik berdekatan dengan rumah mereka. Dalam hati Mik sarat dengan perasaan serba salah dan takut Mika akan meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience