BAB 6

Other Completed 3216

Faizal melihat lama skrin telefon pintarnya. Sudah hampir tiga bulan hari-harinya tidak dipenuhi dengan pesanan ringkas daripada Nurul. Jika dahulu, mereka selalu berbalas pesanan tetapi sekarang tidak. Sudah banyak pesanan dihantar oleh Faizal kepada Nurul melalui laman sosial dan juga melalui teman-teman rapat Nurul seperti Airin, Syahmina dan Risha. Semuanya tiada balasan dari Nurul.

Ada salahkah yang dilakukannya? Kalau ada, kenapa Nurul tidak berkata apa-apa? Huzaifah menggeleng kepala melihat keadaan Faizal. Sejak Nurul menjauhkan diri daripada Faizal, sahabatnya itu banyak berubah. ‘Haih Zal. Sampai bila nak macam ni?’ Ujar Huzaifah, bertanya kepada dirinya sendiri.

“Kau ni dah macam tiada harapan hidup aku tengok Zal. Kau tak boleh terus macam ni. Nurul pun ada kehidupan sendiri. Kau kena faham dia.”

“Aku….Aku tak tahu Huz. Aku takut dengan perasaan aku sendiri. Betulkah aku sayangkan dia? Lagipun sepatutnya kalau aku menganggu dia, sekurang-kurangnya, beritahulah aku. Ini tidak, menghilangkan diri tanpa khabar berita.” Faizl meraup wajahnya. Kaca mata ditanggalkan dan diletakkan keatas meja diantara dirinya dan Huzaifah.

“Aku nak beritahu sesuatu ni. Tadi aku terjumpa Nurul masa temankan adik aku beli buku di MPH.” Faizal memandang wajah Huzaifah, meminta kepastian.

“Aku tak tipu. Tadi aku terjumpa dia. Aku ada jugalah risik dia, tanya kemana menghilang, kenapa dia jauhkan diri daripada kau. Muka dia pun sedih juga bila aku tanya macam tu. Tengah-tengah kami bercakap sambil tengok buku-buku kat rak, dia berhenti. Dia ambil satu buku dan terus pergi kaunter. Masa aku nak keluar dia beri aku buku tu, minta tolong aku sampaikan dekat kau. Jadi, sebelum sampai sini, aku sempat juga lah baca sinopsis kat belakang buku tu. Memang sentap juga lah hati aku. Buku tu ada cerita pasal zina. Zina hati.” Huzaifah menghulurkan satu beg plastik tertulis MPH kepada Faizal. Teragak-agak Faizal menyambut pemberan tersebut.

“Aku rasa aku faham apa dia nak sampaikan pada kau Zal. Ni aku nak tanya kau sesuatu. Selama kau berhubung dengan Nurul, berapa kali tahajjud dah kau tinggal? Memang aku tahu, kau selalu ingatkan dia dhuha dan sebagainya, tetapi cuba kau ingat balik. Kau solat sunat tu ikhlas untuk Yang Maha-Esa atau sekadar untuk memuaskan hati Nurul?” Faizal tertunduk mendengar nasihat Huzaifah.

“Aku teruskan boleh?”Tanya Huzaifah. Dia perasan ada mutiara-mutiara jernih ditubir mata Faizal.

“Teruskan. Aku nak dengar.”

Huzaifah menarik dalam-dalam nafasnya sebelum meneruskan bicara. “Aku pun salah juga selama ni Zal. Aku tak tegur kau walaupun aku tahu masa tu kau mungkin bersalah. Aku tengok kau leka senyum seorang diri pukul 3, 4 pagi balas mesej dan pesanan ringkas dari Nurul sampai tinggalkan tahajjud dan ibadah yang selalu kau buat, aku diam sahaja. Sampailah hari ni, bila Nurul tunjuk buku tu dekat aku baru aku sedar. Zina ni bukan buat benda yang kita selalu dengar tu sahaja. Tapi, zina hati pun ada. Kau asyik fikirkan Nurul 24 jam sampai lupa ibadah, lupa Allah. Tak baik tu Zal.”

Akhirnya, air mata Faizal jatuh. Kali ini, penyesalan mengisi ruang hatinya. Rasa keinsafan dan berdosa terhadap Allah menyapa pemuda itu. Dia akui, sudah lama tahajjud dia tinggalkan. Kalau adapun, solatnya tidak khusyuk kerana fikirannya asyik memikirkan Nurul. Sudah solatkah Nurul? Sudah baca Al-Quran kah Nurul?

“Faizal, aku cuma ada satu benda nak kongsi. Jodoh itu seperti marathon. Kalau kau bermula di A dan Nurul bermula di B, kalian akan berhenti di garisan penamat yang sama. Maksudnya, kalau memang sudah Allah tulis jodoh kau adalah Nurul, kau akan bersama dia juga suatu hari nanti. Tetapi jika bukan, maksudnya, ada yang lebih baik untuk Nurul dan juga untuk kau. Yakinlah pada Allah, kembali pada Dia, berdoa dan memohon pada Dia sebab kita manusia ni Zal hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kalau betul kau sayang dia, biar dia kejar cita-cita dahulu. Kita ni muda lagi. Jumpa baik-baik ibu bapa dia, buat ikut cara betul Zal.” Huzaifah menepuk bahu Faizal.

Faizal mengangguk lalu dengan perlahan bangkit dari dudukya dan memeluk sahabat baiknya itu.

“Terima kasih Huz. Terima kasih sebab sedarkan aku yang dah jauh lari dari jalan Allah.” Huzaifah tersenyum mendengar ucapan terima kasih daripada Faizal.

“Tak payah terima kasih. Memang tugas aku sebagai sahabat. Ingatkan apa yang patut dan tegur apa yang salah. Lagipun, aku tak nak terima kasih kau tu. Aduh! Sakitlah Zal. Kau ni kan.” Huzaifah mengusap bahunya yang ditumbuk oleh Faizal.

“Tu lah. Kenakan aku lagi.” Faizal ketawa melihat Huzaifah yang mengaduh kesakitan Dalam hatinya, Faizal bersyukur dikurniakan sahabat seperti Huzaifah. Baginya, Huzaifah bukan sekadar sahabat untuk bergembira dan bersedih, tetapi itulah teman yang sering bersamanya di jalan dakwah dan dia berharap semoga ukhwah yang dibina itu kekal ke syurga Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience