BAB 11 KEMBALI PADA FITRAH

Other Completed 3216

YA RABBI!

Hampir terlepas telefon genggamku dari tangan apabila membaca ayat terakhir.
“Awak sahabat saya kerana Allah”

Tasha, gadis yang pernah aku cintai dalam cintaku yang terlarang. Gadis yang pernah membuatkan aku buntu. Gadis yang pernah membuatkan aku hampir menukar kiblatku.
Ya, itulah Tasha Rubie Estric.

“Puan Azura, fail dah mesyuarat petang ni saya dah letak di bilik puan.” Farisha, kerani yang baru mendaftarkan diri dua minggu lepas menyapaku dengan senyuman. Aku membalas senyuman dan mengangguk. Dan berlalu ke ruang pejabatku.Sesampai di meja, mesej tadi kubaca lagi. Tanpa sedar air mataku mengalir, dalam perasaan yang aku tidak tahu definisinya.
Tiga belas tahun.

Tiga belas tahun dunia itu kutinggalkan.

Melihat dari jendela dibilikku, hujan masih lagi rintik-rintik. Bangunan pejabat tingkat 15, dibawahnya kulihat manusia berpusu ke destinasi, berpayung, atau ada yang sekadar dikaki lima yang berbumbung. Bandar ini juga baru bagi aku. Mungkin ini Bandar terakhir sebelum aku bersara, yang detiknya akan datang separuh dekad lagi. Petang ini, aku akan bertemu Tasha, di bangunan Wisma Malaysian Reverted Muslim. Sesuatu yang aku tidak pernah sangka.
Tasha dan aku, punya sejarah hitam.

Sejak kecil, aku sering keliru dengan diri aku. Aku lebih gemar berada dikalangan lelaki. Mengejar cinta sang gadis sejak aku berusia 12 tahun. Ya, aku seorang homoseksual. Suatu naluri yang tidak pernah aku minta, satu naluri yang sedikit waktu dulu membuatkan aku membenci kejadian Illahi. Pelbagai cara aku lakukan untuk menjauhinya. Tapi aku mengalah dan akhirnya terjebak kedunia yang sangat gelap.

Remaja, aku sangat pendiam. Jarang bergaul dengan rakan-rakan. Pelik. Itu kata mereka, dan aku juga memahaminya. Sepanjang waktu aku menjadi ulat buku. Di perpustakaan adalah tempat selesaku.
Dalam pada itu, aku sering juga mencari peluang mempunyai adik angkat. Semua itu tanpa aku sedar adalah permulaan yang sangat naïf. Selesa meminjam baju abang, membuatkan penampilan aku amat sederhana. Abah selalu berleter bila aku menggunting rambut ala askar. Namun aku tidaklah begitu agresif. Sikapku yang pendiam dan tidak suka menonjol menjauhkan aku dari sebarang masalah.

Tiada siapa yang tahu gejolak didalam hati yang kadangkala membuatkan aku keliru. Wajahku yang cerah mudah menjadi merah dan jantungku berdegup kencang apabila bersentuhan dengan gadis tertentu. Kadangkala ia membuatkan aku sakit kepala dan baran. Seperti ada sesuatu yang tidak terluah. Dalam masa yang sama aku juga sering merasa tidak diterima dimana-mana. Ibu selalu memarahi aku kerana perkara-perkara yang aku tidak boleh terima.

Keluar universiti, aku bertuah kerana diterima dalam jabatan kerajaan. Dan tinggal jauh dari keluarga. Aku seperti burung yang bebas lepas.

Rupanya ramai yang senasib denganku. Dan internet mula menjadi penghubung. Walau bekerja di pantai timur, namun hujung minggu aku kerap menginap dirumah rakan di Kuala Lumpur. Mula aku menjadi pengejar cinta, cinta sejenis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience