BAB 4 DAKAP DIA UNTUK AKU TUHAN

Other Completed 3216

Jagalah Dia Ya Allah
“Dia suka kau tu. Tak percaya sudah.” Dia cuma menundukkan kepalanya, perasaan geram dan malu bersarang dalam dirinya. Tawa meletus dalam kalangan anak muda itu. Kakinya pantas melangkah menuju ke bahagian dalam dewan.

“Suka sahaja nak mengusik aku. Nanti Abang Faizal dengar, mampus aku. Hish, Huzaifah ni kan. Tunggu dia, nanti aku kenakan. Yang la..”

“Membebel apa pula tu Nurul?” Bebelannya terhenti tatkala ditegur suara yang amat dikenalinya itu. Rasa rindu menerpa hati.

“Rin…” Senyuman terukir di wajah kedua-dua gadis itu. Airin pantas memeluk erat tubuh kecil milik Nurul. Rasa rindu yang selama ini disampaikan melalui media sosial dan panggilan telefon akhirnya terungkai.

“Kau makin cantik Rin.” Puji Nurul ikhlas. Wajah Airin ditenungnya. Gadis itu sememangnya cantik. Berkulit kuning langsat, Airin sentiasa tampak ayu dimata Nurul apalagi dengan tudung litup yang sntiasa menghiasi dan melindungi mahkota seorang wanita.

“Pandang aku macam seribu tahun tak jumpa kau ni. Kau pun apa kurangnya, semakin comel dan ayu. Macam mana peperiksaan hari tu?” Usik Airin. Nurul mengukir senyuman lantas bahu Airin ditumbuk perlahan. Airin tertawa. Gadis berkulit hitam manis dan kecil molek yang dahulunya pemalu kini sudah semakin berani tampil dikhalayak ramai. Nurul baginya sudah lebih matang dari dirinya sendiri.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan. Doakan aku ya Rin. Eh, kau seorang sahaja?” Tanya Nurul sambil matanya melilau melihat sekeliling.

“Syah dan Risha mungkin lewat sedikit. Aku masuk dahulu ya. Sambung sahaja lah bebelan kau tadi Nurul. Assalammualaikum.”

“Ya lah. Kau ni kan, tak berubah. Asyik nak mengusik sahaja. Waalaikumussalam. Oh! Sebelum aku terlupa, program tamat mungkin dalam pukul 12 tengah hari ya Rin.” Anggukan diberikan oleh Airin kepada Nurul.

* * *

Program yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 4 petang itu berjalan dengan lancar. Nurul duduk diatas sofa tetamu jemputan sambil memerhatikan beberapa orang sukarelawan bagi program ceramah remaja yang dianjurkan itu mengemas kerusi penonton.

“Penat ya?” Nurul mengangkat kepalanya mencari pemilik suara tersebut.

“Hm tak juga. Abang penat?” Senyuman terukir di wajah pemuda itu.

“Kalau ada Nurul, mana mungkin ada orang yang lebih penat dari Nurul.” Ujar pemuda berkaca mata itu sambil turut memerhatikan sukarelawan yang sedang menjalankan tugas. Nurul mengukirkan senyuman mendengar pujian satu-satunya lelaki yang bisa membuatkan hatinya berdebar-debar saat bertentang mata dan bertukar senyuman.

“Faizal! Sini sekejap! Tolong kami angkat kotak-kotak ni!”

“Ya, sekejap!” Faizal menghadiahkan senyuman kepada Nurul lantas berkata, “Abang pergi tolong mereka dahulu ya. Nanti jumpa lagi.”

Nurul mengangguk faham. Langkah Faizal diperhati oleh Nurul dari hujung matanya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia mengenali Faizal ketika mereka sama-sama menjadi fasilitator untuk program kanak-kanak islam disebuah sekolah rendah, kini pertemuan itu sudah hampir dua tahun. Pemuda itu tanpa sedarnya, telah banyak membawa perubahan dalam diari kehidupannya sebagai seorang hawa.

Dahulu, Nurul tidak pernah kenal apa itu erti dan makna cinta. Apa sebenarnya perasaan minat dan suka dan bagaimana rasanya rindu terhadap seorang kaum adam. Setelah hampir dua tahun mengenali Faizal, Nurul mula sedar sebenarnya hatinya sudah terukir nama pemuda itu dalam masa pertemuan mereka. Dia tahu, pemuda itu juga menyimpan perasaan yang sama tetapi pemuda itu menghormati prinsip Nurul. Saat ini, yang penting bagi Nurul bukan cinta, tetapi hatinya cuma ada ruang untuk berjuang menegakkan agama Allah, ibu bapa dan cita-cita tingginya. Sudah setahun lebih mereka merahsiakan perasaan mereka.

Matanya melihat kearah Faizal dan yang lain yang sedang sibuk mengumpul dan mengangkat kotak untuk dikitar semula. Sahabat baik Faizal, Huzaifah yang sedar akan perbuatan Nurul itu tersenyum lalu mencuit bahu Faizal sambil jarinya ditudingkan kearah Nurul.

Nurul tertunduk malu lantas mengangkat kaki dari kawasan tersebut. Faizal tersenyum melihat reaksi Nurul. Jauh didalam hati Faizal, dia berharap semoga suatu hari kelak yang menjadi pendampingnya diatas pelamin adalah gadis itu. Mungkin terlalu awal dia memasang angan tetapi jauh di dalam hatinya, jika ditanya adakah Nurul gadis pilihannya jawapan yang akan diberikan adalah ya.

“Kawan, kau kena belajar tinggi-tinggi dulu. Bukan sembarangan orang yang kau simpan perasaan tu. Pelajar terbaik tu. Kena cepat jumpa ayah ibu, kalau tidak melepas lah kau nanti. Mana nak cari calon macam Nurul tu.” Huzaifah mengerdipkan matanya. Faizal hanya tersenyum dengan usikan tersebut walau dalam diam dia akui, tidak mustahil Nurul suatu hari kelak berpaling tadah. Gadis sebaik Nurul baginya berhak mencari pemuda yang lebih sesuai untuk dirinya.

“Tunggu dahulu lah Huzaifah. Nurul tu baru 19 tahun, aku takut dia terbawa-bawa perasaan tu. Aku ni pun baru 21 tahun, banyak lagi nak kena belajar hidup ni. Apa-apa pun, aku aku cuma boleh berdoa bab jodoh ni. Kalau Allah tentukan, Alhamdulillah. Tapi, kalau tak, dia berhak dapat pemuda yang lebih baik kan?” Huzaifah merangkul bahu Faizal lalu menepuk bahu sahabatnya itu tanda sokongan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience