BAB 5

Other Completed 3216

“Nurul, ke sini sekejap.”

“Ya Kak Diah. Kenapa Kak Diah panggil Nurul?” Fadhiah memberi isyarat agar Nurul duduk berhadapan dengannya. Tangan Nurul yang terletak diatas riba digenggam erat oleh Fadhiah. Matanya merenung wajah lembut milik Nurul.

‘Ya Allah, gadis ini masih terlalu muda untuk hanyut dalam lautan cinta. Kau bimbinglah dia Ya Allah.’ Bisik hati kecil Fadhiah.

“Begini Nurul. Akak nak tanya Nurul sesuatu boleh? Hm, Nurul ada simpan perasaan pada sesiapa antara lelaki dalam kalangan kita ini? Jujurlah pada akak.” Nurul terdiam. Dia tahu, Fadhiah pasti perasan akan perubahan sikapnya setiap kali berhadapan dengan Faizal. Nurul mengangguk kepalanya perlahan. Fadhiah tersenyum lantas bertanya lagi. “Siapa? Faizal?” Sekali lagi, Nurul mengangguk tanda mengiyakan.

“Nurul suka atau minat? Atau Nurul dah pasang angan-angan jadikan dia imam Nurul?”

“Ya Kak Diah.” Fadhiah memeluk gadis yang sudah dianggapnya seperti adiknya sendiri.

“Nurul takut Kak Diah. Salah kah perasaan ini? Bagaimana dengan jalan dakwah yang Nurul perjuangkan ini? Terganggu kah nanti Kak Diah?” Air mata Nurul mula membasahi bahu Fadhiah. Wanita itulah yang telah membawanya kembali ke jalan Allah, yang telah memperkenalkannya bahawa dakwah itu amanah semua muslim. Amanah yang sudah Allah tetapkan bagi semua insan bertuah pilihan Allah yang lahirnya ke dunia disambut dengan kalimah indah azan dan iqamat.

Fadhiah meleraikan pelukannya lalu bahu Nurul dipegang kemas. Senyuman dihadiahkannnya buat Nurul. “Tak salah sayang. Perasaan Nurul itu fitrah. Semua insan manusia akan rasa perasaan suka, minat mahupun cinta itu. Cuma, mungkin masa ini belum sesuai untuk Nurul ungkapkan kata-kata itu buat si dia.”

Fadhiah berdiri dari duduknya lalu berjalan menuju ke tingkap. Dia membuang pandangannya ketengah lautan manusia diluar dewan yang penuh kerenah dan ragamnya. Kekadang, hatinya ada rasa mahu putus asa dalam dakwah tapi tatkala memikirkan kembali perjuangan teguh Rasulullah satu ketika dahulu, Fadhiah tidak mahu mengalah.

“Nurul nak dengar satu cerita? Antara cinta dan dakwah.” Sambil menyeka air mata yang mengalir di pipinya, Nurul mengangguk perlahan. Fadhiah menarik nafasnya dengan dalam, mencari kekuatan untuk membuka kembali lipatan kisah silam.

Sudah lama dia membiarkan fail memori itu tersimpan jauh didalam mindanya. Namun, hari ini Fadhiah tekad untuk membukanya kembali, sebagai kekuatan untuk gadis hitam manis itu terus kuat dalam jalan dakwah.

“Hijrah itu bukan mudah. Apalagi jalan dakwah ni Nurul. Seorang gadis ni, dia kenal jalan dakwah ketika mula-mula masuk universiti. Di situlah, dia kenal dan hayati Islam. Sampai suatu hari, bila ada sambutan Maulidur Rasul di universiti, dia tawarkan dirinya jadi sukarelawan. Dan, tanpa diduga, Allah takdirkan dirinya berjumpa seseorang.” Fadhiah tersenyum memandang Nurul. Tanpa disedarinya, sudah ada beberapa orang gadis lain yang turut serta duduk bersama Nurul. Mungkin tertarik dengan permulaan cerita yang disampaikannya.

“Boleh kami dengar sekali kah Kak Diah? Macam menarik sahaja perkongsian akak kali ni. Macam selalu.” Ujar Syahmina, gadis yang dikenali Fadhiah melalui Nurul. Fadhiah mengangguk sambil tersenyum.

“Boleh Syah. Apa salahnya? Duduklah sekali dengan Nurul. Akak sambung ya? Gadis tu pada mulanya, hanya menyimpan minat terhadap si teruna. Tanpa dia sedar, pemuda tu pun sebenarnya suka pada dia. Sehinggalah pada satu saat, gadis tu terima satu pesanan ringkas dari nombor yang tak diketahui pemiliknya.”

“Mesti nombor lelaki yang dia suka tu kan kak?” Tanya seorang daripada gadis yang turut duduk disitu. Fadhiah mengangguk, mengiyakan.

“Dalam dua minggu lepas tu, satu pesanan ringkas yang lain pula sampai. Pemuda tu memperkenalkan dirinya kepada si gadis sambil memohon maaf sebab menganggu masa si gadis.” Fadhiah melangkah kearah anak-anak muda yang sudah dianggap seperti keluarganya sendiri lalu duduk bersama mereka.

“Gadis tu terkejut dengan pesanan ringkas yang diterima. Fikirannya berbelah bahagi. Kalau balas, takut dikata memberi harapan. Tak membalas, takut terlepas peluang nak berkawan. Akhirnya, dia ambil pilih pilihan yang kedua. Sejak hari tu, mereka selalu berbalas pesanan ringkas. Kalau berselisih dibahu jalan, mereka bertukar senyuman dan salam. Apabila ada program yang perlukan sukarelawan, mereka berdualah antara yang pertama kehadapan mengulur bantuan. Kemudian, suatu hari ketika usrah berlangsung di tepi tasik bersebelahan kafeteria, gadis tu berkongsi masalahnya dengan ahli usrahnya. Kata gadis tu, dia dah susah nak bangun solat malam. Tak macam dulu.”

“Naqibah tu pun bertanya kepada gadis tersebut. Adik rasa ada buat sesuatu yang Allah tak redha tak sekarang ni? Tatkala mendengar pertanyaan kakak tu, gadis tu terdiam. Dia membuang pandangannya kearah tasik.” Fadhiah menarik nafas. Tubir matanya sudah mula digenangi mutiara jernih. Fadhiah cuba menyembunyikan perasaan hiba yang bersarang di lubuk hati.

“Gadis itu beristighfar panjang. Tatkala semua rakan usrahnya sudah berlalu pergi, gadis itu duduk disitu bersama naqibahnya. Lalu, dengan relanya dia membuka kisah sebenar. Naqibah usrahnya tersenyum mendengar cerita si gadis itu. Adik sukakan pemuda tu? Gadis itu mengangguk sebagai tanda jawapan kepada pertanyaan naqibahnya.”

“Kak Diah, habis naqibah dia tak marah kah dengan gadis tu?” Syahmina mengangkat tangan bertanya kepada Fadhiah. Gelengan kepala Fadhiah memberikan jawapan buat Syahmina.

“Tak, dia tak marah. Cuma, dia memberi nasihat kepada gadis tu. Naqibah gadis tu caap tak salah nak jatuh cinta tetapi jangan buat sesuatu yang Allah tak redha. Walaupun tiada apa-apa hubungan, mereka dah terpedaya dengan hasutan syaitan. Dah boleh jatuh bab zina hati.”

Ada yang menundukkan pandangan, mungkin terasa dengan cerita tersebut

“Kamu semua nak tahu apa gadis itu buat selepas tu? Dia menangis diatas tikar sejadah, memohon keampunan Allah. Gadis itu kemudiannya beli nombor telefon baharu dan dia langsung tidak memberitahu pemuda itu tentang perkara tersebut. Ketika cuti semester, gadis itu balik ke kampung halamannya dan dua hari selepas itu, gadis itu dikejutkan dengan kedatangan satu rombongan.” Anak-anak muda dihadapan Fadhiah mengukirkan senyuman, bagaikan sudah tahu pengakhiran cerita tersebut.

“Rupa-rupanya, pemuda tesebut hantar rombongan meminang. Dan pada hari yang sama, gadis itu terima sepucuk surat daripada pemuda tersebut yang disampaikan melalui adiknya. Surat tersebut pendek sahaja isinya. Pemuda tu minta maaf kepada gadis tu sebab pernah buatkan mereka jauh dari Allah. Tak lama selepas itu, mereka pun bernikah. ” Fadhiah tersenyum.

“Macam itulah pengakhiran ceritanya. Dan kini, mereka hidup bahagia.” Syahmina menyeka air mata yang mengalir di pipi lalu menepuk tangannya. Gelagat spontan Syahmina mengundang tawa dalam kalangan mereka.

“Ada-ada sahaja awak ni Syah.” Fadhiah mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Baiklah. Selesai sudah sesi bercerita bersama Kak Fadhiah hari ini.” Ujar Fadhiah lalu berdiri diikuti oleh yang lain. Mereka bersalaman sesama sendiri lalu memohon untuk meminta diri.

Nurul dan Fadhiah sahaja yang masih berada disudut dewan tersebut.

“Akak, terima kasih.” Air mata Nurul membasahi bahunya. Fadhiah membalas pelukan Nurul.

“Sabarlah Nurul. Yakinlah pada janji Allah ya. Dia pasti akan berikan yang terbaik buat kita. Belum tiba masanya untuk Nurul berkasih dan bersayang pada yang belum pasti.”

“Insya Allah akak. Nurul akan cuba. Nurul alik dulu ya? Assalammualaikum kak Diah.” Nurul menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fadhiah.

“Waalaikumussalam. Jaga diri.”

Fadhiah melihat langkah kaki Nurul meninggalkannya. Bahunya dipeluk dari belakang. Fdhiah memusingkan badan menghadap suaminya. Senyuman dihadiahkan. Fadhiah bersyukur dijodohkan dengan lelaki sebaik Syukur. Walaupun terpaksa menempuhi perkahwinan ketika umurnya baru sahaja menginjak 22 tahun ketika itu, dia menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka. Kini sudah hampir 7 tahun perkahwinan mereka, rumah tangga itu semakin bahagia. Jauh dilubuk atinya, Fadhiah menyimpan azam, semoga cerita tentang dirinya yang disampaikan tadi menjadi pengajaran buat Nurul dan sahabatnya yang lain.

“Lama tunggu abang?” Tanya Syukur sambil membalas senyuman isterinya.

“Tak lah. Jom, kesian mama dengan ayah kat rumah, terpaksa layan kerenah Humaira.” Sykur ketawa. Dia tahu sangat perangai manja anak kedua mereka yang baru sahaja berumur 3 tahun. Pasti penat ibu dan ayah mertuanya melayan si kecil itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience