BAB 12

Other Completed 3216

Tasha, bukan yang pertama.

Awalnya aku sekadar mengikut perjumpaan-perjumpaan kecil, kemudian ke kelab-kelab snooker Steven yang menjadi tumpuan rakan-rakan pengkid. Ya, aku mula biasa dengan istilah itu. Seorang demi seorang kekasih. Tak sangka aku sangat suka bermain cinta!

Di tempat –tempat kami, gadis semua memang sedia tahu dan kadangkala jadi pula perebutan. Biasanya aku mengalah cepat. Nama Azura yang berada di kad pengenalan ku semakin tenggelam, AZ mula meniti bibir rakan-rakan.

Sumpah mulanya aku tidaklah begitu tahu bagaimana berhubungan asmara. Namun bila sangat dekat, perasaan ghairah itu mula membuak. Awalnya sekadar kucupan dibibir. Kemudian akulah yang dipandu apa yang perlu aku lakukan. Akhirnya aku menjadi mahir.

Cinta ini banyak drama. Kadangkala aku penat. Tapi rasa disayangi itu sangat nikmat, apatah lagi kepuasan melepaskan nafsu. Adan, rakan yang kupercayai sendiri, yang rumahnya menjadi tempat persinggahan aku selama hampir 3 tahun membuang aku dalam sebuah pertelingkahan. Terjadi bila aku mula rapat dengan pasangannya. Shila. Gadis penggoda yang telah bercinta dan menjadi kekasih pengkid yang tak kurang 11 orang jumlahnya.

Lalu bermula zaman aku menyewa rumah tumpangan apabila mempunyai kekasih. Nasib bergaji tetap dan tidak ada tanggungan apa-apa. Paling lama hubungan serius ku hanya 6 bulan. Aziela, seorang pensyarah di sebuah university swasta dalam bidang usuludin, pernah melutut dikakiku ditepi jalan sewaktu aku hampir menaiki bas pulang. Janda, anak dua, dan selalu bercakap denganku tentang tuhan itu maha adil, dia yang menjadikan kita begini, lalu kenapa malu atau bersembunyi dari orang ramai tentang hubungan.

Gila. Sejahat-jahat aku yang tak pernah setia dengan mana-mana gadis, aku tahu perbuatan ini salah. Semaskulin aku, aku rasa gelihati bila dia memanggilku “Hubby”. Aku tahu pendidikan Islamku Cuma setakat kredit dalam SPM, tidak seperti dia yang memang dari maahad mana agaknya dan kini mengajar dibidang agama itu, namun aku masih tahu mana yang mutlak salahnya.

Mia, Izlina, Camelia, dan Rina, gadis-gadis yang agak lama denganku. Setelah 6 tahun bekerja, aku membeli rumah yang tidak jauh dari tempat kerjaku. Jarang aku pulang ke kampungku di Johor. Apatah lagi waktu lebaran yang pastinya aku selalu elakkan. Benci berbaju kurung dan bertudung semata-mata disuruh. Di pejabat pun aku lebih mudah berkemeja dan berseluar panjang.

Rina, pelajar di kolej, tinggal dengan ku waktu-waktu cuti semester. Hari minggu, kadangkala aku menyeludup masuk kebilik asramanya. Dan mengambil kesempatan disetiap ruang dan peluang sewaktu bersama. Kerana aku juga perempuan, tidaklah menjadi masalah besar padaku untuk menyeludup masuk keasramanya.

Hinggalah, aku dan Rina tertangkap dibilik asramanya. Ya, aku terlupa mengunci pintu. Dua orang rakannya. Seorang darinya menjerit kepadaku dan menyuruh aku keluar. Aku dan Rina sedang tidak berpijak dibumi nyata saat itu. Hampir mahu terhenti jantungku apabila pintu diterjah. Dalam amarah aku bangun dan hampir menampar budak perempuan yang berlagak alim, bagi aku waktu itu. Rina menahanku, dan meminta aku pulang, bila rakannya mula mengugut mahu melaporkan kepada warden.
Putus disitu, kerana Rina malu dengan rakan-rakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience