BAB 13

Other Completed 3216

Kembali bergiat di ruangan mencari pasangan lesbian di internet, menemukan aku dengan Diana. Gadis cina, yang bekerja sebagai kerani di debuah syarikat penghantaran ekspress dibandar Ipoh, tempat aku bekerja. Baru bekerja kurang lima bulan disitu. Kami mula keluar, makan, menonton wayang, bermain bowling dan aku mula membawanya pulang kerumah setelah empat kali berjumpa. Kucupan pertama terlalu manis. Dan rupanya, aku insan perempuan pertama bagi dia. Apatah lagi berbangsa melayu.

Berpacaran dengan yang bukan seagama dan sebangsa, lain pula ceritanya. Gadis Cina beragama Kristian Katolik ini kadangkala bertanya tentang agama dan budaya. Suka pula dia berhujah dan berdebat. Aku dikatakan umpama orang tiada agama, tiada pegangan katanya. Itu tidak merubah cinta aku pada dia. Sangat bijak mengambil hati, serta seorang yang suka membaca buku-buku psikologi, seperti aku. Itu Semua membuat kami serasi selain bab beragama.

Tiga bulan, kemudian, dia meminta untuk pindah kerumahku. Tidak tahan dengan sikap kawan-kawan serumah yang sering membawa lelaki pulang kerumah. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, terus sahaja aku bersetuju.

Indah, sangat indah, hidup seperti suami isteri. Akulah suami, dan dialah isteri. Tugasku juga termasuk menghantarnya ke gereja setiap minggu. Patuh sungguh anak cina ini. Tak kurang juga dia masih malah semakin banyak bertanya tentang Islam padaku. Dia mula bertanya pernah kah aku membaca quran dan solat. Malah bertanya andai aku ada menyimpan quran dirumah. Ah, aku sudah terlalu lama melupakan segalanya. Walau sewaktu remajaku, aku khatam quran dua kali dibawah ajaran abah. Dulu sebelum ke university, abahlah yang sering mengingatkan aku tentang solat. Belakangku pernah dilibas tali pinggang akibat aku menipu mengatakan aku sudah solat sendirian dibilik, sedangkan aku sedang asyik bermain game dikomputer. Tetap juga culas, hinggalah lansung aku melupakan bila aku mula tinggal sendirian.

Satu ketika Diana masuk ke kereta dalam keadaan marah, selepas pulang dari gereja, katanya dia baru kenal dengan seorang lelaki di gerejanya, mula menyuarakan kebimbangan tengtang homoseksualiti yang menjadi trend kini. Puas Diana menjawab tentang hak asasi dan percanggahannya dalam “Cardinal Sins”. Senyap, itu sahaja yang mampu aku lakukan.
“Islam juga melarang homoseksual?”
“Ya”

“Jadi kita ni sama-sama berdosa”

Akhirnya kami Cuma ketawa, dan terus pulang, dan kemudiannya mengejar dosa yang sangat mengasyikkan. Minda separa sedarku membisikkan, alangkah indah aku bukan beragama Islam.
Hari lahirku yang ke 30. Kami makan di Secret Recipe, sepotong kek Tiramisu, dan aku dengan Laksa Nyonya. Dia menghulurkan bungkusan hadiah buatku. Buku. Aku meneka, dia sekadar tersenyum.

Bungkusan kubuka, dan kuah Laksa Nyonya hampir menerjah keluar akibat rasa terkejutku. Terjemahan Al-Quran Resam uthmani.
“Kenapa?”

“Saya ada bible, awak ada quran, adilkan”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience