BAB 7

Other Completed 3216

“Amin Ya Rabbal Alamin.” Faizal menyapu kedua-dua belah tangan ke wajahnya, mengaminkan doa yang dibaca. Malam ini menjadi saksi, air matanya jatuh membasahi tikar sejadah. Rasa berdosa tadinya sudah berganti rasa kesyukuran kerana masih diberikan oleh Allah satu peluang untuk kembali ke jalan-Nya.

‘Ya Allah, sungguh aku tak kuat nak hadapi semua ini. Tapi demi agama, demi-Mu Ya Allah, aku akan cuba kuat.’ Ujar Faizal didalam hati kecilnya. Jika dulu dia takut Nurul menjadi milik orang lain suatu hari nanti, kini perasaan takut itu sudah tiada. Bagi Faizal, takdir Allah adalah yang terbaik. Suka atau tidak, sebenarnya Allah sudah berikan yang terbaik untuk semua hamba-Nya.

Faizal nekad, keputusan telah dibuat. Mungkin payah pada awalnya tetapi dia redha jika itu yang terbaik. Telefon bimbit diatas katil dicapai lalu pantas tangannya mendail nombor telefon ayahnya.

“Assalammualaikum. Ayah, Achik ni.”

* * *

Nurul tersedar dari lenanya. Jam yang tergantung di dinding menunjukkan pukul 4.23 pagi. Dia bingkas bangun dari katil lalu menuju ke bilk air.

Air matanya tidak henti-henti mengalir. Sudah hampir tiga bulan dia membiarkan dirinya menangis dihadapan Allah, memohon agar Allah menguatkan hatinya, menjadikan dirinya setabah yang boleh untuk mengelakkan diri daripada Faizal. Nurul tahu sukar untuk dirinya berbuat begitu tetapi dia yakin bahawa suatu hari kelak, Allah akan pertemukannya dengan seseorang yang sudah tertulis untuknya di Luh Mahfuz. Bagi Nurul sekarang, apa-apa yang terjadi pada masa hadapan kelak kepada dia dan Faizal, dia akan terima seadanya.

‘Ya Allah, seandainya kau tentukan dia menjadi imam buat diri ini, kau jagalah kedua-dua hati kami. Seandainya kau tentukan dia buat yang lain, kau bahagiakanlah dirinya Ya Allah.’

Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang dihantar melalui WhatsApp. Nurul mengambil telefonnya lalu membuka pesanan tersebut.

‘Assalammualaikum Nurul. Maafkan abang mengganggu Nurul pada waktu begini. Abang cuma nak minta maaf pada Nurul sebab dah hampir dua tahun kita kenal dan sudah hampir setahun setengah kita berhubung. Abang minta maaf selama ni abang buai perasaan kita. Mungkin selama ini kita ingatkan Allah redha dengan cara islamik kita tetapi kita salah kan Nurul? Kita khilaf, terlalu mudah jatuh dengan godaan syaitan. Terima kasih untuk buku tu, abang akan simpan. Jujur abang katakan, abang memang sayangkan Nurul. Tetapi, Allah Maha-Mengetahui. Dia tahu apa yang baik untuk kita. Tapi, syukurlah Nurul sedar dan cuba sedarkan abang. Terima kasih sekali lagi. Akhir kata, abang nak beritahu Nurul yang abang dah buat keputusan untuk ikut keluarga berpindah ke Queensland, Australia. Ayah abang akan bekerja di sana. Mungkin dalam 3 atau 4 tahun, baru kami berpindah kembali ke Malaysia. Semoga Allah menjaga Nurul. Abang sentiasa mendoakan semoga Nurul sentiasa berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Assalammualaikum. Faizal.’

Nurul mengukir senyuman dalam tangisnya. Hatinya berbsik, memanjatkan doa kepada Ilahi. Bersyukur dikurniakan kesempatan untuk kembali ke jalan yang lurus sebelum terlambat. Matanya merenung gambar Kaabah diatas tikar sejadah. Tangannya diletakkan didada lantas satu baris doa dipohon kepada Yang-Esa.

‘Dakaplah dia untukku Ya Allah, sesungguhnya aku cinta dia..’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience