BAB 1 ANUGERAH

Other Completed 3216

Hembusan bayu malam dari ruang jendela Alza milik suamiku, menerpa aku daripada buayan sang mimpi.Dengan malasnya aku bangun dari lena,kelihatan di dalam samar-samarnya lampu kereta ada senyuman yang terukir dibibir suamiku.

‘Baaamm’kendengaran sebuah dentuman yang amat kuat.Senyuman itu tiba-tiba menghilang daripada pandanganku.Semuanya bertukar menjadi gelap,tiada apa yang kelihatan dan kedengaran dari ruang deriaku.

*Dua bulan kemudian*

Kendengaran suatu suara yang menerpa ruang mindaku, aku kurang jelas dengan suara itu. Suara itu seolah-olah memberikan aku kudrat untuk bangun daripada minda bawah sedarku.Tatkala aku mencelikkan mataku,aku berasa teramat silau. Namun,dengan kudrat yang ada dengan izin Allah Azza wa Jalla,akhirnya aku mampu membuka mata dan melihat ke sekelilingku.Tempat itu sangat asing bagiku namun,rasanya tempat ini pernah ku lihat sebelum ini.Ya tidak silap lagi ini adalah hospital di mana arwah nenekku pernah dirawat.

Tapi mengapa aku di sini? Aku mulai pening, persoalan demi persoalan bermain di benakku,mana suamiku? apa yang telah berlaku? dan Suara siapakah itu ?.Aku mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Pandanganku tertumpu seketika kepada sesosok tubuh yang sedang kusyuk mengalunkan surah Yaasin di sisiku.Raut wajahnya tidak asing bagiku ya,memang tidak asing lagi kerana raut wajah itulah yang selalu menenangkan aku dikala aku dilanda duka. Itu adalah ibuku, yang mengandungkan aku sembilan bulan sembilan hari dan melahirkan aku ke dunia ini.

Aku mencapai tangannya, ibuku tersedar daripada kekusyukannya. Dia segera mendapatkan aku sambil melahirkan rasa syukurnya kepada Allah Rabulizati,kelihatan titisan jernih megalir di wajahnya yang cukup manis walaupun usiannya telah menjangkau lebih daripada separuh abad. Kelihatan beberapa orang jururawat dan seorang doktor bergegas menghampiriku lalu memeriksa denyutan nadi dan tekanan darahku.

Setelah doktor mengesahkan aku telah pulih daripada koma,aku seolah-olah tidak percaya apabila doktor mengatakan bahawa sudah dua bulan aku terlantar di katil hospital ini .Aku memandang wajah ibu untuk mencari kebenaran.Ibu seolah-olah faham dengan maksudku lalu mengangukkan kepalanya.

“Apa yang telah berlaku bu?”soalan yang pertama yang mampu terpancul dari mulutku. Muka ibu kelihatan sayu seperti ada sesuatu yang terbuku di hati ibu,ibu menatap wajahku penuh hiba.

“kamu mengalami kemalangan nak, semasa perjalanan pulang dari membeli barang-barang persiapan untuk menunaikan haji dua bulan yang lepas”. Kelihatan titisan jernih semakin deras membasahi wajah ibu.

Aku tergamam seketika lalu fikiranku merawang ke suamiku,mungkinkah dia juga berada di hospital sekarang terlantar seperti aku? Fikiranku kini di main persoalan.Ibu seolah-olah faham apa yang bermain di fikiranku.

‘Sabar nak,semua ini dugaan pasti ada ganjaran nikmat di sebalik musibah ini….’ kata-kata ibu terhenti ibu sepertinya tidak sanggup lagi untuk meneruskannya.

“Di mana su….” Aku cuba bertanya kepada ibu di mana suamiku namun,belum sempat lagi aku menghabiskan pertanyaanku ibu terus mematikannya di situ.

“Banyakkan istighfar nak,mungkin Allah lebih menyayanginya”. Aku tidak faham apa yang dimaksudkan ibu.

“Suami kamu telah meninggal dua bulan yang lepas di tempat kemalangan”.Aku terpanah rasanya jantungku berhenti berdegup seketika,dunia kelihatan kosong,telingaku menjadi tuli, seluruh deriaku rasanya mati dan hatiku rasanya bagaikan dihiris-hiris ibu memelukku erat cuba menenangkan aku.

Namun,aku tiada kudrat menahan air mataku daripada terus membasahi pipiku. Senyumannya terus bermain di ruang mataku ,aku hampir hilang kewarasan seketika.Ibuku tidak putus-putus beristighfar di cuping telingaku. Suara esakkan ibu di telingaku memaksa aku untukkembali ke dunia yang nyata lalu aku memeluk erat ibuku cuba mencari sedikit ketenangan.

Tiga hari kemudian,aku telah disahkan pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.Ibu memaksa aku tinggal bersama mereka, aku menolak dengan alasan aku akan berasa lebih tenang di rumahku sendiri.Ibu tidak mampu menolak permintaanku namun,ibu tetap tidak ingin membiarkan aku sendiri .Pada mulanya aku mmenolak tawaran ibu untuk tinggal bersamaku namun,ibu terus merayu kepadaku dan akhirnya aku menerima tawaran ibu.

Kelihatan bunga-bungaan di halaman rumahku begitu mekar dan sangat indah dihiasi dedaun yang segar menyenangkan setiap pasang mata yang memandang. Kemudian aku menjenguk ke dalam rumah sumuanya sama seperti dulu tiada yang berubah dan berkurang mahupun bertambah.Cuma satu yang rasanya berkurang iaitu hatiku,separuh daripada hatiku telah pergi bersama suamiku. Aku terus melangkah kakiku ke bilik ,aku memerhati di setiap sudut bilikku rasanya terlalu lama aku meninggalkan bilik ini. Aku mengambil tempat di birai katil,fikiranku terus merawang ke suamiku.

Andai semua ini tidak terjadi pasti sekarang aku dan suamiku telah selesai menunaikan rukun islam ke lima dan bergelar haji dan hajah. Aku bayangkan alangkah indahnya jika aku bisa bertawaf disisi kaabah dan wukuf di Arafah di mana tempat Adam dan Hawa dipertemukan kembali ,bersama suamiku.Tiba-tiba dadaku kembali sebak,nafasku terasa sesak namun,air mataku seolah-olah kering dan tidak mampu mengalir.

Lamunanku terhenti pabila mendengar suara ibu memanggilku ke ruang tamu. Aku cuba menyembunyikan kesedihan yang terbuku di hatiku dan melangkah ke ruang tamu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kelihatan ibu dan ayah mertuaku turut berada di ruang tamu agaknya mungkin mereka baru sahaja tiba. Aku menuju ke arah mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman,belum sempat aku mengatakan apa-apa, mama terus memelukku. Kami hanyut dalam tangisan.

Suasana di ruang tamu menjadi sunyi seketika,kesuruman menyelubungi setiap ruang tamu dan isi di dalamnya. Abah seolah-olah faham dengan suasana itu,tiba-tiba suara abah kedengaran memecahkan kesuraman di ruang itu. Abah mengutarakan cadangannya kepadaku untuk terus menunaikan haji pada tahun ini bagi meneruskan impian suamiku. Aku memang sependapat dengan abah,aku akan tetap menunaikan rukun islam ke lima ini dan membuat upah haji bagi suamiku dengan ditemani oleh adik lelakiku,Hakim sebagai mahramku.

Untuk menunaikan haji sekali lagi aku telah mengurus segala syarat yang perlu dilaksanakan oleh aku dan juga Hakim. Aku juga terpaksa mengambil kursus haji semula untuk menemani Hakim. Kini hari yang di nanti-nantikan telah tiba aku dan Hakim akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji dan mengupah haji buat suamiku. Sepanjang perjalanan ke Makkah fikiranku merawang ke suamiku.

*Imbasan tiga tahun yang lalu*

Aku ,Hafizahtul binti Haji Helmi 19 tahun anak sulung dan merupakan seorang kakak kepada adikku,Hakim yang lebih muda empat tahun daripada aku. Ayahku adalah seorang pesara komando yang lebih dikenali sebagai mejar Helmi manakalah ibuku pula adalah seorang pensyarah di institusi terkemuka,Malaysia. Aku juga merupakan salah seorang daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan Sains dan Teknologi.Setelah aku memasuki alam universiti kehidupanku semakin jauh berubah aku semakin liar,susah untuk diatur mungkin ini yang di namakan kejutan budaya. Aku bergaul dengan siapa sahaja tanpa batasan,aku mulai belajar ke kelab-kelab malam bersama rakan-rakanku namun demikian,aku tidak pernah membiarkan sesiapa pun menodai maruahku.

“Kamu ni nak jadi apa, hah Izah? Kamu nak conteng arang kat muka ayah? dengan perlakuan teruk kamu ni,rasanya sudah cukup didikan agama yang ayah telah berikan kepada kamu,tetapi, kenapa Izah?” Ayah sangat marah padaku setelah tahu aku sudah mulai tersimpang daripada landasan agama sebenar. Aku kebalkan diri daripada kemarahan ayah dengan mengurungkan diriku di dalam bilik seolah-olah tidak mendengar apa yang ayah katakan.

Hari demi hari kehidupanku semakin tersimpang dari norma. Aku semakin fanatik terhadap budaya-budaya negara luar terutamanya budaya k-pop dari negara korea.

“Izah,aku rasa kau sesuailah berambut perang kulit kau pun putih sebiji macam penyanyi Girls Generation yang kau minat tu” kata Amy kawan sebilikku.

Atas usulan Amy dan rakan-rakanku yang lain,aku mulai berani mewarnakan rambutku semata-mata ingin kelihatan lebih menarik.

Ternyata tindakkan aku mewarnakan rambut menambah berang ayah. Satu tamparan kuat hinggap di pipiku,aku tersentak,ibuku menangis dan cuba menyabarkan ayah.

“Istighfar bang,jangan ikutkan hati sangat Izah tu anak kita”

“Anak tak guna,conteng arang kat muka orang tua? Sampai bila kamu nak jadi macam ni Izah?” pertama kali aku melihat ayah semarah itu padaku.

“Izah dah besar ayah,Izah tahu apa yang Izah buat.Tolong ber…..” Aku cuba mempertahankan diriku namun,belum sempat aku menghabiskan ayatku satu tamparan lagi hinggap di pipiku. Pipiku terasa panas,air mata semakin deras membasahi wajahku. Aku berlari ke bilik dan menguncikan diriku di sana.

“Izah,buka nak” ibu mengetuk bilikku cuba ingin menenangkan aku namun,aku tetap berdegil enggan membukanya.
“Awak jangan terlalu manjakan dia sangat,biarkan dia anak tak tahu bersyukur macam tu lah jadinya” kata-kata ayah memanah telingaku,dan menyiat hatiku.

Malam itu aku kembali ke hostel,tanpa melihat kelibat ayah sejak pertengkaran pagi tadi.Ibu memelukku erat dan mengucup dahiku sebelum aku berangkat ke hostel,wajah tua ibu amat menenangkan aku.

“Kau ni kenapa Izah,muram sahaja aku tengok? Dah macam nenek kebayan dah.” Kata Tasya yang juga merupakan rakan sebilikku namun, Tasya berbeza daripada Amy. Tasya tidak seperti aku dan Amy,dia tidak mudah terpengaruh seperti aku.

“Tak ada apa pun, aku cuma kurang sihat sikit.” Aku cuba menyembunyikan apa yang terbuku di hatiku kerana aku bukanlah seseorang yang bersifat terbuka,aku tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain kecuali ibuku.
Pada hujung minggu ini aku,Amy dan rakan-rakan yang lain merancang untuk berkelah di Genting. Aku dan Amy mulai mengatur beberapa aktiviti, tiba-tiba telefon bimbitku berdering aku mencapai telefonku.
“Assalamualaikum ibu,”

“Waalaikumusalam w.b.t”
“Ada apa ibu tiba-tiba telefon ni?”

“Hujung minggu ni ayah minta Izah balik ada hal penting yang ayah nak bincangkan dengan Izah. Ibu harap Izah dapat balik ya nak.” Sepertinya hal itu terlalu penting aku tidak mampu menolak permintaan ibu.
“Baiklah ibu, Izah akan balik”

“Terimah kasih sayang, assalamualaikum”
“Waalaikumusalam” talian diputuskan. Aku termenung seketika,memikirkan apakah hal yang penting itu. Hatiku rasanya kurang sedap.

“Izah?” Amy mematikan lamunanku.
“Kenapa ibu kau telefon?”

“Ibu aku, nak aku balik hujung minggu ni ada hal penting katanya. Jadi aku tak dapat ikut korang pegi Genting.”
“Alahh.. tak seronoklah kalau kau tak ikut” Amy merungut.

Kini hari yang di nanti-nantikan telah tiba,aku balik ke rumah.Kelihatan adikku Hakim sedang mengulangkaji pelajarannya di luar rumah.

“Assalamualaikum” Hakim segera mendapatkan aku dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan aku. Aku menjenguk ke dalam rumah,sepertinya tiada siapa di rumah kecuali Hakim.
“mana ibu dan ayah?”

“Ibu dan ayah keluar tadi,katanya nak jumpa kawan”
Aku pun melangkahkan kaki menyusuri anak tangga ke bilikku, sesampai sahaja aku di dalam bilik, aku terus membaringkan badanku di atas katil. Aku berasa sangat letih lalu terlelap.

Kedengaran suara azan maghrib berkumandang ibu mengejutkan aku daripada tidur. Ibu menyuruh aku untuk menunaikan solat maghrib namun, aku tidak menghiraukan ibu dan kembali menyambung tidurku. Masuk waktu makan malam aku turun ke bawah dan pergi ke dapur untuk membantu ibu menyediakan makan malam.Sepanjang waktu makan malam ayah hanya mendiamkan diri. Setelah selesai makan malam aku membantu ibu membasuh pinggan mangkuk.Tiba-tiba ayah memanggil aku ke meja makan,kelihatan ibu dan ayah sedang membincangkan sesuatu. Ayah menyuruh aku duduk di sisinya. Aku membisu seribu bahasa menantikan apa yang bakal dikatakan oleh ayah.

“Sebenarnya ada hal yang penting yang ayah hendak bincangkan dengan Izah.” Aku terus mendiamkan diri dan menumpukan sepenuh perhatian kepada ayah.“Ayah sudah buat keputusan untuk mengahwinkan Izah dengan lelaki pilihan ayah dan ibu.” Aku rasanya seperti bermimpi, kahwin? Tidak pernah terfikir oleh aku untuk berkahwin begitu awal. Aku terdiam kaku hilang seribu kata.

“Ini keputusan ayah,kerana ayah yakin dengan mendirikan rumah tangga Izah pasti akan berubah daripada kelakuan buruk Izah sebelum ini.” Ayah menegaskan suaranya seolah-olah aku tiada hak untuk menolak.

“Izah tak nak, ayah tak boleh paksa Izah menikah dengan orang Izah tidak kenali,ini bukan zaman siti Nurbayah lagi ayah.” Aku cuba menegakkan pendirianku namun,semuanya sia-sia ayah tetap pada pendiriannya tanpa menghiraukan pendirianku dan berlalu pergi meninggalkan aku di meja makan. Aku kembali ke bilikku dan berharap semua yang dikatakan ayah itu tidak benar.

‘krekkk…’kedengaran pintu bilikku di buka oleh seseorang,ibu masuk ke bilikku tanpa sebarang kata lalu duduk disisiku.

“Bu,semua ini hanya gurauan kan bu,? Ayah hanya bergurau kan bu?” Aku menatap wajah ibu untuk mencari kebenaran. Ibu hanya membisu,ibu seolah-olah faham apa yang aku rasakan. Ibu membawa aku ke dakapannya sambil membelai rambut ku.

“Izah,ibu faham apa yang Izah rasakan ini semua untuk kebaikkan Izah. Ibu dan ayah sayangkan Izah, kami cuma nak yang terbaik ….”

“Apa terbaik bu? Ini tidak adil bu,tidak adil!!”Aku segera mematahkan ayat ibu. Pertama kali aku meninggikan suaraku ke ibu.

“Suatu hari nanti kamu akan faham, Izah” ibu terus membelai rambutku penuh kasih. Rasannya aku ingin sahaja pergi dari rumah ini jauh daripada segala peraturan ayah namun,aku tak mampu melakukannya wajah ibu sentiasa bermain di ruang mataku. Aku tidak mampu melihat kesedihan di wajah ibu.

Hari berganti hari,bulan berganti bulan ayah dan ibu sibuk membuat persiapan untuk majlis akad nikahku namun, aku sedikit pun tidak ingin mengambil tahu tentang persiapan itu. Aku biarkan sahaja hari berlalu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku tidak pernah mengenali bakal zaujku apa lagi rupa parasnya sama sekali tidak. Aku hanya pernah mendengar namanya, Syeikh Muhammad Attar Bukhary bin Syeikh Azhar. Ya Attar nama yang selalu di agungkan oleh ayah, aku mulai rasa muak mendengar namanya.

“Bertuah Izah, Attar tu baru sahaja habis menuntut di Universiti terkemuka di Kaherah,Mesir dan bakal menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa,Malaysia” kata ibu setiap kali aku bersamanya namun,aku sedikit pun tidak tertarik untuk mengenali Attar. Attar bukanlah lelaki idamanku melalui apa yang aku dengar daripda ayah dan ibu tentangnya jelas Attar bukan ciri lelaki idamanku.

21 Febuari 2011 hari di mana aku bakal diijab qabulkan dengan lelaki yang tidak pernah aku kenali telah tiba. Aku ditempatkan di sebuah sudut rumahku di mana aku hanya dapat melihat Attar bakal zaujku dari pandangan belakang.
“Aku nikahkan engkau Syeikh Muhammad Attar Bukhary bin Syeikh Azhar dengan anak gadisku Hafizatul binti Haji Helmi” “Aku terima nikahnya Hafizatul bin Helmi dengan mas kahwin senaskah al-Quran dibayar tunai” lafaz yang selami ini aku harapkan keluar daripada seorang lelaki yang aku cintai kini dilafazkan oleh seorang lelaki yang aku tidak pernah aku kenali. Semua orang menadah tangan bersyukur kehadrat Ilahi, aku binggung seketika patut kah bersyukur ataupun menyalahi takdir. Adakah dia yang tertulis di luh mahfus buatku?

Dan adakah aku pelangkap tulang rusuknya yang dipinjamkan selama ini? Fikiranku bermain dengan persoalan.Tiba-tiba persoalan itu termati tatkala aku melihat seorang lelaki yang kini bergelar zaujku, datang menghampiri aku. Waktu seperti terhenti seketika ,tanggapanku benar dia seorang lelaki yang warak jelas kelihatan pada wajahnya penuh seri meskipun dia berkulit gelap namun,kelihatan nur terpancar pada wajahnya. Dia mencapai tanganku dan menyarungkan cicin di jari manisku, kini giliran aku pula menyarungkan cicin di jari manisnya. Aku bersalaman dengan Attar dan mengucup tangannya seperti apa yang diajar oleh ibu, Attar pula mengucup dahiku. Kemudian, aku bersalaman dengan mama Attar, Puan Aisya dan abah Attar, Syeikh Azhar.

Kini dengan sekali lafaz aku sah menjadi zauja yang halal buat Attar seorang lelaki yang warak yang aku tidak pernah bayangkan hadir dalam hidupku mahupun mimpi namun,aku masih belum mampu menerima ketentuan ini. Aku termenung di birai katil perkahwinan kami fikiranku merawang jauh cuba mencari ruang untuk menenangkan hati yang gundah.

“Assalamualaikum” lamunanku terhenti dengan sapaan salam itu,
“Boleh abang masuk?” aku hanya menganggukkan kepalaku. Attar duduk disisiku, dia cuba mengajak aku berbual tetapi aku tidak berminat sama sekali. Aku terus membisu.
“Izah, mesti letih, tak apalah Izah rehat dulu abang nak berborak dengan ayah kejap” Attar meninggalkan aku sendirian di bilik.

Sudah tiga bulan bergelar isteri Attar namun, aku masih belum mampu menerimanya dan melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Aku melayannya seperti orang asing dalam hidupku, Attar tidak pernah merunggut meskipun aku melayannya begitu kasar.

“Izah,kenapa balik lewat sangat bukankah Izah habis kelas awal hari ni?” Attar dengan suarannya yang lembut bertanya padaku.

“Suka hati saya lah, boleh tak awak jangan sibuk hal orang.” Aku meninggikan suaraku padanya walaupun ibu selalu mengingatkan aku syurgaku kini terletak pada Attar.

“Izah adalah tanggungjawab abang, Izah adalah jemaah abang tanggungjawab abang adalah bimbing Izah. Mulai sekarang abang tidak akan benarkan Izah keluar rumah tanpa kebenaran abang. Abang mohon dengan Izah tolonglah belajar menutup aurat Izah,sesungguhnya aurat itu adalah maruah Izzah.” Aku berlalu meninggalkan Attar. Aku terlalu muak dengan kata-kata nasihatnya dan segalah peraturan yang perlu aku patuhi.

Kelihatan di atas meja solekku ada sehelai selendang yang sengaja di letakkan di situ, corak selendang itu sangat indah sesuai dengan kulit wajahku. Aku tahu itu adalah pemberian Attar buatku, aku teringat akan kata-katanya semalam lalu aku mencampakkan selendang itu ke dalam tong sampah. Aku memang seorang wanita yang sangat ego bukan mudah untuk aku menerima suatu peraturan yang baru dalam hidupku. Aku menyusuri tangga rumahku untuk ke tempat di mana kunci keretaku dan Attar di letakkan. Puas aku mencari tapi hanya kelihatan kunci motosikal Attar yang ada di situ. Tiba-tiba Attar muncul dari belakang.

“Izah cari ini ke?” Ternya kunci keretaku ada padanya. “Bagilah, saya nak pergi kelas ni dah lambat” Aku dengan marahnya meminta pada Attar namun, Attar tidak mendengar kataku dia menarik tanganku ke bilik dan menguncikan aku di situ.

“Abang tidak akan keluarkan Izah, selagi mana Izah ingkar pada arahan abang. Patuh pada suami adalah tanggungjawab seorang wanita yang bergelar isteri Izah.” Attar berlalu meninggalkan aku. Aku tidak menyangka Attar menjadi senekat ini, aku mulai membenci Attar.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari, fikiranku buntu aku perlu menghadiri sesi pertandingan forum yang telah di anjurkan oleh universitiku. Akhirnya, aku akur pada Attar, aku mengambil selendang yang aku campakkan tadi lalu memakainya. Selendang itu amat sesuai di wajahku namun, keegoan mengatasi semuanya. Aku memanggil Attar dengan marah untuk membuka pintu di mana aku dikurung oleh Attar. Attar tergamam melihat aku dihadapan pintu.

“Subahanallah, indahnya ciptaanMu ya Allah” kata yang pertama mampu terpancul dari mulut Attar suamiku. Hatiku yang terbakar pada mulanya bagaikan disimbah air oleh lafaz yang begitu ikhlas dari mulutnya. Attar menawarkan dirinya untuk menghantarku, aku menolak pada mulanya tapi Attar terus dan terus memujukku akhirnya aku termakan pujukkan Attar.

Begitu banyak mata-mata yang memerhatikan aku seolah-olah aku adalah penuntut baharu di fakulti ini. Aku tahu ini adalah sesuatu yang baharu bagi mereka termasuk aku.

“Allahurabbi, Izah cantiknya kau.” Satu pujian lagi yang aku terima daripada bekas rakan sebilikku Tasya dan rakan-rakan kelasku yang lain. Aku hanya tersenyum dan berterima kasih, aku tahu itu adalah pujian yang ikhlas daripada mereka tetapi begitu sukar untuk aku memahami semua ini. Pipiku terasa panas dan merah mendengar pujian dari mereka.

“Izah, kau rupanya aku ingatkan ustazah mana tadi.” Satu sindiran yang pertama aku dengar keluar dari mulut rakan baikku sendiri,Amy. Seolah-olah kata-kata itu menampar aku. Aku hanya membisu, patutkah aku menyalahkan Attar atas sindiran yang aku terima dari rakan baikku sendiri. Sepanjang hari,aku berasa sangat tertekan.
Malam itu,aku makan bersama Attar, begitu banyak cerita yang Attar ceritakan padaku namun,aku sedikit pun tidak tertarik.

“Awak, saya rasa kita ni tidak ditakdirkan untuk bersama,saya harap awak faham dan tolong lepaskan saya.” Aku tidak menjangka akhirnya ayat itu keluar juga dari mulutku. Attar terdiam, dia menatap wajahku bumi sepertinya berhenti berputar seketika. Attar menarik nafasnya dalam.

“Izah, jika abang bukan ditakdirkan untuk Izah bukan tempat abang di hadapan Izah sekarang. Izah percayalah setiap apa yang terjadi di muka bumi ini pasti ada hikmahnya dan setiap manusia telah ditulis jalan kehidupan mereka sebelum mereka dilahirkan lagi. Jodoh dan maut di tangan Allah Izah.” Attar cuba meyakinkan aku bahawa aku adalah yang tertulis buatnya.

Hari demi hari aku dengan Attar semakin rapat kami mulai menjadi sahabat. Aku yang sangat sukar untuk di atur kini berubah, perubahanku amat mengembirakan ayah dan ibu tetapi, aku masih binggung dengan apa yang aku rasakan. Sampai bila aku dengan Attar harus menjadi sahabat? Dan bila baru aku mampu melaksanakan tanggungjawabku sebagai zauja Attar.

“Izah, aku tengok kau ni dah berubahlah, lepak dengan aku dan rakan-rakan yang lain pun kau dah tak nak. Aku tengok kau ni dah macam lembu kena cucuk hidung dah oleh suami kau.” Amy cuba meluahkan rasa kurang senangnya terhadap perubahan aku yang begitu drastik. Aku semakin binggung dengan kata-kata Amy. Belum sempat aku menjawab, tiba-tiba telefon bimbitku berdering.
“Assalamualaiku ma,”

“Waalaikumusalam w.b.t , Izah tengah buat apa sekarang?”

“Izah tak ada buat apa pun, tengah on the way nak balik rumah. Kenapa ma?”
“Boleh tak Izah temankan mama pergi dengar ceramah yang usataz Kazim Ilyas yang diadakan kat Masjid Ar-Rahman hari ni.? Mama ada juga bawa ibu Izah tadi tapi dia tak dapat nak pergi, dia kena uruskan program untuk pelajar-pelajar universiti dia katanya.”

“Baiklah ma, mama tunggu ya Izah akan on the way ke rumah mama sekarang.” Mama begitu baik padaku, aku menganggap mama seperti ibuku sendiri. Aku tidak sanggup menolak permintaan mama.

“Terima kasih sayang,bertuah mama bermenantukan Izah. Assalamualaikum.’
“Sama-sama ma, waalaikumusalam.” Aku tersenyum sepanjang perbualan aku dengan mama.

Aku sungguh tertarik dengan ceramah yang diberikan oleh ustaz Kazim mengenai Isteri adalah Tulang Belakang Suami. Kini aku tahu kenapa ramai yang suka mendengar ceramahnya kerana setiap bait katanya amat mudah untuk difahami dan menyenangkan setiap pendengar. Namun, dalam banyak-banyak ayatnya aku cukup tertarik dengan ayat ini.
‘Suami yang sayangkan isterinya adalah suami yang menjaga isterinya daripada di bakar oleh api neraka.’ Ayat ini mengingatkan aku pada Attar, lelaki yang memaksa aku untuk bertudung, menutup aurat dan menjaga solatku. Kini aku sedar betapa Attar menyayangi aku tetapi, selama ini aku di butakan dengan keegoan. Air mata terus membasahi pipiku.

Aku tiba di rumah jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, aku melihat Attar tertidur di sofa mungkin menunggu kepulanganku. Aku menghampiri Attar dan menatap wajahnya , aku tidak tahu mengapa air mata ini terus mengalir. Aku memegang tangan Attar, tiba-tiba Attar terjaga daripada tidurnya. Attar melihatku penuh tanda tanya.
“Kenapa ni Izah,?” Attar kelihatan hairan melihat aku menangis , Attar cuba menenangkan aku.

“Izah, banyak dosa pada abang maafkan Izah bang. Izinkan Izah untuk menjadi tulang belakang untuk abang.” Attar kehilang kata, jelas aku lihat waktu itu Attar menitiskan air matanya. Attar memelukku erat dan melahirkan rasanya syukurnya kepada Allah s.w.t.

Sejak daripada malam itu, aku dan Attar sangat bahagia. Attar adalah imamku, rakan baikku, rakan kongsi dan suamiku di dunia dan akhirat. Kini aku faham mengapa aku dijodohkan dengan lelaki yang aku tidak pernah impikan hadir dalam hidupku,Attar kerana Allah tidak memberikan apa yang aku inginkan tetapi memberikan apa yang aku perlukan. Aku memerlukan Attar sebagai nahkoda dalam pelayaran hidup yang singkat ini agar aku tidak karam di dalam lautan duniawi.

Kini aku berada di hadapan kaabah di bawah lindungan langit lazuardi milik Allah Azza wa Jalla tanpa Attar disisiku. “Subahanallah” kata yang mampu aku ucapkan,tubuh aku kaku seketika ,inilah sebenarnya ketenangan yang aku cari dan keindahan dunia yang sebenar. Aku berasa terlalu kerdil, begitu banyak manusia yang berbeza latar belakang berada di sini bersama-sama menunaikan rukun islam ke lima,aku kagum melihat keajaiban ini. Aku berdoa di hadapan kaabah semoga aku dan Attar disatukan semula kelak di akhirat nanti. Rasanya Attar berada di sisiku, terima Attar keahadiranmu suatu anugerah buatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience